Teluk Batik | Perak

Assalamualaikum. Cinta.

(fuhhh.. lamanya baru nak update..)

Visit Malaysia 2015 (VMY 2015) dimulakan dengan bersantai-santai di Teluk Batik, Lumut, Perak. Oh ya! Kami ke sana sehari selepas menghadiri kenduri di Sungai Petani tempohari. Kan kami pulang ke Kamunting semasa cuti CNY tempohari, so manfaatkan la cuti yang ada.. 

Totally exhausted sebenarnya. Tapi demi anakanda tercinta, Hadirah kami gagahkan diri jua untuk ke sana. Kami ke sana dengan family-in-law Sue. So sebuah kereta dah memadai. Lagipun jauh juga la nak ke sana. Berapa jam entah dari Kamunting. Tak ingat pulak.. huhu..




Hadirah kalau dengan air memang berpisah tiada la jawabnya. Tak ingat entah berapa jam dia berendam dalam tu.. Ajak balik dia tak nak. -__-"

Happy la dia tu.. Memang suka sangat bab bab mandi-manda ni.. Especially swimming pool dan laut.. Pantang nampak.. menangis-nangis nak mandi.. Fuhhh.. bertabah aje la bila bawa dia ni..



Errrr.. Sue tak mandi sangat pun time ni.. Basah tu tetap basah jugak sebab jaga Hadirah, bergilir-gilir dengan Mr. Akoy.. Sue kureng sikit bila part part mandi ni.. Hahahaha.. (dasar malas nak tukar baju)

Tapi tetap kena tukar baju jugak.. Dah basah.. Siap bawak Hadirah masuk tempat dalam lagi tu.. Seronok mengusik dia. Dia tak pandai berenang tapi boleh la nak apungkan diri dia.. Cuma kita kena pegang la.. Takut tenggelam. Tapi syok wooo dapat sakat dia.. Hahahaha.. Bila lagi kan.. ^__^

Nasib baik ramai pengasuh Hadirah.. Boleh jugak take turn nak rest.. Hik hik hik.


Petang baru kami gerak balik. Singgah di Pekan Lumut. Beli makanan kering sikit. Saja la merasa kan..

Waaaa.. ni VMY2015 yang pertama untuk tahun ni.. hehe.. Nantikan entri percutian kami seterusnya.. Jeng jeng jeng..

Wassalam.

4 comments:

  1. terserlah happynya Hadirah dekat laut tuuu. haha

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dia mandi laut! Hehe tetiba rasa nak berendam dalam laut. Lama tak mari ke sini. Dulu selalu juga sebab duduk kat Perak. Ni dah merantau jauh, kekadang je balik Perak

    ReplyDelete
  3. Seronoknya si kecil tu main di pantai ya...;)

    ReplyDelete
  4. ehehe sakan le si Hadirah ye geram ngat haih.. comel =)
    last CT singgah sni 2012 rasanya.. singgah kejap juga x mandi pun..
    suka pegi tepi laut tapi tak brapa minat nak mandi laut..
    air terjun o swimming pool okay lah..

    ReplyDelete