11:55:00 PM

JBT sebagai Pakej Pelancongan Pilihan ke Jepun

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Rata-rata ramai yang memilih Jepun sebagai destinasi pelancongan utama kerana beberapa faktor. Antaranya adalah kerana Jepun merupakan negara yang mempunyai musim sakura yang sangat cantik. Heh! Siapa yang tak suka kepada bunga yang cantik kan, macam sakura ni.. Di Jepun terdapat lebih 350 jenis bunga sakura.
Wow! Banyak tu.. 

Selain daripada itu, Jepun juga mempunyai beberapa pesta dalam setahun yang boleh diraikan bersama-sama dengan rakyatnya. Rakyat dan penduduk Jepun juga mempunyai sifat kesantunan yang tinggi dan dari segi kebudayaannya pula, Jepun mempunyai perlbagai kebudayaan dari segi pakaian hingga seni persembahan. Itu adalah antara keunikan berkaitan dengan Jepun.

JBT sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN ke Jepun

JBT (Japan Budget Trip) merupakan pakej pelancongan ke Jepun yang menawarkan pelbagai pakej yang menarik dan murah yakni mampu dimiliki oleh semua lapisan masayarakat yang ingin melancong ke Jepun. JBT diusahakan oleh Encik Rafidi atau lebih dikenali sebagai Ayaharif, pemilik blog ayaharif.blogspot.com.

Ayaharif No Tabi berasal dari bahasa Jepun yang bermakna Pengembaraan Ayaharif. JBT pula adalah ringkasan dari Japan Budget Trip, satu pakej pelancongan yang diusahakan oleh Ayaharif. Blog ini memaparkan trip-trip dan perjalanan oleh Ayaharif sama ada dengan family ( personal trip ) atau bersama peserta-peserta yang mengambil pakej dari JBT. - sumber : ayaharif.blogspot.com

Mengapa JBT sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN ke Jepun?

1. Pakej Menarik dan Murah

Pakej yang ditawarkan oleh JBT bagi destinasi tertentu amat berpatutan. Jika anda mempunyai bajet yang rendah tetapi mahu ke tempat-tempat menarik di Jepun, JBT ada penyelesaiannya. Tidak semua tempat-tempat menarik ini memerlukan kos yang tinggi. Pakej yang ditawarkan oleh JBT murah dan amat berpatutan. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja lebih ke arah yang lain.

Antara pakej-pakej tersebut adalah Pakej JBT : Autumn in Kanto (Tokyo/Karuizawa/Ibaraki/Yamanashi) hanya dari RM1,990, Pakej JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) hanya dari RM1,990. Murah, bukan?



2. Keselesaan sepanjang berada di Jepun

Bagi sesetengah orang, (mungkin hampir semua orang) keselesaan adalah faktor utama yang ditimbangtara apabila ingin memilih sesebuah pakej pelancongan ke mana-mana sahaja. Siapa yang tidak mahukan keselesaan, tambah-tambah apabila berada di negara asing, kan? Dengan mengikuti pakej pelancongan ke Jepun bersama JBT, walaupun anda semua mengambil pakej yang paling minima sekalipun, keselesaan anda adalah keutumaan JBT. Anda pasti berasa selesa dan senang apabila berurusan dengan pihak JBT. Malah, Encik Rafidi sendiri yang menjadi "tourist guide" buat anda semua. Maka anda tidak perlu risau lagi apabila menyentuh soal makanan halal, tempat untuk menunaikan solat dan sebagainya sepanjang anda berada di Jepun.

3. Pilihan pakej dan musim

JBT ada menawarkan pakej private trip dan open trip. Bagi anda yang mementingkan keselesaan dan mahukan hanya ahli keluarga atau hanya sekumpulan kecil untuk melawat negara Jepun, anda boleh memilih private trip. Lebih mudah dan senang untuk pihak JBT menguruskan kumpulan kecil anda. Bagi yang berminat untuk menyertai open trip, pihak JBT telah menetapkan tarikh dan destinasi pelancongan anda. Sesiapa sahaja boleh join open trip ini dan tempat menginap adalah sharing basis. Melalui open trip ini juga anda dapat bertemu dan beramah mesra dengan ramai orang.

4. Servis JBT yang terbaik

Bermula sejak penghujung Januari 2014, JBT telah mengorak selangkah demi selangkah untuk memberikan servis terbaik mereka bagi pakej pelancongan ke Jepun. Encik Rafidi yang merupakan tourist guide telah beberapa kali ke Jepun dan sudah pasti fasih dan mahir berbahasa Jepun. Ini memudahkan anda semua untuk mendapatkan maklumat berkaitan apa saja sepanjang berada di Jepun.

