Kenduri | Sungai Petani

Assalamualaikum. Cinta.

Kesinambungan cerita balik kampung ini, pagi setelah Sue sampai ke rumah in-laws Sue tu, kami bergerak ke Sungai Petani pulak. Gigih tau bangun subuh-subuh tu dengan mata mengantuk tak cukup tidurnya. Siapkan Hadirah je dah berjam lamanya. Iron baju baju Sue, Hadirah and Mr. Akoy lagi. Fuhhhh.. mencabar mental wooo.. Sebab mengantuk. kih kih kih

Then Sue pulak yang drive ke Sungai Petani tu. Konvoi 3 buah kereta. Kereta Sue, kereta abah-in-law and kereta family Mak Ngah. Itu pun Mak Ngah and seorang anak dia tumpang Sue sebab tak muat la kan.. Kereta Sue je kosong.. Hadirah dah ikut Tok Wan dia dah dengan Acik dia.. Memang tak layan la mummy dengan papa dia. Tinggal terus mummy dan papa dia.. uhukkk.. gitu la dia kalau balik kampung sini.. Asyik berkepit dengan Acik dia je.. Boleh la mummy dengan papa dating.. ahaksss.. -berangan-

Kami sampai Sungai Petani pun rasanya kalau tak silap jam 11 lebih jugak la. Mujur sempat untuk join majlis bacaan tahlil sekali.

* sebahagian besar pakcik, makcik, sepupu sebelah Mr. Akoy dan anak-anak mereka.. Ni family belah abah-in-law Sue je.. Adik-beradik Abah-in-law Sue.. siap ada yang Sue belum pernah jumpa lagi tu.. Baru kenal time ni.. kih kih kih..*

Part makan bila kenduri memang tak payah cakap la.. Hilang diet bila time bercuti.. uhukkk.. memang tipis la harapan nak kurus.. kui kui kui..




Memang food hunter betul la ni.. Makan tak hengat kotttt.. Tapi pinggan kuih-muih tu bukan Sue sorang tau.. Share share tau dengan Mr. Akoy, adik ipar, mama-in-law, Hadirah.. Haha.. Giler ah makan banyak macam ni.. -__-"

Kami bertolak pulang lebih kurang am 3.00 petang.. Tu pun singgah kat Matang dulu. Hantar Mak Ngah semua.. Lebih kurang jam 5 ke 6 petang baru sampai rumah balik. Semua melepek kepenatan.. Nak keluar balik memang tipis la harapan tu..

Bab makan memang sedap je lalu tekak tu tapi bila tengok badan kat cermin, nangis tepi katil.. sobsobsob.. T_T
k bai.

Wassalam.

3 comments:

  1. laksa!!! esok nk masak laksa lah..terigin sgt nih

    ReplyDelete
  2. eheheh kenduri kat utara memang peeergh =)
    apa ingat diet tak adanya.. bedal semua ehehehe..

    ReplyDelete
  3. saya rindu dodol especially kalau dari kampung.

    ReplyDelete