Kesepian Yang Tiada Zahirnya

Assalamualaikum. Cinta.

Rasanya sudah lama Sue tidak menulis entri baru.. kan.. Blog ini pun hampir-hampir dilupai.. Banyak yang telah ditinggalkan.. Lama sudah rasanya Sue tidak blog-walking dan menjenguk kawan-kawan dan blogger-blogger favorite Sue.. Maaf ye kawan-kawan sekalian..

Kerja baru Sue kali ini, masih lagi dalam peringkat penyesuaian diri. Bukannya apa, komitmen tinggi sangat-sangat diperlukan dalam keadaan kritikal sekarang ini.. Kadang-kadang rasa tak best pula kerja bertungkus-lumus sampai rasa diri dan keluarga terabai.. -_-" Tapi kalau tidak bekerja keras, mana mampu hendak mencari duit untuk bantu dan sama-sama support family yang bakal bertambah seorang lagi ahli hujung tahun ini.. InshaaAllah.. Hadirah pun semakin membesar.. Memerlukan duit.. Memang la orang kata "DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA" tetapi kita kena ingat, zaman sekarang ini "SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT".. *sigh*

Alhamdulillah.. Sue bersyukur kerana Sue sudah dapat mencapai beberapa impian Sue... bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan hingga ke hari ini..

Rindu dengan blog.. Rindu nak menulis balik.. Sedang mencari mood blogging yang hilang entah ke mana.. *sigh*

Update terkini :-

1. Sue dah berpindah ke rumah baru ^_^ Lega sebab tak perlu menyewa lagi..
2. Alhamdulillah.. kandungan Sue sudah mencecah 6 bulan.. ^_^ (update nanti dalam entri-entri akan datang.. inshaaAllah..)
3. Kerja baru Sue semakin berkurangan disebabkan Sue tak larat nak drive jauh-jauh, makanya Sue ambil projek sekitar Selangor sahaja.. No more area Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Continue next year pula selepas habis cuti berpantang baru start balik ke Selatan.. Alhamdulillah bos besar memahami..
4. Rumah baru tak habis kemas lagi so tiada open house untuk kawan-kawan lagi.. InshaaAllah next year kalau ada rezeki lebih, Sue nak jemput kawan-kawan ke rumah baru Sue.. ^_^ doa-doakan ye..
5. Hadirah semakin banyak celoteh sejak bersekolah.. (nanti update dalam new entry ye!)

Wassalam..


Hope tak sepi lagi.. ^_^

4 comments:

  1. selamat berblog semula.. hee.. btw, baru nak follow ni :)

    ReplyDelete
  2. AlhamduLILLAH dan tahniah sue.. semoga sue sihat selalu yea.. :))

    ReplyDelete
  3. take care kak.. tak apa blog la sekali sekala =)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah . masih ada semangat nak menulis ^_^

    ReplyDelete