Pihak JBT juga memberikan servis yang cepat dan teratur. Briefing juga disediakan dan anda juga boleh mendapatkan makluman awal berkaitan dengan tempat-tempat yang bakal anda lawati.

Menawarkan pakej pelancongan ke Jepun yang murah membuatkan JBT merupakan pilihan utama untuk ke Jepun. Tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan maklumat lain dan juga pakej pelancongan ke Jepun yang lain memandangkan servis dan pakej yang ditawarkan oleh pihak JBT menarik dan berpatutan.


Jom ke Jepun dengan Japan Budget Trip!!!

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie


Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Wassalam.

p/s : gambar kredit kepada ayaharif.blogspot.com
8:30:00 AM

Happy Birthday Sayang!!!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi..
Salam jumaat!

Alhamdulillah.. Hadirah dah genap 4 tahun hari ini.. Syukur pada-Mu ya Allah.. Engkau masih pinjamkan dia kepada kami untuk kami curahkan kasih sayang kami kepadanya.. 

Ya Allah.. Berikanlah keberkatan dan kemurahan rezeki kepadanya, panjangkanlah umurnya, jadikanlah dia anak yang solehah buat kami, lindungilah dia walau di mana dia berada, berikanlah kebahagian kepadanya sepanjang hidupnya dan Engkau pimpinlah dan bimbinglah dia seandainya kami sudah tiada nanti.. Aamiin..


Oppsss.. gambar celebrate birthday dia tahun lepas je ada.. Nanti Sue update gambar terbaru ye.. Holiday mode sekarang ni.. Semua entry Sue start dari hari Isnin (16/3/2015) sampai Isnin next week (23/3/2015) Sue akan try buat auto-publish.

Sekarang ni Sue berada di Pulau Tioman. Holiday di sini pula after ke Sabah tempohari. Entry percutian ke Sabah semuanya Sue buat auto-publish. Entry Tioman nanti la ek.. Hahaha.. Hopefully tak jadi macam tahun lepas.. entry holiday jadi entry hujung tahun pulak.. adeh.. padahal dah berbulan-bulan dah pergi bercuti.. -__-" Eh!!! Termelalut pulak.. Maaf deh..

Hadirah! Mummy always love you sayang! Mummy selalu rindu awak..setiap detik, setiap ketika.. Sedari awak keluar melihat dunia dari perut mummy, mummy selalu rindukan awak.. Mummy rindukan saat-saat indah kita bersama.. Sekejap je kan masa dah berlalu.. Hadirah dah 4 tahun dah.. Dah besar dah anak dara mummy ni.. Rajin pun rajin.. Baik.. Comel.. Tapi tak bulat sangat macam dulu-dulu.. hahaha.. tak best dah nak cubit-cubit pipi awak yang macam Tweety Bird bak kata kawan mummy tu.. ^__^

Mummy doakan semoga mummy mampu dan tabah dalam membesarkan Hadirah dalam era yang sangat mencabar ini... aja aja fighting mummy!

Sayang awak ketat-ketat Hadirah! 

Wassalam.
5:00:00 PM

[Vacation 2015] Kundasang War Memorial | Sabah

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

After ke Kinabalu Park kami ke Kundasang War Memorial pula. Guna waze je ye.. Tapi boleh pulak sesat.. kah kah kah.. Sebab terlepas tempatnya. Tak nampak kat mana padahal memang dah lalu dah.. Bila pusing balik tengok betul-betul baru nampak.. Laaaa.. belakang pekan tu je rupanya.. Adeh.. patut la bila waze kata "you've reach your destination" kat tengah-tengah pekan tu, macam pelik pulak. Tak nampak signboard ke apa ke.. Rupanya tempatnya kat belakang deretan kedai. Ada parking lot depan pintu masuk tu.. Adeh.. Macam mana la boleh tak perasan.. -__-"

Memang semua tempat yang kami nak pergi ni sehala je.. So Dr. Mohd dah bagi kami plan dah.. Mana tempat dulu mana tempat kemudian yang patut kami lawati. Siap lukis peta perjalanan tu.. Thanks a lot Dr. Mohd.. Tapi takde rezeki nak jumpa.. sobsobsob.. T_T


Layan kan aje la gambar kami kat sini ye.. Tempat ni memang cantik. Kebetulan kami bercuti bukan waktu kemuncak which means bukan dalam waktu cuti persekolahan dan hujung minggu, makanya orang pun tak ramai. Rasanya kami je yang ada masa tu selain dari orang yang sedang ambil gambar kahwin di situ. Tiket masuk RM 2.00 bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak. Hadirah dikenakan bayaran di sini.. Kat Kinabalu Park tak kena bayaran.. huhu..







