Buffet Ramadhan 2016 - Bangi Golf Resort

Assalamualaikum. Cinta.

Buat pertama kalinya Sue telah berpeluang untuk mencuba sendiri beberapa menu berbuka puasa yang telah disajikan oleh Bangi Golf Resort Restaurant, Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi tempohari. Terima kasih diucapkan kepada pihak Bangi Golf Resort dan Namia (www.namiacinta.com) atas peluang yang telah diberikan.


Saban tahun BGR (Bangi Golf Resort) Restaurant menawarkan sehingga 200 jenis pilihan juadah yang bercirikan masakan popular Melayu, Barat dan Timur. Oppsss.. jangan risau ye. BGR telah mendapat persijilan halal dari JAKIM sejak dari tahun 2009. Jadi, juadah yang dihidangkan di sini sememangnya dijamin halal tanpa was-was dan syak wasangka lagi. 

Buffet Ramadhan di BGR ini akan bermula pada 9 Jun hingga 4 Julai 2016. Harga buffet ini bermula dari RM 58.00 untuk dewasa dan RM 29.00 untuk kanak-kanak.

Apa Yang Menarik Tentang Buffet Ramadan BGR ini?
  1. Live station yang menghidangkan menu kambing bakar dan sate.
  2. Persembahan muzik secara "live" bermula 6.30 petang hingga 9.30 petang setiap hari.
  3. 800 ruang parkir kereta.
  4. Ruang solat yang selesa.




Tahun ini BGR telah memperkenalkan menu Pantai Timur iaitu Nasi Kerabu Negeri Kelantan sebagai suatu tarikan dan kelainan Restoran BGR berbanding tahun lepas. Selain itu, terdapat juga pilihan makanan dan masakan Melayu lain seperti Lemang & Pulut Kuning berserta dengan Serunding Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang.





Juadah yang bercirikan ala Oriental pula seperti Butter Prawns, Daging Masak Lada Hitam dan Filet Ikan berasama Sos Serai. Makanan popular ala Barat yang dihidangkan sebagai menu pembuka selera seperti Cream of Smoke Chicken dan Sauce Vide Eggs With Mushroom Espuma, Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan Lasagna Ayam dan Daging serta BGR Classic Spaghetti di sini.

Yang paling istimewa adalah menu pencuci mulut yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Ais Krim Gelato BGR berperisa cendol. Ais Krim Gelato BGR dengan pelbagai perisa seperti perisa jagung bakar dan bunga kantan akan kekal disediakan atas permintaan ramai. Antara menu terkenal  lain juga tetap dikekalkan seperti Italian Tiramisu dan aneka kek serta puding. Turut akan mencuri tumpuan tetamu ialah menu seperti Spanish Churros bersama sos coklat.










BGR Resturant juga ingin memperkenalkan menu terbaru iaitu Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian. Pastri ini sangat-sangat sedap!

Aksi dan keletah lucu dari Chef Kamarudin telah mencuit perhatian para tetamu yang hadir. Beliau adalah seorang Chef yang peramah dan kelakar, telah berkhidmat lebih 9 tahun dan sangat berpengalaman di sini. Menurut beliau BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu serta mengekalkan cita rasa asal dari menu tradisional. Pada tahun ini beliau mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan akan memastikan para tetamu gembira dan berpuas hati dengan semua menu yang dihidangkan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :

NURUL ADIRA KAMIL
PR & Social Media Marketing Executive
BANGI GOLF RESORT
Mobile Phone : 012 609 7755
Telephone : 03 8925 3728 / 8210 2288
Fax : 03 8925 3726 / 8925 3727


Untuk tempahan dan pertanyaan :

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Address : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Telephone : 03 8925 3728, 03 82100265
Email : pr@bgrrest.com

Waktu Operasi : 6.30am - 9.30pm setiap hari.

Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E


Wassalam.

2 comments: