Sambutan Hari Kemerdekaan di Tadika Cerdik Ceria 2015

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi!

Salam kemerdekaan pada semua..

Jumaat lepas, tadika Hadirah buat sambutan hari kemerdekaan. Rajin teacjer Hadirah buat macam-macam sambutan di sekolah Hadirah..

Tapi... 
Hadirah kan antara student yang tinggi dalam kelas dia, so selalunya teacher dia letakkan dia barisan belakang.. huhu.. Bila dalam gambar sudahnya tak nampak sangat muka Hadirah.. T__T

3 gambar di bawah adalah dari teacher Hadirah..

* Ini masa rehearsal agaknya.. Sebab gambar ni sehari sebelum sambutan tersebut * 

* Hadirah kata dia buat untuk moon tu.. cop guna tapak tangan dia.. *

* kek sponsor dari Maco Cake & Confectionery.. tapi Hadirah kata dia tak dapat makan kek ni sebab dia lambat habiskan roti yang teacher dia bagi.. Alahai.. kesiannya dia.. T_T *

Apa yang dia bawa balik dari sekolah dia?



Haaaa.. balik dari sekolah dah pandai lukis bendera Malaysia.. I'm so proud of her..
Karya anak Sue yang berusia 4 tahun...




Walaupun mungkin tak serupa dan tak cukup bilangan jalurnya tapi daya kreatif dia tu mengagumkan. Dia sangat sangat excited dapat lukis bendera tu.. Excited sangat sampai tunjuk kat semua orang. Siap suruh ambil gambar and then send gambar tu kat papa dia.. So tak kan la kita sebagai ibu atau bapa dia nak berharap lebih dan sempurna segala-galanya daripada anak yang berusia 4 tahun ini. 

Sue tak mengharapkan dia dapat melukis dengan sempurna buat masa ini. Dia kan masih kecil dan masih dalam proses pembelajaran.. Masih jauh lagi perjalanannya.. Ini pun dah cukup membanggakan Sue sebagai mummy dia.. Sue puji semua gambar-gambar yang dia lukis. Bagi semangat untuk dia melukis dengan lebih baik lagi.. ^__^

Tengoklah gambar kat bawah ni.. Betapa kreatifnya dia sebab tolong deko bilik Oni dia.. hahahaha..



Salam Kemerdekaan buat semua sekali lagi...


Wassalam.

Stay Rumah Parents

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Sudah 3 hari Sue stay rumah parents Sue.. Mr. Akoy tiada di sisi sampai esok.. Outstation 4 hari ke Bangi (dekat je kan.. hehe.. tapi Sue tak boleh stay seorang.. ramai yang risau anything happen kalau seorang diri kat rumah tu tiada siapa yang tahu..) Sue stay sampai Isnin la nampak gayanya.. Habis cuti baru balik.. Khamis & Jumaat Sue kerja dari rumah aje.. nasib baik rumah KKB ni ada Internet.. Mudah sikit nak buat kerja.

Alhamdulillah.. duduk sini rasanya boleh gemuk ni.. Tak ada la si nurse dan doktor bagi "syarahan free" nanti bila time check up. Dah beberapa bulan ni memang asyik merah je buku check up Sue tu.. berat menurun, HB low.. haihhhh..

Mana taknya.. Sue rasa since Sue bertukar ke kerja baru ni, stress yang melampau Sue hadapi.. Sampai sekarang belum hilang lagi.. -__-" Bila la rasa nak hilang stress ni.. Meroyan pulak la nanti kalau lama-lama macam ni.. Hari-hari dok meroyan dalam FB.. heh!

Stay di KKB memang 5 kali sehari la dijamu makan..

7.00 am - breakfast
10.00 am - minum pagi
1.00 or 2.00 pm - lunch
5.00 pm - minum petang
8.00 or 8.30 pm - makan malam

Haaaa.. siapa yang tak suka kalau dah makan aje kan..


Biskut lejen ni.. biskut lutut makan pagi-pagi cicah kopi panas sedapnya... ermmmm... 
Biskut ni Mama Sue beli kat Kuala Kangsar.. Yang ada jual area KKB ni tak sedap dan keras.. Import jauh ni.. Makan ni je pun dah rasa nikmatnya.. Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan merasai nikmat makanan.. ^_^

Thanks a lot Mama.. Love you!

Wassalam.

Giveaway Wallet By Opzzpinky

4 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi!

Setelah sekian lama tak join mana-mana GA, hari ini tergerak hati nak join..


GA ini anjuran blog Opzzpinky.

TEMPOH:
12 Ogos 2015 - 12 September 2015

HADIAH:
1 Wallet (Boleh pilih warna kesukaan masing-masing)

PILIHAN PEMENANG:
Secara Random


Nak join?

***SILA KLIK SINI UNTUK JOIN***


Good Luck!
Wassalam.

Kesepian Yang Tiada Zahirnya

4 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Rasanya sudah lama Sue tidak menulis entri baru.. kan.. Blog ini pun hampir-hampir dilupai.. Banyak yang telah ditinggalkan.. Lama sudah rasanya Sue tidak blog-walking dan menjenguk kawan-kawan dan blogger-blogger favorite Sue.. Maaf ye kawan-kawan sekalian..

Kerja baru Sue kali ini, masih lagi dalam peringkat penyesuaian diri. Bukannya apa, komitmen tinggi sangat-sangat diperlukan dalam keadaan kritikal sekarang ini.. Kadang-kadang rasa tak best pula kerja bertungkus-lumus sampai rasa diri dan keluarga terabai.. -_-" Tapi kalau tidak bekerja keras, mana mampu hendak mencari duit untuk bantu dan sama-sama support family yang bakal bertambah seorang lagi ahli hujung tahun ini.. InshaaAllah.. Hadirah pun semakin membesar.. Memerlukan duit.. Memang la orang kata "DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA" tetapi kita kena ingat, zaman sekarang ini "SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT".. *sigh*

Alhamdulillah.. Sue bersyukur kerana Sue sudah dapat mencapai beberapa impian Sue... bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan hingga ke hari ini..

Rindu dengan blog.. Rindu nak menulis balik.. Sedang mencari mood blogging yang hilang entah ke mana.. *sigh*

Update terkini :-

1. Sue dah berpindah ke rumah baru ^_^ Lega sebab tak perlu menyewa lagi..
2. Alhamdulillah.. kandungan Sue sudah mencecah 6 bulan.. ^_^ (update nanti dalam entri-entri akan datang.. inshaaAllah..)
3. Kerja baru Sue semakin berkurangan disebabkan Sue tak larat nak drive jauh-jauh, makanya Sue ambil projek sekitar Selangor sahaja.. No more area Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Continue next year pula selepas habis cuti berpantang baru start balik ke Selatan.. Alhamdulillah bos besar memahami..
4. Rumah baru tak habis kemas lagi so tiada open house untuk kawan-kawan lagi.. InshaaAllah next year kalau ada rezeki lebih, Sue nak jemput kawan-kawan ke rumah baru Sue.. ^_^ doa-doakan ye..
5. Hadirah semakin banyak celoteh sejak bersekolah.. (nanti update dalam new entry ye!)

Wassalam..


Hope tak sepi lagi.. ^_^