Jam 10.00 pagi di sini dah terasa macam jam 1.00 petang dah.. Teriknya matahari.. hoho.. Habis la.. hitam la Hadirah tu.. hik hik hik



* view dari atas bukit Kundasang War Memorial *



 Time ni Hadirah dah start merajuk.. pfttt.. Jenuh la nak memujuk dia.. -__-" Maybe dia dah penat la tu.. Sudahnya asyik nak berdukung aje..




 Nampak tak apa yang ada atas kepala Sue tu? Comel kan? ^___^



Sedikit sejarah berkenaan dengan Kundasang War Memorial, Sabah :-

Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.

Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun. 

(sumber : http://www.sabah.gov.my/)

Kundasang War Memorial
Address: 90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau, Sabah, 89308
Ticket :-
Malaysian - RM 2.00 (adult) , RM 1.00 (children below 12 years old & students)
Foreigner - RM 10.00

Our next destination is.... 
jeng..jeng..jeng.. surprise!

See you'll in my next entry!

Wassalam.
3:00:00 PM

[Vacation 2015] Kinabalu Park | Sabah

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Setelah berehat dan tidur menghilangkan penat menaiki kapal terbang di sebelah malam, esok paginya kami bergerak ke Ranau. 

Di Sabah ni jam 5.00 pagi dah nak siang dah. Siang kan cepat. So memang kena bangun awal walaupun keletihan. Tak nak lambat sangat sampai ke destinasi percutian kami. Paksa Hadirah bangun awal, mandikan dia, pakaikan baju dia, then Sue pulak ambil tempat untuk bersiap. Alih-alih tengok Hadirah lena balik... Alahai.. kesian dia.. Terpaksa bangun awal sedangkan malam sebelum tu dia tidur agak lewat. Entah jam berapa baru dia terlena Sue dan Mr. Akoy pun tak sedar.. Kami yang keletihan memang dah terlena awal. Hadirah ada je kat sebelah tengok rancangan favorite dia Upin Ipin tu so dia memang jenis budak yang tak merayap ke mana-mana kalau semua orang dah tidur. Dia stay je kat sebelah. Paling kuat dia kejut, nak susu ke, nak kencing ke..

Bila semua siap packing, kami pun start perjalanan kami ke Ranau. Breakfast di mana-mana kedai yang kami jumpa yang yakin halal sebab tak nak lewat sangat sampai ke sana. Itu pun jam 7.00 pagi kami keluar time tu dah macam jam 10.00 pagi. Matahari dah naik. pftttt.. panas la sikit kan..

Selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Ranau. Tempat pertama yang kami tuju adalah Kinabalu Park. Bukan nak panjat Gunung Kinabalu pun.. Hahaha.. gigih la kan nak panjat.. Cuma saja jalan-jalan ambil angin. Semasa perjalanan menuju ke Kinabalu Park tu, bila dah start mendaki bukit, memang dah start rasa sejuk macam di Genting dan Cameron Highlands. Tapi kat sini lagi sejuk wooo.. Dah la Sue malas nak bawa sweater so tahan aje la.. Mr. Akoy dan Hadirah dah standby sweater siap-siap.. Hahahaha.. padan muka mummy kesejukan.. -__-"



Sampai je di Kinabalu Park Sue terus kejutkan Hadirah yang tidur sepanjang perjalanan ke sini yang mengambil masa kira-kira 2 jam dari Kota Kinabalu. Itupun bernasib baik tak banyak bertembung dengan lori di sepanjang perjalanan ke sini. Betul kata Dr. Mohd, kalau nak ke sini kena gerak awal pagi sebab boleh elak bertembung dengan lori yang akan melambatkan perjalanan kami. Tapi takde la sampai tak jumpa lori langsung masa tu, cuma masa Sue ke sana tak banyak lagi la so still boleh kejap-kejap laju. hihihi..

Kami cuma jalan-jalan menikmati suasana pagi di kaki gunung Kinabalu je.. Sejuk.. best! Harga tiket untuk masuk ke sini hanya RM 3.00 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak pula RM 1.00 tapi Hadirah free je masuk.. ^_^

Hadirah pulak excited nak berjalan sana sini. Ni mesti kejap lagi bila dia dah penat mesti suruh dukung dia.. 
-__-" suka tau dera mummy dengan papa gitu.. Padahal dah besar dah.. dah tinggi dah.. Lagi beberapa hari nak masuk 4 tahun dah.. 




