Episod Baru Kehidupan

Assalamualaikum.

Hari kedua, bulan pertama, tahun 2016.

Hari ini juga merupakan suatu permulaan dan suatu pengakhiran sebuah episod kehidupan. Sedih, gembira, risau, bimbang, excited semuanya bercampur aduk. Macam-macam rasa yang ada. Banyak yang difikirkan. Yang baik mahupun buruk untuk suatu permulaan episod kehidupan kami ini. 

Semoga segala keputusan yang dibuat ini yang bakal mengubah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah swt. Mudah-mudahan... Aamiin..

Hari ini Sue akan pulang ke Shah Alam dengan membawa puteri-puteri kami bersama-sama. Setelah 4 tahun tidak tinggal bersama dengan Hadirah, hari ini melakar sejarah apabila Hadirah akan mula tinggal dengan kami. Suatu permulaan episod kehidupan yang baru. Suatu pengalaman yang baru yang bakal ditempuhi oleh kami.

Sedih. Siapa yang tak sedih. Orang yang paling sedih sekarang ini adalah ayah Sue. Dia terlampau sayangkan cucu-cucunya. Setiap hari sebelum keluar bekerja, mesti dia akan bermain dengan cucu-cucunya. Setiap pagi juga, tanpa pengetahuan orang lain, dia akan menangis sendirian mengenangkan selepas ini tiada lagi gelak tawa cucu-cucunya yang selalu menghiburkan hatinya sebelum keluar bekerja. T___T 

* sesi mengemas baju semalam dan adegan airmata berlangsung sekali *

Tidak cukup dengan waktu sebelum keluar bekerja, sehari mesti dua atau tiga kali dia akan pulang untuk menjenguk cucu-cucunya. Ok, part ini Sue memang sedih. Tapi ini keputusan Sue dan Mr. Akoy untuk memelihara anak-anak kami bersama-sama setelah 4 tahun Hadirah tidak tinggal bersama kami. Kali ini kami nekad untuk membawa Hadirah pulang. Biarlah kelam kabut macam mana sekalipun, kami tetap mahu anak-anak kami tinggal bersama-sama sehingga akhir hayat kami.

Shah Alam dan KKB bukannya jauh mana pun. Kami tetap akan pulang ke KKB sekali-sekala untuk anak-anak kami melepaskan rindu dengan Atok dan Oninya. Kejam namanya memisahkan cucu-cucu kesayangan Atok dan Oni kan? Kami taklah sekejam itu. Abah Mama masih boleh datang ke Shah Alam kalau rindukan cucu-cucunya.. kan..

* Baru 30% barang Hadirah.. Sambung mengemas hari ini.. Macam nak kena ada kereta besar sebiji je ni.. Huhu.. *

Cuma harapnya Hadirah dapat adapt situasi baru ini. Esok Hadirah akan ke sekolah baru untuk menjalani orientasi sekolah. Sebenarnya, Hadirah tak nak ke sekolah baru. Banyak kali juga dia cakap "tak nak sekolah kat tempat mummy.." tapi Sue buat tak layan je..

For sure dalam seminggu dua ini, Hadirah akan menangis bila nak ke sekolah. Untuk minggu yang pertama ini, Mr. Akoy bercuti untuk menghantar dan mengambil Hadirah memandangkan Sue masih belum habis berpantang. -___-"

Moga-moga perjalanan hidup kami ini diberkati oleh Allah swt dan moga kami dilimpahi rahmat & rezeki olehNya.

Esok cerita apa pula ye Hadirah dan sekolah barunya... Kita tunggu la esok macam mana rupanya ke sekolah baru yang dia tak nak tu.. Huhu..

Wassalam.

1 comment: