11:50:00 PM

9 Tanda Bahaya Semasa Berpuasa Bagi Ibu Hamil

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Perkongsian ini adalah hasil pembacaan Sue dalam blog momsavenues.com tetapi Sue kongsikan semula dalam blog Sue ini sebagai bahan bacaan kawan-kawan Sue dan juga sebagai panduan untuk Sue yang menempuh tempoh berpuasa ketika hamil sekarang ini. ^_^


Berikut adalah entri dari momsavenues.com :-

Insya Allah tiada masalah untuk ibu-ibu mengandung berpuasa sebenarnya. Yang penting, kena persiapkan diri selengkap-lengkapnya untuk menyambut Ramadhan. Maksud saya di sini, bukan setakat menyiapkan segala stok makanan di rumah untuk keperluan bersahur dan berbuka, tapi kenalah melengkapkan diri dengan ilmu. Kena tahu tips untuk sentiasa bertenaga ketika berpuasa agar tiada masalah untuk berpuasa sepanjang hari. Kena tahu juga golongan yang berisiko tinggi yang boleh memudaratkan diri dan kandungan jika berpuasa dan banyak lagi.

Dan apabila anda dah betul-betul yakin dan bersedia untuk berpuasa, anda kena tahu “panic alarm” anda, dengarkan bahasa tubuh anda. Tubuh anda mempunyai cara yang baik untuk memberitahu anda tentang sesuatu yang tidak kena pada badan anda, dan jika anda terjumpa gejala yang aneh sepanjang tempoh berpuasa, sudah tiba masanya untuk anda memikirkan semula. Jika anda alami tanda-tanda di bawah, anda mungkin perlu untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera.

  1. Pendarahan (terutamanya selepas minggu ke-12)
  2. Sakit kontraksi (4 atau lebih dalam tempoh 1 jam). Ini boleh menjadi tanda-tanda kelahiran pramatang.
  3. Terdapat perubahan yang ketara pada pergerakan bayi anda, seolah-olah bayi anda tidak bergerak atau menendang.
  4. Berat badan anda tidak meningkat pada kadar yang sepatutnya, atau anda kehilangan berat badan.
  5. Anda menjadi sangat haus, dan kurang kerap membuang air kecil, atau jika air kencing anda menjadi berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda dehidrasi, dan ia boleh membuat anda lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing (UTIs) atau komplikasi lain.
  6. Kabur penglihatan dan / atau sakit kepala yang kuat
  7. Anda mengalami keletihan atau kelemahan yang melampau
  8. Anda menjadi loya atau mula muntah.
  9. Anda rasa pening, pengsan, lemah, keliru atau letih, walaupun selepas anda mempunyai rehat yang baik. Berbuka puasa dengan segera dan minum air yang mengandungi garam dan gula, atau penyelesaian rehidrasi oral seperti Dioralyte, dan hubungi doktor.
Sumber : momsavenues.com

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan buat ibu-ibu yang sedang hamil di luar sana. ^_^

Wassalam.
7:25:00 AM

Puasa Bagi Wanita Hamil

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah... masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk turut sama-sama dengan kalian semua menjalani ibadah puasa kali ini. 

Disebabkan puasa tahun ini Sue berbadan dua, so Sue nak share serba sedikit tentang beberapa info dan tips sebagai seorang wanita yang hamil. Alhamdulillah.. Ramadhan kali ini Sue mampu berpuasa, inshaaAllah nak puasa penuh tahun ni.. hehe..

5 tahun lepas Sue berpuasa juga dalam keadaan mengandungkan Hadirah tapi bezanya Sue tak dapat nak berpuasa penuh. Menggigil satu badan, nak pitam, nak pengsan, lapar sangat-sangat (walaupun dah sahur makan banyak-banyak T__T). Waktu itu sangat sangat mencabar mental dan fizikal. Mungkin masa itu masih di peringkat awal kehamilan menyebabkan Sue tak dapat memenuhkan puasa Sue.. Jenuh la.. -__-"

Kali ini alhamdulillah.. walaupun keletihan tapi masih mampu meneruskan puasa walaupun bila dah masuk waktu Asar, rasa dah goyah dan teringin nak berbuka. (heh!)

