Buffet Ramadhan 2016 - Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Assalamualaikum. Cinta.

Kemeriahan Ramadhan Bersama PICC

Dengan mengekalkan tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya", pihak PICC sekali lagi tampil memperkenalkan buffet Ramadhan untuk tahun 2016 ini dengan menghidangkan lebih daripada 300 juadah makanan yang menyelerakan, termasuk beberapa jenis juadah yang berkonsepkan ala warung.

Buffet Ramadhan PICC ini akan berlangsung bermula 8 Jun 2016 sehingga 3 Julai 2016. Para pengunjung boleh menikmati semua juadah hidangan ini dengan harga RM98 untuk dewasa dan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun pula berharga RM49.


Antara juadah yang bakal dihidangkan adalah seperti berikut :-

  1. "Kawah Warisan" bakal menghidangkan menu seperti nasi briyani, nasi kandar, dan nasi dagang Terengganu, asam pedas melaka, siput sedut masak lemak, kari ayam kapitan, daging salai masak lemak cili padi, ikan keli goreng berlado, kambing hitam manis, sambal telur, ayam goreng berempah, dalca sayur, tetel, kobis goreng kunyit, rendang Tok 'Perak', gulai udang buah pelam, daging gulai kawah.
  2.  "Buffet and Live Station" pula terdiri daripada pelbagai aneka keropok (ikan, papadom, inang-inang, belinjau, udang, sayur, ubi merah, ubi kayu, ikan bilis), jeruk Pak Ali (mangga, cermai, betik, buah pala, sengkuang, buah kana, anggur, buah limau, ceri, jeruk buah), sup bunjut PICC, sup cendawan, sup cendawan berkrim, bubur lambuk PICC, warung tempura, roti terbang (murtabak, roti canai, roti boom), nasi goreng dan mee goreng lambak, shawarma, kerang/lala bakar, nyonya kari laksa, mee sup udang, "Chinese seafood egg gravy", dan banyak lagi.
  3. "Aneka Panggang" pula menghidangkan kambing panggang resepi istimewa yangakan dihidangkan setiap hari bersama kentang dan sayur panggang beserta sos bbq, lada hitam dan pudina.
  4. "BBQ Grill" pula menyediakan hidangan bakar ikan kembung, ikan talapia, ikan pari, ikan keli, ayam, kambing, satar Terengganu, otak-otak, stik daging, dan pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan.
  5. "Kids Corner" pula ada menyediakan bertih jagung , aiskim coklat dan vanilla PICC.
  6. Untuk pencuci mulut pula disediakan manisan periuk tanah liat , bubur kacang hijau durian , bubur pulut hitam, pengat labu, pengat pisang, bubur cha cha, bubur gandum, aneka kuih Melayu, variasi kek dan buah-buahan.
  7. Air pula yang bakal dihidangkan adalah air sirap bandung, air sirap selasih, air asam boi, air jagung, air tebu, air mata kucing, air kacang soya, teh tarik, kopi kampung.










Untuk Buffet Ramadhan PICC kali ini, antara kelainan yang dibawakan oleh pihak PICC adalah seperti :-

  1. Gerai-gerai jualan di Bazaar PICC 
  2. Majlis Iftar Amal Bersama Anak Anak Yatim
  3. Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don (18hb Jun 2016)
  4. Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani  dan Mawi (22 Jun 2016)
  5. Persembahan Qasidah dari Afad , Rabbani dan Pawana (sepanjang bulan Ramadan)

Surau yang selesa dan luas juga ada disediakan di situ jadi tak perlu lagi risau kalau nak berbuka di situ Ramadhan nanti, kan... ^___^

Untuk tempahan :-
kaunter tempahan Buffet Ramadhan di Cafe@PICC
03 88876000 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila ke Facebook PICCMALAYSIA atau akaun instagram @piccmalaysia atau akaun Twitter PICC @piccmalaysia

Selain itu, pihak pengurusan PICC juga ada menyediakan tempahan khas "Rumah Terbuka" pada harga yang istimewa untuk majlis berbuka puasa berkonsepkan korporat. Tempahan khas ini termasuk dewan, beserta bilik solat, sistem audio dan video untuk para pelanggan yang meraikan kakitangan syarikat mereka.

Wassalam.


notakakitanganSue : memang sedap kambing tu.. tapi... sebab perut dah penuh je kalau tak ni mesti dok sumbat lagi.. kuikuikui

2 comments: