[Vacation 2015] Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang | Sabah

5 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Entri terdahulu :-


Selepas ke Kundasang War Memorial, perjalanan diteruskan menuju ke Desa Cattle Dairy Farm. Perjalanan ke situ agak mencabar. Naik turun bukit dan jalan yang tidak rata. Kalau drive 4WD sedap juga tu.. Tapi mujurlah kereta kami ni agak tahan lasak. Boleh tahan la nak ke situ.. Hahaha.. first time kan sampai sini. Next time kalau nak pergi lagi dah tahu dah macam mana keadaan dia. Boleh prepare mental, fizikal dan lain-lain lagi.

Kami sampai sini pun bukan waktu peak hour so agak lengang. Itupun masih ada lagi orang yang bercuti di sini. Ingatkan kami je yang bercuti bukan musim cuti persekolahan.. kih kih kih..

Tapi kekurangan bila datang bukan time peak hour, banyak benda or show yang tak ada. Macam sesi perah susu ke, tengok anak-anak lembu dengan lebih dekat. So agak terhad..








Boleh la nak feeling pergi New Zealand tu.. Tempat ni pun dah sejuk ala-ala oversea kan.. Hadirah paling excited. Dapat tengok lembu putih hitam ni.. Sebelum ni tengok lembu biasa je.. Siap beli susu lembu minum dulu tu..




Hadirah pilih susu coklat, papa Hadirah pulak pilih susu putih. Euwwww.. Sue tak minat susu putih ni.. Coklat masih lagi boleh diterima tekak tapi bila susu putih ni, memang tak boleh nak telan. Hadirah dengan selambanya kata, "sedap je mummy.." grrrrr... anak papa.. memang la sedap je semuanya.. Siap cakap dadih yang putih tu sedap.. uhukkk.. tak sedap tau.. -_-"

Selesai minum minum susu, ambil gambar bagai, kami bergerak pulang menuju ke Kota Kinabalu semula. Tapi sebelum tu, nak singgah ke Rumah Terbalik sebagai last destination kami untuk hari itu. Sebenarnya banyak lagi tempat kami tak pergi. Ada 2 lagi kalau ikut dalam senarai yang Dr. Mohd tolong plan kan. Tapi sebab dah kepenatan plus Hadirah dah start buat perangai bila dia keletihan, so singgah Rumah Terbalik je la on the way balik hotel tu..

Sebelum balik, sempat Sue panjat pagar semata-mata nak ambil gambar kat batu pintu masuk tu.. Hahahaha.. nasib baik takde orang time tu.. ^_^ haihhhh.. mummy sapa la ni.. krikk..krikk..krikk...


Wajib ambil gambar kat sini katanya... ~~~


Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd
Mesilau Highland, Kundasang, Sabah.
P.O. Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
Tel: 088-8895 62
Fax: 088-8895 62
GPS: 6.013877 lat, 116.593519 long

Entrance Fees: 
RM 4.00 (Dewasa)
RM 3.00 (Kanak-kanak)

Pemprosesan susu : 
Setiap Selasa, Khamis dan Ahad 
Jam : 1000 Hrs - 1400 Hrs

Proses Pemerahan susu:
Setiap Hari
Jam: 1500 Hrs - 1700 Hrs.

bersambung...

Wassalam.