* sumber : google *

Hukum Wanita Hamil Berpuasa

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh berpuasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.

Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184 :

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui.  

Terdapat dua hukum dalam keadaan ini. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbang akan kesihatan dirinya maka mereka hanya wajib menggantikan puasa sahaja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.

Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat dan tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi di dalam rahimnya.

Dalam hal ini ulama memberikan pendapat dibolehkan berbuka puasa tetapi beliau harus menggantikannya di hari lain dan harus membayar fidyah.

Dalam fatwa al-Shaykh Ibn Baaz (lihat juga al-Mawsoo'ah al-Fiqhiyyah 16/272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya akan mendatangkan kemudharatan dirinya atau bayinya, dengan syarat ia dinasihati oleh doktor Muslim yang baik.

Peranan Doktor Menentukan Hal Ini

Apabila wanita hamil datang ke pusat rawatan untuk pemeriksaan antenatal pada bulan Ramadhan, dia haruslah memberitahu masalah yang dihadapi ketika berpuasa.

Doktor boleh memberikan pendapat sama ada wanita hamil itu boleh meneruskan puasa atau harus meninggalkan puasanya. Ini kerana sepanjang tempoh berpuasa, tubuh wanita hamil dan bayi yang berada di dalam rahim menggunakan segala nutrien dan tenaga yang tersimpan di hati (liver) wanita itu.

Kekuatan wanita hamil untuk bertahan terus berpuasa bergantung kepada beberapa faktor :

  • Berapa lama wanita itu telah hamil? (stage of pregnancy)
  • Berapa lama tempoh berpuasa? Jika di Malaysia tempoh berpuasa antara 12-13 jam, tetapi di negara Eropah mungkin ia lebih lama dan mungkin juga lebih pendek. Jika terlalu lama ada sesetengah wanita hamil tidak sanggup berpuasa kerana banyak nutrien yang disimpan dikongsikan bersama bayi dalam rahim.
  • Adakah bulan Ramadhan secara kebetulan bersama-sama dengan cuaca panas atau amat sejuk? Dalam musim yang terlalu panas atau terlalu sejuk (terutama di negara yang mempunyai 4 musim), banyak tenaga yang digunakan untuk mengekalkan haba tubuh di musim sejuk, sementara di musim panas, dehidrasi mudah berlaku dan sangat bahaya pada bayi yang dikandung.
  • Bagaimana kesihatan wanita hamil sebelum beliau hamil? Jika wanita hamil itu telah mengalami masalah penyakit kronik sebelum kehamilannya, maka beliau mudah menjadi lemah jika tidak makan dan minum.

Oleh itu adalah dinasihatkan wanita yang merancang untuk hamil ataupun telah hamil di bulan Ramadhan harus berbincang dengan doktor. Ini sangat penting terutama bagi wanita yang mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah (complicated pregnancy) sebelum ini, seelok-eloknya harus merancang bersama doktor.

Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas, wanita hamil boleh berbuka puasa. Antaranya:

  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam.
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat menahan muntah.
  • Rasa sangat haus, warna air kencing sangat keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidrasi berlaku wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.
  • Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrien dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.
  • Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pramatang dapat dielakkan.
  • Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.
  • Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

Pada masa yang sama, doktor akan melarang seseorang wanita itu berpuasa jika dia mempunyai komplikasi kehamilan seperti:

  • diabetes mellitus
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati (liver) yang tidak berfungsi
  • penyakit bronchial asthma yang kuat
  • penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • kehamilan kembar
  • mengalami risiko kelahiran pramatang
  • masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

Sumber : Dr. Zubaidi

Semoga informasi ini bermanfaat buat kawan-kawan yang sedang mengandung dan berpuasa atau yang teringin berpuasa tapi masih was-was di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Wassalam.
10:13:00 AM

Mencuci Rumah

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam after berbuka puasa, Sue dan Mr. Akoy ke rumah baru yang bakal didiami oleh kami. Alhamdulillah.. akhirnya dah ada rumah sendiri. Tak sabar nak pindah masuk.. ^_^


Walaupun masih belum penuh penghuninya, namun dah ada yang dah pindah masuk. Sempat la Mr. Akoy berkenalan dengan beberapa orang jiran. Sue je tak jumpa lagi wife wife mereka ini.. Heh! Sue kan pemalu.. auwwwww.. kahkahkah..

