[Vacation 2015] Grand Borneo Hotel | Sabah

Assalamualaikum. Cinta.

Semalam dah story pasal perjalanan Sue dan family ke Kota Kinabalu kan. Kali ni Sue nak review Grand Borneo Hotel pula.


Grand Borneo Hotel terletak di sebelah 1Borneo Shopping Center. So senang la kalau nak shopping. Tapi kami tak la shopping. Kata nak jalan-jalan makan angin kan.. Tapi bila ada shopping center ni memang mudah la. Lagipun landmark kalau nak cari hotel ni, boleh guna landmark UMS (Universiti Malaysia Sabah). Memang bersebelahan dengan UMS je pun.

ATTRACTIONS
(Seat in coach tours)
Island Hopping and Diving Experience
Cultural & Heritage Village
Lok Kawi Nature Park
Mt Kinabalu Park & Poring Hot Spring
Jungle Trekking
Golf at various Golf Courses

ROOM AMENITIES
Complimentary WiFi access
Flat screen TV, Cable Channel
Air condition
In-room safe
Mini Fridge
Hair Dryer
International direct dial telephone
Complimentary coffee and tea making facilities
Writing desk


Nak tengok bilik kami tak? Memang request highest floor. Memang dapat highest pun tapi tak la highest mana. Dapat bilik di tingkat 8. Bilik pun agak besar. Seronok la Hadirah.. ^__^


Bilik air dia sangat selesa. Ada option nak mandi pakai shower atau bathtub. Memang syok la.. Hadirah la yang paling excited. Boleh berendam dalam bathtub. Walaupun tak bawa dia ke swimming pool hotel ni yang awesome tu tapi dalam bathtub pun jadi la.. Sampai berejam duduk berendam dalam tu.. haihhhhh...





Paling best pintu bilik air ni ada cermin. Muahahaha.. baru best ada cermin cenggini. Boleh belek-belek diri sepuas-puasnya. Kalau la ada kat rumah Sue kan best.. hik hik hik..


Siap dapat extra bed lagi tu.. Tapi Hadirah bukannya nak tidur situ. Naik jugak ke katil mummy.. -_- Katil extra tu tempat dia main-main je.. takpun menyusu sambil tengok upin ipin. Kemudahan wifi pun best dan laju je bila guna.. Hadirah la yang paling banyak guna.. Hahaha.. nak tengok cerita upin ipin kesayangan dia la.. Yang lain-lain ok la..


Satu je la part yang paling tak best. Part parking. pftttttt.. Parking tu je yang rasa tak best sebab parking untuk customer hotel cuma ada depan hotel dan hanya ada 9 KOTAK PARKING FREE SAHAJA. First come first serve. Dah tentunya kami tak dapat. Asyik penuh je.. -__-" Entah bilanya yang kosong entah..

So bila tanya kaunter macam mana dengan parking, dia kata kalau penuh 9 kotak parking tu, sila parking dalam shopping mall. Customer kena bayar sendiri parking tersebut. Pihak hotek hanya beri akses PARKING PERCUMA SEKALI SAHAJA SEPANJANG MENGINAP DI HOTEL. Pfttttt... what?? Takkan sekali je... parking fee dah la ikut jam. RM 2 untuk berapa jam pertama entah then akan naik lagi ikut berapa jam. (lupa) Then kalau overnight kena tambah RM10 lagi.. Huh! part parking la paling tak best sekali.. So nak tak nak, parking je la kat Aras 3 berdekatan dengan pintu hotel ni, dalam shopping mall. pftttt.. Yang lain-lain dah ok dah..

Kalau sesiapa yang tidak kisah pasal parking boleh la nak menginap kat sini.. I is terpaksa la kan.. -_- sebab dah siap bayar semua sekali almost setahun kan.. huhu.. bertabah je la bayar parking. On the last day baru Sue gunakan akses free itu.. 

ok la.. takat ni je.. sorry ek!
hehe.. nanti ceritera pasal tempat-tempat menarik di KK pulak.. ^_^

Grand Borneo Hotel
Address: 1 Borneo Prince Tower, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Phone:088-526 888

Wassalam.

1 comment: