Happy Birthday Sayang!!!

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi..
Salam jumaat!

Alhamdulillah.. Hadirah dah genap 4 tahun hari ini.. Syukur pada-Mu ya Allah.. Engkau masih pinjamkan dia kepada kami untuk kami curahkan kasih sayang kami kepadanya.. 

Ya Allah.. Berikanlah keberkatan dan kemurahan rezeki kepadanya, panjangkanlah umurnya, jadikanlah dia anak yang solehah buat kami, lindungilah dia walau di mana dia berada, berikanlah kebahagian kepadanya sepanjang hidupnya dan Engkau pimpinlah dan bimbinglah dia seandainya kami sudah tiada nanti.. Aamiin..


Oppsss.. gambar celebrate birthday dia tahun lepas je ada.. Nanti Sue update gambar terbaru ye.. Holiday mode sekarang ni.. Semua entry Sue start dari hari Isnin (16/3/2015) sampai Isnin next week (23/3/2015) Sue akan try buat auto-publish.

Sekarang ni Sue berada di Pulau Tioman. Holiday di sini pula after ke Sabah tempohari. Entry percutian ke Sabah semuanya Sue buat auto-publish. Entry Tioman nanti la ek.. Hahaha.. Hopefully tak jadi macam tahun lepas.. entry holiday jadi entry hujung tahun pulak.. adeh.. padahal dah berbulan-bulan dah pergi bercuti.. -__-" Eh!!! Termelalut pulak.. Maaf deh..

Hadirah! Mummy always love you sayang! Mummy selalu rindu awak..setiap detik, setiap ketika.. Sedari awak keluar melihat dunia dari perut mummy, mummy selalu rindukan awak.. Mummy rindukan saat-saat indah kita bersama.. Sekejap je kan masa dah berlalu.. Hadirah dah 4 tahun dah.. Dah besar dah anak dara mummy ni.. Rajin pun rajin.. Baik.. Comel.. Tapi tak bulat sangat macam dulu-dulu.. hahaha.. tak best dah nak cubit-cubit pipi awak yang macam Tweety Bird bak kata kawan mummy tu.. ^__^

Mummy doakan semoga mummy mampu dan tabah dalam membesarkan Hadirah dalam era yang sangat mencabar ini... aja aja fighting mummy!

Sayang awak ketat-ketat Hadirah! 

Wassalam.

5 comments:

  1. Happy birthday Hadirah.. semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Deary Hadirah..semoga membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  3. happy birthday little princess ^_^ cutenya kek tu

    ReplyDelete
  4. alahai si comel ni.. lama tak berkunjung ke sini..
    happy belated birthday Hadirah =) jadi anak solehah ookay..

    ReplyDelete