Semalam kami baru start mencuci rumah.. Tapi tak habis lagi tu.. Rumput tak buang lagi, halaman tak bersih lagi.. Kat dalam pun stil berhabuk lagi walaupun dah cuci. Kena cuci lagi sekali ni.. Habuk simen kan.. hurmmmm..

Nak sambung cuci rumah hari ni.. So lambat la kami balik ke KKB jenguk Hadirah.. sobsobsob.. T__T

Ok la.. nak siap-siap ke rumah baru ni.. Next week nak pindah masuk dah.. Tapi barang kat rumah Setia Alam ni tak kemas habis lagi.. huwaaaaaaa.. *nangis tepi bucu katil*

Wassalam.
2:27:00 PM

2nd Pregnancy : Alah Dengan Blog?

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Hurmmmm.. memang lama kan dah tak update any cerita kat sini. Maaf ye.. Ni nak cerita la ni sikit sikit.. Hehe.. ^_^


Alhamdulillah.. kami dikurniakan rezeki lagi. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah! Tak disangka-sangka. Tak sia-sia la usaha dan doa kami. Akhirnya ada juga adik buat Hadirah.

Cuma pregnancy kali ini agak mencabar mental, fizikal dan minda. First pregnancy tak merasa alahan yang banyak. Muntah-muntah tak ada, mual-mual tak ada, pening tak ada, alergik pada apa-apa pun tak ada. Cuma kuat makan je time tu. Hahahaha.. Mr. Akoy yang rasa dulu masa first trimester. Selamat la Sue kan.. But now, Sue yang rasa. Hah! Melepek la jawabnya.

Tak pernah-pernah rasa penat yang teramat sangat sampai hari-hari rasa nak tidur je memanjang. Then asyik pening-pening dan mual-mual. Mulanya memang tak perasan lagi. Ingatkan sebab keletihan menerima tugas baru yang bermula 1 Mei 2015 hari tu. 2-3 minggu juga la berkeadaan seperti itu. Sampaikan kadang-kadang tu sekejap masuk office, sekejap tak. Sometime datang office tapi balik awal. Tengahari je mesti terlelap kat meja sendiri. Haihhhhhh.. apa nak jadi la time tu.

Mood nak buat kerja termasuk kerja rumah pun memang tak ada. Nak masak-masak lagi la.. Rasa pening dan nak muntah bila masuk dapur. Tu yang tambah rasa malas nak masak. Then bila kena outstation jauh-jauh terpaksa drive sendiri memang rasa sakit perut yang teramat sakit. Tapi tak tahu lagi puncanya apa.

Paling dasyat masa tu adalah Sue langsung tak boleh nak buka blog Sue mahupun blog orang lain. Rasa nak muntah bila membaca blog. Serius ni.. Memang tak boleh nak buka blog. Blog sendiri pun dah rasa loya-loya bila buka apatah lagi nak buka blog orang lain. Haihhhh.. itu satu kepelikkan jugak tu. Alah dengan blog sekali. So ada la beberapa invitation food review, atau aktiviti blogger yang terpaksa Sue tolak sebab Sue rasa tak boleh nak bagi komitmen masa tu. Rasa tak larat nak ke mana-mana. Sue lebih suka duduk di rumah after kerja then layan drama or movie je. Blog langsung tak boleh nak jenguk. Sue tak berani nak janji apa-apa dengan sesiapa masa tu.. Maafkan Sue ye kawan-kawan especially Mahamahu dan Kelab Blogger Ben Ashaari. Huhu... Banyak yang terpaksa Sue lepaskan.. -__-

Bukan blog je yang tak rasa nak buka, malah semua media sosial rasanya malas nak buka. Instagram, facebook tak ber'update' pun.. Haihhhhh.. kesian kawan-kawan yang ambil berat tu.. (ada ke?)

