Buffet Ramadhan 2016 - Putrajaya International Convention Centre (PICC)

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Kemeriahan Ramadhan Bersama PICC

Dengan mengekalkan tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya", pihak PICC sekali lagi tampil memperkenalkan buffet Ramadhan untuk tahun 2016 ini dengan menghidangkan lebih daripada 300 juadah makanan yang menyelerakan, termasuk beberapa jenis juadah yang berkonsepkan ala warung.

Buffet Ramadhan PICC ini akan berlangsung bermula 8 Jun 2016 sehingga 3 Julai 2016. Para pengunjung boleh menikmati semua juadah hidangan ini dengan harga RM98 untuk dewasa dan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun pula berharga RM49.


Antara juadah yang bakal dihidangkan adalah seperti berikut :-

  1. "Kawah Warisan" bakal menghidangkan menu seperti nasi briyani, nasi kandar, dan nasi dagang Terengganu, asam pedas melaka, siput sedut masak lemak, kari ayam kapitan, daging salai masak lemak cili padi, ikan keli goreng berlado, kambing hitam manis, sambal telur, ayam goreng berempah, dalca sayur, tetel, kobis goreng kunyit, rendang Tok 'Perak', gulai udang buah pelam, daging gulai kawah.
  2.  "Buffet and Live Station" pula terdiri daripada pelbagai aneka keropok (ikan, papadom, inang-inang, belinjau, udang, sayur, ubi merah, ubi kayu, ikan bilis), jeruk Pak Ali (mangga, cermai, betik, buah pala, sengkuang, buah kana, anggur, buah limau, ceri, jeruk buah), sup bunjut PICC, sup cendawan, sup cendawan berkrim, bubur lambuk PICC, warung tempura, roti terbang (murtabak, roti canai, roti boom), nasi goreng dan mee goreng lambak, shawarma, kerang/lala bakar, nyonya kari laksa, mee sup udang, "Chinese seafood egg gravy", dan banyak lagi.
  3. "Aneka Panggang" pula menghidangkan kambing panggang resepi istimewa yangakan dihidangkan setiap hari bersama kentang dan sayur panggang beserta sos bbq, lada hitam dan pudina.
  4. "BBQ Grill" pula menyediakan hidangan bakar ikan kembung, ikan talapia, ikan pari, ikan keli, ayam, kambing, satar Terengganu, otak-otak, stik daging, dan pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan.
  5. "Kids Corner" pula ada menyediakan bertih jagung , aiskim coklat dan vanilla PICC.
  6. Untuk pencuci mulut pula disediakan manisan periuk tanah liat , bubur kacang hijau durian , bubur pulut hitam, pengat labu, pengat pisang, bubur cha cha, bubur gandum, aneka kuih Melayu, variasi kek dan buah-buahan.
  7. Air pula yang bakal dihidangkan adalah air sirap bandung, air sirap selasih, air asam boi, air jagung, air tebu, air mata kucing, air kacang soya, teh tarik, kopi kampung.










Untuk Buffet Ramadhan PICC kali ini, antara kelainan yang dibawakan oleh pihak PICC adalah seperti :-

  1. Gerai-gerai jualan di Bazaar PICC 
  2. Majlis Iftar Amal Bersama Anak Anak Yatim
  3. Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don (18hb Jun 2016)
  4. Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani  dan Mawi (22 Jun 2016)
  5. Persembahan Qasidah dari Afad , Rabbani dan Pawana (sepanjang bulan Ramadan)

Surau yang selesa dan luas juga ada disediakan di situ jadi tak perlu lagi risau kalau nak berbuka di situ Ramadhan nanti, kan... ^___^

Untuk tempahan :-
kaunter tempahan Buffet Ramadhan di Cafe@PICC
03 88876000 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila ke Facebook PICCMALAYSIA atau akaun instagram @piccmalaysia atau akaun Twitter PICC @piccmalaysia

Selain itu, pihak pengurusan PICC juga ada menyediakan tempahan khas "Rumah Terbuka" pada harga yang istimewa untuk majlis berbuka puasa berkonsepkan korporat. Tempahan khas ini termasuk dewan, beserta bilik solat, sistem audio dan video untuk para pelanggan yang meraikan kakitangan syarikat mereka.

