[Vacation 2015] Kinabalu Park | Sabah

Assalamualaikum. Cinta.

Setelah berehat dan tidur menghilangkan penat menaiki kapal terbang di sebelah malam, esok paginya kami bergerak ke Ranau. 

Di Sabah ni jam 5.00 pagi dah nak siang dah. Siang kan cepat. So memang kena bangun awal walaupun keletihan. Tak nak lambat sangat sampai ke destinasi percutian kami. Paksa Hadirah bangun awal, mandikan dia, pakaikan baju dia, then Sue pulak ambil tempat untuk bersiap. Alih-alih tengok Hadirah lena balik... Alahai.. kesian dia.. Terpaksa bangun awal sedangkan malam sebelum tu dia tidur agak lewat. Entah jam berapa baru dia terlena Sue dan Mr. Akoy pun tak sedar.. Kami yang keletihan memang dah terlena awal. Hadirah ada je kat sebelah tengok rancangan favorite dia Upin Ipin tu so dia memang jenis budak yang tak merayap ke mana-mana kalau semua orang dah tidur. Dia stay je kat sebelah. Paling kuat dia kejut, nak susu ke, nak kencing ke..

Bila semua siap packing, kami pun start perjalanan kami ke Ranau. Breakfast di mana-mana kedai yang kami jumpa yang yakin halal sebab tak nak lewat sangat sampai ke sana. Itu pun jam 7.00 pagi kami keluar time tu dah macam jam 10.00 pagi. Matahari dah naik. pftttt.. panas la sikit kan..

Selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Ranau. Tempat pertama yang kami tuju adalah Kinabalu Park. Bukan nak panjat Gunung Kinabalu pun.. Hahaha.. gigih la kan nak panjat.. Cuma saja jalan-jalan ambil angin. Semasa perjalanan menuju ke Kinabalu Park tu, bila dah start mendaki bukit, memang dah start rasa sejuk macam di Genting dan Cameron Highlands. Tapi kat sini lagi sejuk wooo.. Dah la Sue malas nak bawa sweater so tahan aje la.. Mr. Akoy dan Hadirah dah standby sweater siap-siap.. Hahahaha.. padan muka mummy kesejukan.. -__-"



Sampai je di Kinabalu Park Sue terus kejutkan Hadirah yang tidur sepanjang perjalanan ke sini yang mengambil masa kira-kira 2 jam dari Kota Kinabalu. Itupun bernasib baik tak banyak bertembung dengan lori di sepanjang perjalanan ke sini. Betul kata Dr. Mohd, kalau nak ke sini kena gerak awal pagi sebab boleh elak bertembung dengan lori yang akan melambatkan perjalanan kami. Tapi takde la sampai tak jumpa lori langsung masa tu, cuma masa Sue ke sana tak banyak lagi la so still boleh kejap-kejap laju. hihihi..

Kami cuma jalan-jalan menikmati suasana pagi di kaki gunung Kinabalu je.. Sejuk.. best! Harga tiket untuk masuk ke sini hanya RM 3.00 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak pula RM 1.00 tapi Hadirah free je masuk.. ^_^

Hadirah pulak excited nak berjalan sana sini. Ni mesti kejap lagi bila dia dah penat mesti suruh dukung dia.. 
-__-" suka tau dera mummy dengan papa gitu.. Padahal dah besar dah.. dah tinggi dah.. Lagi beberapa hari nak masuk 4 tahun dah.. 




Sedikit info berkenaan dengan Taman Kinabalu atau Kinabalu Park ini :-

Taman Kinabalu merupakan sebuah taman negara yang telah diwartakan pada 2002, dan terletak di negeri Sabah, Malaysia di bahagian utara pulau Borneo. Taman Kinabalu dihiasi oleh dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,085 meter, yang merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Taman Kinabalu merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada kearas tinggi. Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, Malaysia termasuk tumbuhan tropika sejagat.

Kini Taman Negara Kinabalu berada dibawah pentadbiran Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah. (sumber : wikipedia)

TAMAN KINABALU / KINABALU PARK

Address: Ranau, Sabah
Area: 754 km²
Phone: 088-523 500
Ticket : 
1. Malaysian - RM 3.00 (adult) , RM 1.00 (children)
2. Foreigner - RM 15.00 (adult) , RM 10.00 (children)

PERMIT  MENDAKI GUNUNG  KINABALU

Ticket :-
Malaysian - RM 30.00 (adult) , RM 12.00 (children)
Foreigner - RM 100.00 (adult) , RM 40.00 (children)

Untuk Permit Mendaki Gunung, ‘guide’ dan ‘porters’ sila hubungi :-

Sabah Park
Lot3, Block K, Sinsuran Gomplex
88806 Kota Kinabalu
Tel. : 6088-212719 / 211881
Fax : 6088-221001
E-mail : sabahparks@sabah.gov.my



Nest destination kami ialah... 
Okeh.. sila tunggu next entry.. See you'll soon...

Wassalam.

4 comments:

  1. wahh bestnyaaa bercuti ke Sabah.... !! tak pernah sampai ke sana lagi...

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee seronoknya jalan jalan ke taman kinabalu park sabah itu bah . ;D

    ReplyDelete
  3. Lokasi percutian terbaik masa cuti..

    ReplyDelete
  4. last pergi sabah tahun 2011 ahaha.. dulu p ranau tapi time tu pegi xde kaji2 mana nak p..
    main redah je.. sni pun x pi..

    ReplyDelete