1:40:00 AM

Beli Rumah, Jom Umrah Dengan IJM Land

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Bagi mereka yang sedang mencari-cari rumah untuk dibeli, ini ada satu tawaran hebat untuk anda!

Kaum Bumiputera kini boleh memiliki rumah dengan harga yang berpatutan dan dalam pada masa yang sama dapat menunaikan ibadah umrah dengan membeli rumah impian kalian di Seremban 2, Seremban 2 Heights atau Seri Binjai @ Rahang yang dibangunkan oleh pihak IJM Land dan seterusnya menunaikan ibadah umrah dengan pakej yang ditawarkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.  


Berminat dengan tawaran tersebut?

Ok.. di sini Sue akan terangkan serba sedikit mengenai tawaran ini.

Setiap pembelian satu unit rumah layak menerima pakej Umrah selama 12 hari untuk 2 orang. Pakej Umrah ini termasuk tiket kapal terbang, kemudahan tempat tinggal untuk perkongsian 2 orang di Menara Hilton, Mekah selama 6 malam dan 4 malam di Mawaddah al Waha/ Mawaddah al Huda, pengangkutan darat, dan buffet antarabangsa. Harga pakej keseluruhan Umrah untuk 2 orang ini bernilai RM22,000.00. 

Tetapi, jika pembeli unit hartanah tersebut tidak mahu mengerjakan ibadah Umrah ini, pakej ini boleh diberikan kepada ibu bapa atau saudara-mara terdekat.
Menarik, bukan?

Promosi kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' ini akan berakhir pada 31 Julai 2016 seperti yang dinyatakan oleh Mr Hoo Kim See, Senior General Manager, IJM Land Central Region.


Selain itu, pembeli juga dapat menikmati beberapa faedah lain seperti:-
  • Down payment yang rendah.
  • 0% interest bulanan sehingga 36 bulan dengan kaedah pembayaran melalui kad kredit.
  • Langganan kelab S2 secara PERCUMA selama 2 tahun.
  • Sesetengah rumah sudah dilengkapi dengan perkakasan rumah.
  • Untuk pelanggan setia IJM Land pula, mereka akan menerima rebat tambahan bernilai 1% hingga 1.5% dibawah kuasa IJM Land’s Purchaser Priority programme.
  • Subsidi yuran penyediaan dokumen yang sah serta banyak lagi.


Unit-unit rumah yang dijual untuk kempen “Beli Rumah, Jom Umrah” ini ialah:
  • 20” x 70” 2 storey linked homes berharga RM488,110 
  • 22” x 70” linked homes berharga RM558,410
  • 24” x 80” super-linked homes yang berharga RM661,010
  • 2 storey semi-detached home berharga RM925,110.  

Antara contoh-contoh rumah yang disediakan :-

Rimbun Vista, Seremban 2

Aviva Green, Seremban 2

Seri Binjai, Seremban 2

Santana, S2 Heights

JOM! Beli rumah dengan IJM Land.. Mana tahu kalian salah seorang yang bertuah untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.. kan?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

IJM Land Berhad (187405-T), 
Ground Floor, Wisma IJM,
Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel: +6(03)7985 8288 / 1800 222 IJM (456)
Fax: +6(03)7952 9091
Email: ijmland.hq@ijm.com


Wassalam.
11:17:00 PM

Buffet Ramadhan 2016 - Bangi Golf Resort

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Buat pertama kalinya Sue telah berpeluang untuk mencuba sendiri beberapa menu berbuka puasa yang telah disajikan oleh Bangi Golf Resort Restaurant, Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi tempohari. Terima kasih diucapkan kepada pihak Bangi Golf Resort dan Namia (www.namiacinta.com) atas peluang yang telah diberikan.


Saban tahun BGR (Bangi Golf Resort) Restaurant menawarkan sehingga 200 jenis pilihan juadah yang bercirikan masakan popular Melayu, Barat dan Timur. Oppsss.. jangan risau ye. BGR telah mendapat persijilan halal dari JAKIM sejak dari tahun 2009. Jadi, juadah yang dihidangkan di sini sememangnya dijamin halal tanpa was-was dan syak wasangka lagi. 

Buffet Ramadhan di BGR ini akan bermula pada 9 Jun hingga 4 Julai 2016. Harga buffet ini bermula dari RM 58.00 untuk dewasa dan RM 29.00 untuk kanak-kanak.

Apa Yang Menarik Tentang Buffet Ramadan BGR ini?
  1. Live station yang menghidangkan menu kambing bakar dan sate.
  2. Persembahan muzik secara "live" bermula 6.30 petang hingga 9.30 petang setiap hari.
  3. 800 ruang parkir kereta.
  4. Ruang solat yang selesa.




Tahun ini BGR telah memperkenalkan menu Pantai Timur iaitu Nasi Kerabu Negeri Kelantan sebagai suatu tarikan dan kelainan Restoran BGR berbanding tahun lepas. Selain itu, terdapat juga pilihan makanan dan masakan Melayu lain seperti Lemang & Pulut Kuning berserta dengan Serunding Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang.





