Balik Kamunting

Assalamualaikum. Cinta.

Cuti CNY yang lalu asalnya tak plan nak ke mana-mana.. Yelah.. cuti CNY kan.. sure sesak + jammed jalan kan. Tapi bertukar rancangan.. Balik ke Kamunting lah kita..

Kebetulan Sue cuti awal sehari dari orang lain especially Mr. Akoy. Hik hik hik.. Baiknya company bagi cuti paksa sehari lebih awal sebelum cuti umum CNY. Kena paksa tau.. Bukan saja saja nak cuti. So Sue balik KKB dulu la after kerja hari Selasa tu.. Mr. Akoy balik esoknya. Naik KTM lah jawabnya.. Lama dah tak balik KKB naik komuter. Fuhhhh.. penatnya.. -__-

Then esoknya after Mr. Akoy sampai, dah makan semua, bergerak balik ke Kamunting lebih kurang jam 9.30 malam. Ohh.. Sue yang drive la kali ni.. Al kisahnya Sue kan cuti.. uhukk.. Sampai Kamunting lebih kurang jam 12.30 jugak la. Ok la tu.. lebih kurang 3 jam je.. Slow tau. Driver berhemah sangat.. Dengan Hadirahnya yang tak boleh nak duduk diam-diam. Tu pun nasib baik dia tidur sekejap dalam kereta. Kalau tak masak la menunggu dia tidur balik bila sampai rumah my mother-in-law. Tapi lambat jugak la tidur.. Jam 2 pagi rasanya.. Padahal esoknya nak ke Sungai Petani pagi-pagi tu.. Haishhhh.. penat mata wooo.. Mr. Akoy siap tidur tidur dah dalam kereta. Mujurlah malam tu kereta tak banyak mana.. Kalau tak tersengguk-sengguk la Sue dalam kereta.

Itu baru story balik ke sana.. Time balik ke KKB dari sana, perghhhh.. lebih dari 6 jam tau.. Fuh! Mencabar mental dan emosi gak la..


Hurmmm.. story next entry la ek.. K bai.

Wassalam.

3 comments:

  1. itu sbb sis JM x ke mana2 time CNY hari tu

    ReplyDelete
  2. uish mmglah.. dari KL naik utara memang hazab..
    syukur CT turun KL time tu.. mmg nampak jem teruk..

    ReplyDelete
  3. Salam..saya pon dok kamunting jugak :)

    ReplyDelete