Kelam Kabut

Assalamualaikum. Cinta.

Minah kelam kabut! 
Heh! Memang pun.. Pagi ni Sue agak kelam kabut bilamana tiba-tiba kad touch n go tak boleh nak guna kat stesen LRT KL Sentral. Deng! Apahal pulak ni??

Dah la penat Q panjang. Tiba-tiba bila sampai turn Sue nak touch kan kad TnG tu boleh pulak tak boleh pakai. Adoi.. tension. Nak tak nak terpaksa pergi ke kaunter. Sekali kan, boleh pulak orang kaunter kata tak boleh nak check. Nak topup kad MyRapidKL tu pun tak boleh kat kaunter. Kena pakai mesin. Adoi. Tension tiba-tiba. Tapi jenuh jugak la berfikir kenapa tak boleh pakai sedangkan sebelum tu elok je guna naik komuter dari stesen Padang Jawa sampai KL Sentral ni.. hurmmmmmmm.. -__-

Rasanya mesti ada masalah masa keluar dari stesen komuter KL Sentral tu. Tapi masa touch tu tak ada pulak keluar error. Dah la Q panjang jugak masa tu.. Eh! Memang ada yang tak kena ke? Hishhhhh.. dah kena check pulak petang ni kat stesen mana-mana yang menyediakan khidmat TnG ni. Adoi.

Lepas tu Sue decide la beli je la token. Nak cepat. (padahal tak berani nak try topup kad MyRapidKL tu guna mesin sebab tak pernah buat) Boleh pulak masa tengah Q tu, ada 2 orang Indian Ladies nak minta pertolongan. Nak minta tolong belikan token ke Masjid India. Dalam keadaan Sue yang tengah serabut tu, Sue iyakan aje. Dah orang nak minta tolong kan.. takkan la tak nak tolong. So bila dah lepas turn Sue beli token tu, Sue pun nak tolong la mereka berdua ni. Tapi Sue macam confuse pulak. Nak turun kat Masjid India? Ada ke LRT sampai sana? Setahu Sue Masjid Jamek ada la.. Then bila cari tak jumpa, Sue suggest la ke Masjid Jamek then jalan kaki sikit.. Tapi mereka tak nak pulak. Cari pulak nak ke Puduraya.. Bila dah tunjuk, mereka nak ke Bandar Tun Razak. Heh! Kejap nak ke sana, kejap nak ke sini.. Mana satu ni?

Lastly Sue cakap Sue tak sure. Dah mereka pun blur blur ditambah pula Sue tengah serabut plus kelam kabut sebab dah terlewat dah nak ke tempat kerja, makanya I'm sorry la jawabnya. Mereka nak decide nak ke mana pun Sue tak tahu. Sue pun memang tengah blur. Sebab fikirkan macam mana nak balik KKB naik komuter petang ni? TnG problem kena selesaikan dulu. Bukan tak boleh pakai tiket biasa tapi lebih senang pakai TnG kan. Lagipun banyak hari lagi nak pakai TnG ni. Kalau sekali hari ni dah problem, hari-hari seterusnya nak pakai TnG payah la nanti. -__-"

Sorry ladies. Saya blur. Saya tak terfikir pun sebenarnya senang je nak ke Masjid India atau Puduraya atau Bandar Tun Razak tu. Tapi saya tak faham sebenarnya mana satu yang kalian nak tuju dulu. Pening saya. Lagipun saya amat-amat jarang guna mesin jual token perjalanan tu. Sudahnya pagi-pagi ni terpaksa hadap mesin ni.. mesti la blur macam tak tahu nak guna. Takkan korang tak perasan minah kelam kabut plus serabut ni asyik dok perhati kat orang macam mana orang lain beli token pagi tadi. Seriously saya dah lupa macam mana nak beli token. Adeh! Apa la Sue ni.. 

Petang ni sebelum balik KKB, nak try selesaikan dulu kad TnG yang problem tu.. Then kalau tak boleh jugak, kena cari solution lain.

Pagi ni memang agak kebizian. So maaf deh pada mereka yang nak macam-macam benda urgent tu. Macam-macam hal pulak datang serentak sampai lupa pasal Hadirah. Aduh! Macam mana boleh lupa ni.. Haiyoooo.. terlewat sudah..


Takpe.. slow slow buat satu satu ye Sue.. (eh! boleh pulak update blog? kah kah kah)

k bai.

Wassalam.

9 comments:

  1. betul..kalau kelam kabut otak x dapat berfikir dengan baik dan waras

    ReplyDelete
  2. hehehe biasalah Sue, kalau kita kelam kabut mmg semua benda yg simple dan dh jadi kebiasaan pun lupa habis hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau saya lagi jadi kelam kabut sebab tak memang tak pandai naik pengakutan awam kat kl ni..

    ReplyDelete
  4. Hahaha actually cara penulisan awak pun boleh make me myself faham your situation masa tu :'D Selain kelam kabut, clumsy pun is one of the term yang boleh digunakan. cuz Im like that too! hahaha sep sikit!

    ReplyDelete
  5. btw! heheh tertinggal pulak..meh la jenguk jenguk ke blog saya and support my first giveaway :*

    http://frauananas.blogspot.com/2015/03/ananasgoodmood-tiny-giveaway-p.html

    hehe sudi lah join ya. Jemput ~

    ReplyDelete
  6. Salam kenal...seronok pulak baca sehari yg kelam kabut nyer story...saya pon kadang2 jadi camni..serba tak kena! Haha

    ReplyDelete
  7. time serabut mmg kang satu benda tak jadi.. jangan panic sangat *cakap orang CT pun sama*
    hehehe tak pernah beli token lrt sebab pakai tng aje.. uish kalo ttb kad CT pun x jalan
    haru gak ehehe..

    ReplyDelete