[Vacation 2015] Kundasang War Memorial | Sabah

Assalamualaikum. Cinta.

After ke Kinabalu Park kami ke Kundasang War Memorial pula. Guna waze je ye.. Tapi boleh pulak sesat.. kah kah kah.. Sebab terlepas tempatnya. Tak nampak kat mana padahal memang dah lalu dah.. Bila pusing balik tengok betul-betul baru nampak.. Laaaa.. belakang pekan tu je rupanya.. Adeh.. patut la bila waze kata "you've reach your destination" kat tengah-tengah pekan tu, macam pelik pulak. Tak nampak signboard ke apa ke.. Rupanya tempatnya kat belakang deretan kedai. Ada parking lot depan pintu masuk tu.. Adeh.. Macam mana la boleh tak perasan.. -__-"

Memang semua tempat yang kami nak pergi ni sehala je.. So Dr. Mohd dah bagi kami plan dah.. Mana tempat dulu mana tempat kemudian yang patut kami lawati. Siap lukis peta perjalanan tu.. Thanks a lot Dr. Mohd.. Tapi takde rezeki nak jumpa.. sobsobsob.. T_T


Layan kan aje la gambar kami kat sini ye.. Tempat ni memang cantik. Kebetulan kami bercuti bukan waktu kemuncak which means bukan dalam waktu cuti persekolahan dan hujung minggu, makanya orang pun tak ramai. Rasanya kami je yang ada masa tu selain dari orang yang sedang ambil gambar kahwin di situ. Tiket masuk RM 2.00 bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak. Hadirah dikenakan bayaran di sini.. Kat Kinabalu Park tak kena bayaran.. huhu..







Jam 10.00 pagi di sini dah terasa macam jam 1.00 petang dah.. Teriknya matahari.. hoho.. Habis la.. hitam la Hadirah tu.. hik hik hik



* view dari atas bukit Kundasang War Memorial *



 Time ni Hadirah dah start merajuk.. pfttt.. Jenuh la nak memujuk dia.. -__-" Maybe dia dah penat la tu.. Sudahnya asyik nak berdukung aje..




 Nampak tak apa yang ada atas kepala Sue tu? Comel kan? ^___^



Sedikit sejarah berkenaan dengan Kundasang War Memorial, Sabah :-

Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.

Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun. 

(sumber : http://www.sabah.gov.my/)

Kundasang War Memorial
Address: 90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau, Sabah, 89308
Ticket :-
Malaysian - RM 2.00 (adult) , RM 1.00 (children below 12 years old & students)
Foreigner - RM 10.00

Our next destination is.... 
jeng..jeng..jeng.. surprise!

See you'll in my next entry!

Wassalam.

3 comments:

  1. Bestnyaa kat situu. Permandangan dia betul betul macam kat luar negara. Hope tahun ni dapat jejak kaki kat sini

    ReplyDelete
  2. alaaahai Hadirah ni cheeky la.. comel =)

    ReplyDelete
  3. kat tengah padang rumput ada nmpk tulisan 'jangan injak saya nanti saya mati' tak mak? hehe2

    ReplyDelete