2:03:00 PM

Salam Aidilfitri 2015

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Mohon ampun dan maaf setelah sekian lama tak on blog.. Kesibukan tugas baru di tempat kerja ditambah pula baru berpindah rumah baru yang mana kawasan tersebut masih tiada talian Internet dan juga talian Celcom yang tak berapa nak ada, mood nak berblog kelaut jua akhirnya.. T__T

Kalau dah balik ke rumah, jangan harap la nak online. Nak call orang or orang call pun tak dapat.. -_-" Kalau ada pun kena ke jalan besar. Aduhai.. kawasan baru la katakan. Talian lain pun begitu juga. Ada pun kadang-kadang macam tak ada. Boleh la sikit-sikit nak terima call orang.. Nak online jangan harap la. Dalam rumah la lagi yang bermasalah.. huhu..

Oh! Sempena Aidilfitri yang mulia ini, Sue mohon ampun dan maaf kepada pembaca blog Sue sekiranya selama ni ada beberapa entri dan penulisan Sue yang menyinggung perasaan sesiapa. Tiada niat di hati untuk menyinggung mana-mana pihak. Mungkin Sue tak perasan dan tak sengaja menyinggung sesiapa. Mohon ampun dan maaf sekali lagi. Kosong kosong ok! ^__^

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Ada masa Sue update lagi eh... Thanks sudi baca entri Sue yang tak seberapa ni.. ^_^

Wassalam.