Wassalam.


notakakitanganSue : memang sedap kambing tu.. tapi... sebab perut dah penuh je kalau tak ni mesti dok sumbat lagi.. kuikuikui

Mr. Kacak, Anak-Anak dan PLUS

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Bila seseorang perempuan yang bergelar seorang mummy memandu pulang ke kampung tercinta sambil ditemani anak-anak , tanpa si ayah kepada anak-anak disisi, sememangnya agak mencabar jiwa raga, mental dan hati. Menjerit, menangis, merengek dalam kereta.. Lumrah.. Layan kan aje.. Tapi kalau lambat sampai ke destinasi faham-faham la kenapa kan.. Terpaksa berhenti di mana-mana melayan kerenah anak-anak dulu.

Oh ya! Jangan salah faham pulak.. Hahaha.. Bukan lari dari rumah ni macam dalam drama tv.. ^___^ Ni balik sekejap ke kampung. Esok dah nak balik semula ke Shah Alam. Heeeee.... 

Perjalanan kami diuji pula apabila tayar Mr. Kacak pecah, terlanggar sesuatu dalam perjalanan itu. Fuhhhhh.. sangat-sangat mencabar pemanduan Sue kali ini. Baru saja berlaku semalam sebenarnya.. Dengan panas terik di luar. Dengan si baby merengek minta disusu dan didodoi.. Aduhai..

Tapi mujur la kejadian itu terjadi di RnR Rawang arah ke utara walaupun sebenarnya ianya terjadi ketika Sue dah hampir nak keluar dari RnR tersebut. Makanya Sue terus call Mr. Akoy untuk beritahu kejadian itu dengan tenang. (cewahhh.. tenang la kononnya. Cer tanya Mr. Akoy, tenang tak Sue masa tu? apa dia jawab?) Mr. Akoy minta call talian bebas tol PLUS untuk minta bantuan. Mujur juga Sue tak panik. Hahaha.. Kalau panik dan kelam kabut, tak tahu apa akan jadi masa tu.


Mula-mula ingat nak call number insurance yang tertera di cermin depan kereta tu tapi Mr. Akoy kata call PLUS sebab kejadian ini berlaku atas highway PLUS. Minta bantuan pihak PLUS untuk tukarkan tayar spare but sekiranya dikenakan bayaran, so lupakan saja bantuan tersebut. Option lain, call Abah Sue minta datang ke lokasi untuk bantu Sue. Berdoa juga dalam hati moga tiada kejadian buruk lain terjadi waktu itu. Hanya berdoa terus-terusan dalam hati sambil menunggu bantuan PLUS tiba dan melihat muka anak-anak sahaja. Kesian anak-anak. T__T 

Dalam masa yang sama, Sue juga call family Sue untuk maklumkan Sue di mana, apa yang terjadi sebab sedari awal lagi Sue dah maklumkan yang Sue akan pulang ke KKB. Baru bergerak dari Shah Alam pun Sue maklumkan. Pendek kata, setiap apa yang berlaku, Sue akan maklumkan supaya mereka tidak lost track. Penting tu sebenarnya. Call, SMS atau whatsapp family anda di mana anda berada sekiranya anda ingin memulakan perjalanan yang jauh supaya mereka tahu apa yang terjadi.

Alhamdulillah.. Bantuan yang dinanti telah tiba di lokasi tidak sampai 10 minit selepas panggilan dibuat. 


Terima kasih atas bantuan pihak Highway PLUS Malaysia yang telah bertindak segera menukar tayar kereta Sue ini tak sampai 5 minit pun! Wow! Pantas!

Oh ya! Tiada bayaran yang dikenakan ya.. Kalau kena bayar tu hanya jika kita tiada tayar spare dalam kereta atau tayar spare yang kita ada tak boleh digunakan. Part ini Sue dah tanya siap-siap masa call PLUS hotline tu. Harus la buat confirmation betul-betul. Buatnya ada yang nak aniaya Sue masa tu, macam mana?

Alhamdulillah.. Selamat sampai ke kampung halaman Pekan Kuala Kubu Bharu dengan jayanya. So misi hari ini menukar tayar kereta la jawabnya. Haishhhhh.. Mr. Kacak ni macam tahu-tahu aje kan nak kena tukar tayar nanti.. Awal dia buat hal kan.. Heeeeeeee...

Takpe la.. Rezeki Mr. Kacak nak tayar baru.. Haha..


TALIAN BEBAS TOL PLUS HIGHWAY : 1-800-88-0000


Wassalam.


p/s : Sila simpan nombor-nombor telefon untuk kecemasan supaya tak perlu nak cari melalui google dan lain-lain.. Buatnya masa tu, tiada talian internet, lagi naya... ~ peringatan untuk diri sendiri juga ni ~ hiksssss...