Buffet Ramadhan 2016 - Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum. Cinta.

Tahun ini sekali lagi Laman Kayangan Shah Alam telah mengadakan Majlis Preview Buffet Ramadhan 2016. Terima kasih diucapkan kepada pihak Segi Seri Sdn Bhd kerana telah menjemput Sue dan rakan-rakan blogger yang lain untuk sama-sama merasai sendiri sebahagian juadah berbuka puasa yang bakal dihidangkan pada bulan Ramadhan nanti. Puasa kan dah tak lama lagi.. Jadinya mesti ada yang teringin berbuka puasa di luar, kan? Dengan mengadakan aktiviti berbuka di luar ini selain daripada dapat merasai keenakkan pelbagai hidangan, kita dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan rakan-rakan taulan. 

Salah satu tempat berbuka puasa yang disarankan adalah di Laman Kayangan Shah Alam yang bertempat di Seksyen 7, Shah Alam. 

Pada malam preview tersebut, Sue telah berpeluang merasai sendiri kenikmatan dan kelazatan hidangan untuk Ramadhan 2016 nanti yang bertemakan Santapan Kayangan dan berkonsepkan hidangan dari Asia Tenggara di mana antara hidangannya adalah dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam dan negara kita sendiri yakni Malaysia. 


Majlis preview ini juga diserikan lagi dengan kehadiran pelawak dan pengacara terkenal tanahair kita iaitu Jihan Musa dan turut sama-sama menemani beliau adalah suami beliau, Ungku Haris (pelakon). 

Jihan Musa juga turut bersama merasmikan pelancaran yang disempurkanan oleh Tuan Hj Azhar bin Baharin, Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd.

Antara menu utama di sini adalah kambing panggang yang dihidangkan dengan tiga sos istimewa dan menjadi tumpuan pengunjung setiap kali majlis berbuka puasa diadakan di sini. Selain itu, antara menu yang dihidangkan adalah nasi kabuli, tomyam istimewa, bakso, vietnamese beef noodle dan lain-lain lagi






Kawasan Laman Kayangan ini sangat selesa dan berhawa dingin amat sesuai sekali untuk kalian bawa ahli keluarga bersama terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Sambil-sambil menjamu selera, para tetamu akan disajikan dengan alunan musik ghazal yang merdu.


Harga Dewasa : RM59 seorang
Harga Kanak-kanak : RM35 seorang

EARLY BIRD PROMOTION
Book on (15/4 – 15/5/2016)
RM39.90 (dewasa)

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi mereka atau kelaman web yang telah disediakan.

Talian: 0134357936 / 0175563711 / 0193117443 / 0333590661 / 0172181875 / 0126996634 01118784681
(Puan Nor IIiana (Nana) – 0193117443 / 03-33590561

1 comment:

  1. macam sedap je dan harga pun berpatutan..kalau book awal, lagi jimat

    ReplyDelete