Selfish

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi.

Bila pulang menaiki public transport sememangnya berbagai-bagai ragam manusia dapat dilihat. Sambil melihat ragam mereka, sambil menilai baik buruknya perilaku mereka dan muhasabah diri sendiri ketika itu.

Semalam Sue pulang dari KKB menaiki tren komuter. Tapi bukan balik rumah terus. Masuk office juga walaupun lambat. Cun cun sampai office waktu lunch. Ada kerja sikit yang perlu diselesaikan walaupun sebenarnya boleh je buat dari luar office. Tapi nak buat kerja dalam komuter memang tak la.. -_-" Mengantuk.. so sepanjang perjalanan dari KKB ke KL Sentral memang lelapkan mata la.. Cuma terjaga sekejap sekejap. Sambil tu perhati sekeliling. Melihat gelagat manusia.

Tiba-tiba mata tertangkap seorang insan di celah-celah kerusi dalam komuter. Eh? Kenapa mamat tu ada kat sini? Pusing kepala check seat belakang, check seat depan, check signboard sekeliling. Hurmmmm.. dah terang-terangan tertulis "Ladies Coach" siap dengan simbol dan warna pink lagi. Dia ni reti baca signboard ke tidak? Dinding berhampiran dia, atas kepala dia pun dah tertulis "Ladies Coach" siap lambang dengan warna lambang dan tulisan pun pink. Takkan tak nampak?


Haiyoooo.. ramai lagi kaum hawa yang tengah berdiri tu, dia boleh buat tak tahu je.. -__-" Susahnya bila ada manusia sebegini. Dalam tren tu dah siap announce dah, coach 3 dan 4 dikhaskan untuk wanita sahaja. Ada beberapa orang lelaki pun yang mula-mula masuk dalam tren tu pun dah beralih tempat dah. Yang mana ada couple dalam tu pun dah beralih tempat dah bila sedar mereka salah masuk coach. Tapi yang sorang ni je degil semacam. Dari stesen Rawang sampai stesen Bank Negara dia duduk membatu di situ. Tak bergerak langsung. Dia pandang sambil lewa je kat orang lain yang tengah dok perati dia.. Takkan tak faham lagi.. Orang dah pandang pandang jeling jeling tu..

Hai la manusia.. Tak ada sense of humanity betul la.. Kesian la kat awak ni.. Selfish. Awak ni memang tak ada hati perut langsung kan.. Stupid yang tak boleh nak diajar. Nampak sangat stupid nya dia kat situ. Sayang sangat dengan seat tu sampai tak nak bangun langsung.. -__-

Huh! After this, mana-mana yang rasa dia tu lelaki, tolong la perhati sikit kat sekeliling tu.. Tengok sikit coach yang anda naik tu hanya untuk wanita sahaja ke tidak. Kalau salah naik coach takpe la lagi.. Boleh jalan terus kiri ke kanan ke untuk tukar coach. Takde la kena kutuk maki bagai..

Ishhh.. emo pulak pagi-pagi ni bila mengingatkan kejadian ni.. grrrr..

Ambil mood balik dengan sarapan nasi lemak la gini.. jom makan! k bai.

Wassalam.

5 comments:

  1. pernah ada pengalaman begini few years ago. Tapi ada sorang makcik ni tegur terus diorang. Mujur la nak berubah ke koc lain. Kalau kat MidValley, masa tu siap ada pegawai komuter kena jaga utk tak bagi lelaki masuk koc wanita.

    ReplyDelete
  2. ahahaha bangang abadi kalo spesis cem ni.. x rasa guilty langsung..
    padahal orang dok pandang2 dia pduli apa.. ramai aje cemni..

    penah skali bangla pun naik sama coach ladies..
    haaarum coach..

    ReplyDelete