After dah 2-3 minggu berkeadaan macam tu, Mr. Akoy suggest pergi jumpa doktor, check. Mana la tahu kan.. So sebelum jumpa doktor buat pregnancy test sendiri. Alhamdulillah.. nampak tanda positif. terkejut jugak masa tu.. Macam tak percaya. Ye la.. everytime tak period, mesti check then negatif then terus down. Tu yang macam tak percaya positif. Sebab dah niat lepas beberapa kali down tu, just anggap tak ada rezeki lagi dan let it be. Macam dah putus harap pulak masa tu.. -_-"

* first test sendiri *

Bila dah test and nampak positif, laju-laju panggil Mr. Akoy nak suruh tengok betul ke tak ni? Dah excited dah ni.. Mr. Akoy pulak dengan relax dan selamba je tengok and cakap, esok check kat klinik pulak untuk pengesahan. Dia cool je. Tak tunjuk reaksi excited ke apa ke.. Ceh! Papa camne ni..?

Tapi kan.. sebenarnya malam tu terus Mr. Akoy tak boleh tidur.. Katanya Sue buat dia tak boleh tidur. Hahahahahaha.. Sue yang nak tidur ni tergelak-gelak la.. Mula la masing-masing tak boleh tidur. Kelakar pulak masa tu.. Dah siap gelak-gelak ni.. Dah tak boleh nak tidur.. ^_^

Pagi esoknya terus Mr. Akoy bawa Sue ke klinik untuk check up. Tapi bila test kat klinik tak nampak pulak 2 line. Nampak samar-samar. Then dia minta datang balik jam 12 tengahari untuk scan pulak. So Mr. Akoy terus ke pejabat dia, Sue ambil EL je. Dalam jam 12 tengahari macam tu, Sue datang balik untuk scan perut.

Scan pun tak clear kata doktor tu.. Errrr.. macam mana nak confirm kan ni?

Tapi after that buat second test pregnancy sendiri nampak clear je. So tak apa la. Sue akan refer doktor lain nanti. lagipun 2 minggu after that Sue memang ada appointment dengan specialist genecology di Pusat Perubatan Menara area Menara TM ni. Hampir setahun Sue ambil treatment dari doktor ni. So tak apa la. Sue boleh minta doktor ni check kan untuk confirmation. No big deal.

* second test sendiri *

Alahan still lagi continue.. Tapi alhamdulillah.. Sekarang ni dah beransur-ansur kurang. Tu yang boleh buka blog orang lain dan update blog sendiri. ^_^ yeay!

Nanti Sue story lagi ye al-kisah second pregnancy ni.. Petang ni ada workshop berkaitan dengan kerja baru Sue ni.. so nak kena siap-siap la ni..

Salam Ramadhan!

Wassalam.
9:37:00 AM

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa (Selangor : Zon 1)

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi Zon 1 Selangor : Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.

Wassalam.
9:38:00 PM

Salam Ramadhan Al-Mubarak

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Mohon ampun dan maaf. Lately ni tak bersiaran di blog dan juga mana-mana media sosial. Sangat sangat jarang nak nampak update di mana-mana media sosial..

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mohon ampun dan maaf andai sepanjang kalian membaca penulisan Sue ada yang mengguris hati secara sengaja atau tidak sengaja.. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Moga kita sentiasa istiqhomah dalam beribadat kepadaNya.. Rebutlah peluang Ramadhan kali ini. Siapa tahu kalau ini Ramadhan yang terakhir buat kita.. (pesan kepada diri Sue juga ni.. ^_^)

Salam Ramadhan Al-Mubarak..


posted from Bloggeroid
10:31:00 PM

Pengumuman!!!

by , in
PENGUMUMAN TAK BERAPA NAK PENTING SANGAT

Assalam..

Bagi pihak Puan Tanah, Cik Sue, adalah dengan ini dimaklumkan, beliau akan bersara.. eh.. memencilkan diri buat seketika atas alasan kekangan masa disebabkan bebanan kerja. Cik Sue (ke Puan Sue? hehehe) juga sedang mengalami sedikit masalah (kemalasan, asyik nak makan itu ini, sakit pinggang, sikit-sikit nak termuntah dsb hehehe) yang tak berapa nak serius sangat.

Oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Cik/Puan Sue terpaksa merehatkan diri buat seketika. Takde mood katanya..

Harap maklum.

Mr Akoy bagi pihak Cik/Puan Sue :D