Sedikit info berkenaan dengan Taman Kinabalu atau Kinabalu Park ini :-

Taman Kinabalu merupakan sebuah taman negara yang telah diwartakan pada 2002, dan terletak di negeri Sabah, Malaysia di bahagian utara pulau Borneo. Taman Kinabalu dihiasi oleh dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,085 meter, yang merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Taman Kinabalu merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada kearas tinggi. Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, Malaysia termasuk tumbuhan tropika sejagat.

Kini Taman Negara Kinabalu berada dibawah pentadbiran Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah. (sumber : wikipedia)

TAMAN KINABALU / KINABALU PARK

Address: Ranau, Sabah
Area: 754 km²
Phone: 088-523 500
Ticket : 
1. Malaysian - RM 3.00 (adult) , RM 1.00 (children)
2. Foreigner - RM 15.00 (adult) , RM 10.00 (children)

PERMIT  MENDAKI GUNUNG  KINABALU

Ticket :-
Malaysian - RM 30.00 (adult) , RM 12.00 (children)
Foreigner - RM 100.00 (adult) , RM 40.00 (children)

Untuk Permit Mendaki Gunung, ‘guide’ dan ‘porters’ sila hubungi :-

Sabah Park
Lot3, Block K, Sinsuran Gomplex
88806 Kota Kinabalu
Tel. : 6088-212719 / 211881
Fax : 6088-221001
E-mail : sabahparks@sabah.gov.my



Nest destination kami ialah... 
Okeh.. sila tunggu next entry.. See you'll soon...

Wassalam.
9:30:00 PM

[Vacation 2015] Grand Borneo Hotel | Sabah

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam dah story pasal perjalanan Sue dan family ke Kota Kinabalu kan. Kali ni Sue nak review Grand Borneo Hotel pula.


Grand Borneo Hotel terletak di sebelah 1Borneo Shopping Center. So senang la kalau nak shopping. Tapi kami tak la shopping. Kata nak jalan-jalan makan angin kan.. Tapi bila ada shopping center ni memang mudah la. Lagipun landmark kalau nak cari hotel ni, boleh guna landmark UMS (Universiti Malaysia Sabah). Memang bersebelahan dengan UMS je pun.

ATTRACTIONS
(Seat in coach tours)
Island Hopping and Diving Experience
Cultural & Heritage Village
Lok Kawi Nature Park
Mt Kinabalu Park & Poring Hot Spring
Jungle Trekking
Golf at various Golf Courses

ROOM AMENITIES
Complimentary WiFi access
Flat screen TV, Cable Channel
Air condition
In-room safe
Mini Fridge
Hair Dryer
International direct dial telephone
Complimentary coffee and tea making facilities
Writing desk


Nak tengok bilik kami tak? Memang request highest floor. Memang dapat highest pun tapi tak la highest mana. Dapat bilik di tingkat 8. Bilik pun agak besar. Seronok la Hadirah.. ^__^


Bilik air dia sangat selesa. Ada option nak mandi pakai shower atau bathtub. Memang syok la.. Hadirah la yang paling excited. Boleh berendam dalam bathtub. Walaupun tak bawa dia ke swimming pool hotel ni yang awesome tu tapi dalam bathtub pun jadi la.. Sampai berejam duduk berendam dalam tu.. haihhhhh...





Paling best pintu bilik air ni ada cermin. Muahahaha.. baru best ada cermin cenggini. Boleh belek-belek diri sepuas-puasnya. Kalau la ada kat rumah Sue kan best.. hik hik hik..


Siap dapat extra bed lagi tu.. Tapi Hadirah bukannya nak tidur situ. Naik jugak ke katil mummy.. -_- Katil extra tu tempat dia main-main je.. takpun menyusu sambil tengok upin ipin. Kemudahan wifi pun best dan laju je bila guna.. Hadirah la yang paling banyak guna.. Hahaha.. nak tengok cerita upin ipin kesayangan dia la.. Yang lain-lain ok la..


Satu je la part yang paling tak best. Part parking. pftttttt.. Parking tu je yang rasa tak best sebab parking untuk customer hotel cuma ada depan hotel dan hanya ada 9 KOTAK PARKING FREE SAHAJA. First come first serve. Dah tentunya kami tak dapat. Asyik penuh je.. -__-" Entah bilanya yang kosong entah..

