JBT sebagai Pakej Pelancongan Pilihan ke Jepun

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Rata-rata ramai yang memilih Jepun sebagai destinasi pelancongan utama kerana beberapa faktor. Antaranya adalah kerana Jepun merupakan negara yang mempunyai musim sakura yang sangat cantik. Heh! Siapa yang tak suka kepada bunga yang cantik kan, macam sakura ni.. Di Jepun terdapat lebih 350 jenis bunga sakura.
Wow! Banyak tu.. 

Selain daripada itu, Jepun juga mempunyai beberapa pesta dalam setahun yang boleh diraikan bersama-sama dengan rakyatnya. Rakyat dan penduduk Jepun juga mempunyai sifat kesantunan yang tinggi dan dari segi kebudayaannya pula, Jepun mempunyai perlbagai kebudayaan dari segi pakaian hingga seni persembahan. Itu adalah antara keunikan berkaitan dengan Jepun.

JBT sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN ke Jepun

JBT (Japan Budget Trip) merupakan pakej pelancongan ke Jepun yang menawarkan pelbagai pakej yang menarik dan murah yakni mampu dimiliki oleh semua lapisan masayarakat yang ingin melancong ke Jepun. JBT diusahakan oleh Encik Rafidi atau lebih dikenali sebagai Ayaharif, pemilik blog ayaharif.blogspot.com.

Ayaharif No Tabi berasal dari bahasa Jepun yang bermakna Pengembaraan Ayaharif. JBT pula adalah ringkasan dari Japan Budget Trip, satu pakej pelancongan yang diusahakan oleh Ayaharif. Blog ini memaparkan trip-trip dan perjalanan oleh Ayaharif sama ada dengan family ( personal trip ) atau bersama peserta-peserta yang mengambil pakej dari JBT. - sumber : ayaharif.blogspot.com

Mengapa JBT sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN ke Jepun?

1. Pakej Menarik dan Murah

Pakej yang ditawarkan oleh JBT bagi destinasi tertentu amat berpatutan. Jika anda mempunyai bajet yang rendah tetapi mahu ke tempat-tempat menarik di Jepun, JBT ada penyelesaiannya. Tidak semua tempat-tempat menarik ini memerlukan kos yang tinggi. Pakej yang ditawarkan oleh JBT murah dan amat berpatutan. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja lebih ke arah yang lain.

Antara pakej-pakej tersebut adalah Pakej JBT : Autumn in Kanto (Tokyo/Karuizawa/Ibaraki/Yamanashi) hanya dari RM1,990, Pakej JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) hanya dari RM1,990. Murah, bukan?



2. Keselesaan sepanjang berada di Jepun

Bagi sesetengah orang, (mungkin hampir semua orang) keselesaan adalah faktor utama yang ditimbangtara apabila ingin memilih sesebuah pakej pelancongan ke mana-mana sahaja. Siapa yang tidak mahukan keselesaan, tambah-tambah apabila berada di negara asing, kan? Dengan mengikuti pakej pelancongan ke Jepun bersama JBT, walaupun anda semua mengambil pakej yang paling minima sekalipun, keselesaan anda adalah keutumaan JBT. Anda pasti berasa selesa dan senang apabila berurusan dengan pihak JBT. Malah, Encik Rafidi sendiri yang menjadi "tourist guide" buat anda semua. Maka anda tidak perlu risau lagi apabila menyentuh soal makanan halal, tempat untuk menunaikan solat dan sebagainya sepanjang anda berada di Jepun.

3. Pilihan pakej dan musim

JBT ada menawarkan pakej private trip dan open trip. Bagi anda yang mementingkan keselesaan dan mahukan hanya ahli keluarga atau hanya sekumpulan kecil untuk melawat negara Jepun, anda boleh memilih private trip. Lebih mudah dan senang untuk pihak JBT menguruskan kumpulan kecil anda. Bagi yang berminat untuk menyertai open trip, pihak JBT telah menetapkan tarikh dan destinasi pelancongan anda. Sesiapa sahaja boleh join open trip ini dan tempat menginap adalah sharing basis. Melalui open trip ini juga anda dapat bertemu dan beramah mesra dengan ramai orang.

4. Servis JBT yang terbaik

Bermula sejak penghujung Januari 2014, JBT telah mengorak selangkah demi selangkah untuk memberikan servis terbaik mereka bagi pakej pelancongan ke Jepun. Encik Rafidi yang merupakan tourist guide telah beberapa kali ke Jepun dan sudah pasti fasih dan mahir berbahasa Jepun. Ini memudahkan anda semua untuk mendapatkan maklumat berkaitan apa saja sepanjang berada di Jepun.

Pihak JBT juga memberikan servis yang cepat dan teratur. Briefing juga disediakan dan anda juga boleh mendapatkan makluman awal berkaitan dengan tempat-tempat yang bakal anda lawati.

Menawarkan pakej pelancongan ke Jepun yang murah membuatkan JBT merupakan pilihan utama untuk ke Jepun. Tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan maklumat lain dan juga pakej pelancongan ke Jepun yang lain memandangkan servis dan pakej yang ditawarkan oleh pihak JBT menarik dan berpatutan.


Jom ke Jepun dengan Japan Budget Trip!!!

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie


Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Wassalam.

p/s : gambar kredit kepada ayaharif.blogspot.com

2 comments :