Juadah yang bercirikan ala Oriental pula seperti Butter Prawns, Daging Masak Lada Hitam dan Filet Ikan berasama Sos Serai. Makanan popular ala Barat yang dihidangkan sebagai menu pembuka selera seperti Cream of Smoke Chicken dan Sauce Vide Eggs With Mushroom Espuma, Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan Lasagna Ayam dan Daging serta BGR Classic Spaghetti di sini.

Yang paling istimewa adalah menu pencuci mulut yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Ais Krim Gelato BGR berperisa cendol. Ais Krim Gelato BGR dengan pelbagai perisa seperti perisa jagung bakar dan bunga kantan akan kekal disediakan atas permintaan ramai. Antara menu terkenal  lain juga tetap dikekalkan seperti Italian Tiramisu dan aneka kek serta puding. Turut akan mencuri tumpuan tetamu ialah menu seperti Spanish Churros bersama sos coklat.










BGR Resturant juga ingin memperkenalkan menu terbaru iaitu Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian. Pastri ini sangat-sangat sedap!

Aksi dan keletah lucu dari Chef Kamarudin telah mencuit perhatian para tetamu yang hadir. Beliau adalah seorang Chef yang peramah dan kelakar, telah berkhidmat lebih 9 tahun dan sangat berpengalaman di sini. Menurut beliau BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu serta mengekalkan cita rasa asal dari menu tradisional. Pada tahun ini beliau mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan akan memastikan para tetamu gembira dan berpuas hati dengan semua menu yang dihidangkan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :

NURUL ADIRA KAMIL
PR & Social Media Marketing Executive
BANGI GOLF RESORT
Mobile Phone : 012 609 7755
Telephone : 03 8925 3728 / 8210 2288
Fax : 03 8925 3726 / 8925 3727


Untuk tempahan dan pertanyaan :

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Address : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Telephone : 03 8925 3728, 03 82100265
Email : pr@bgrrest.com

Waktu Operasi : 6.30am - 9.30pm setiap hari.

Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E


Wassalam.
1:30:00 AM

Buffet Ramadhan 2016 - Laman Kayangan Shah Alam

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Tahun ini sekali lagi Laman Kayangan Shah Alam telah mengadakan Majlis Preview Buffet Ramadhan 2016. Terima kasih diucapkan kepada pihak Segi Seri Sdn Bhd kerana telah menjemput Sue dan rakan-rakan blogger yang lain untuk sama-sama merasai sendiri sebahagian juadah berbuka puasa yang bakal dihidangkan pada bulan Ramadhan nanti. Puasa kan dah tak lama lagi.. Jadinya mesti ada yang teringin berbuka puasa di luar, kan? Dengan mengadakan aktiviti berbuka di luar ini selain daripada dapat merasai keenakkan pelbagai hidangan, kita dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan rakan-rakan taulan. 

Salah satu tempat berbuka puasa yang disarankan adalah di Laman Kayangan Shah Alam yang bertempat di Seksyen 7, Shah Alam. 

Pada malam preview tersebut, Sue telah berpeluang merasai sendiri kenikmatan dan kelazatan hidangan untuk Ramadhan 2016 nanti yang bertemakan Santapan Kayangan dan berkonsepkan hidangan dari Asia Tenggara di mana antara hidangannya adalah dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam dan negara kita sendiri yakni Malaysia. 


Majlis preview ini juga diserikan lagi dengan kehadiran pelawak dan pengacara terkenal tanahair kita iaitu Jihan Musa dan turut sama-sama menemani beliau adalah suami beliau, Ungku Haris (pelakon). 

Jihan Musa juga turut bersama merasmikan pelancaran yang disempurkanan oleh Tuan Hj Azhar bin Baharin, Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd.

Antara menu utama di sini adalah kambing panggang yang dihidangkan dengan tiga sos istimewa dan menjadi tumpuan pengunjung setiap kali majlis berbuka puasa diadakan di sini. Selain itu, antara menu yang dihidangkan adalah nasi kabuli, tomyam istimewa, bakso, vietnamese beef noodle dan lain-lain lagi






Kawasan Laman Kayangan ini sangat selesa dan berhawa dingin amat sesuai sekali untuk kalian bawa ahli keluarga bersama terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Sambil-sambil menjamu selera, para tetamu akan disajikan dengan alunan musik ghazal yang merdu.


Harga Dewasa : RM59 seorang
Harga Kanak-kanak : RM35 seorang

EARLY BIRD PROMOTION
Book on (15/4 – 15/5/2016)
RM39.90 (dewasa)

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi mereka atau kelaman web yang telah disediakan.

Talian: 0134357936 / 0175563711 / 0193117443 / 0333590661 / 0172181875 / 0126996634 01118784681
(Puan Nor IIiana (Nana) – 0193117443 / 03-33590561