So bila tanya kaunter macam mana dengan parking, dia kata kalau penuh 9 kotak parking tu, sila parking dalam shopping mall. Customer kena bayar sendiri parking tersebut. Pihak hotek hanya beri akses PARKING PERCUMA SEKALI SAHAJA SEPANJANG MENGINAP DI HOTEL. Pfttttt... what?? Takkan sekali je... parking fee dah la ikut jam. RM 2 untuk berapa jam pertama entah then akan naik lagi ikut berapa jam. (lupa) Then kalau overnight kena tambah RM10 lagi.. Huh! part parking la paling tak best sekali.. So nak tak nak, parking je la kat Aras 3 berdekatan dengan pintu hotel ni, dalam shopping mall. pftttt.. Yang lain-lain dah ok dah..

Kalau sesiapa yang tidak kisah pasal parking boleh la nak menginap kat sini.. I is terpaksa la kan.. -_- sebab dah siap bayar semua sekali almost setahun kan.. huhu.. bertabah je la bayar parking. On the last day baru Sue gunakan akses free itu.. 

ok la.. takat ni je.. sorry ek!
hehe.. nanti ceritera pasal tempat-tempat menarik di KK pulak.. ^_^

Grand Borneo Hotel
Address: 1 Borneo Prince Tower, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Phone:088-526 888

Wassalam.
5:30:00 PM

[Vacation 2015] Perjalanan Ke Kota Kinabalu | Sabah

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Last week Sue berkesempatan untuk bercuti ke Kota Kinabalu. Ini merupakan kali pertama Sue menjejakkan kaki di bumi Sabah. Yang paling excited Hadirah la.. First time Hadirah naik kapal terbang. Sebelum ini Sue tak pernah lagi bawa Hadirah menaiki kapal terbang. Mr. Akoy juga pertama kali menaiki kapal terbang. Masing-masing excited campur takut.. Kih kih kih..


Sue memang dah biasa travel jauh-jauh menaiki kapal terbang. Kadang-kadang tu seorang diri je travel. Kerja Sue memang banyak outstation ke luar dari KL sebelum ini. Ada site visit la, meeting la.. macam-macam. So memang dah biasa travel. Sekarang je dah tak keluar dari KL sebab banyak projek-projek seliaan Sue dah siap sepenuhnya. So tak memerlukan Sue keluar dari KL lagi. Maybe akan bertukar kerja selepas ini.. Siapa tahu kan?

Masa dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, Hadirah memang tak boleh duduk diam. Kami sampai di KLIA 2 awal sebab adik ipar Sue yang hantar awal. Dia nak kerja, so hantar kami awal. Beberapa jam jugak la lepak di airport.. Ni first time Sue naik flight dari KLIA 2. Selalunya KLIA ataupun LCCT.

Oh ya! Tiket kapal terbang dan tempahan hotel semuanya Sue buat hampir setahun yang lalu. Masa tu ada promosi tambang murah Air Asia. Mr. Akoy yang cadangkan kami semua ke Sabah memandangkan seorang pun belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Sabah.

Semasa menunggu flight kami...




Boleh agak kan macam mana ragam Hadirah on that day.. Memang tak boleh duduk diam. Troli tu memang berjalan je.. Sibuknya dia nak usung troli tu sana sini.

Part bantal tidur dia, bantal busyuk dia, kucing kesayangan dia memang tak boleh tinggal. Siap bawa masuk dalam flight lagi tu.. -__-" Part bantal busyuk tu yang paling tak tahan. Adoi.. tak malunya budak ni.. Dia tak peduli dah. Bila dia nak susu, dia nak semua harta dia ada dengan dia. Nasib baik letak dalam beg khas siap-siap. Senang nak keluarkan. 


Dah la pandai pilih seat pulak tu. Nak seat sebelah tingkap.. grrrr.. padahal mummy dia yang pilih nak duduk tepi tingkap. Then papa dia pun nak duduk tepi tingkap. Alih-alih dapat kat Hadirah seat tepi tingkap tu.. Hahahaha.. buang karan je berebut dengan Mr. Akoy pasal seat tepi tingkap.. Sekali Hadirah dah duduk situ tak merasa la..


Flight kami agak lewat petang, so sampai Kota Kinabalu International Airport dah jam 9 lebih malam lebih kurang. Tu pun delay sikit. Sebelum ke sana, Sue dah minta pertolongan Dr. Mohd untuk mencarikan kereta sewa sebagai transport kami untuk berjalan-jalan sekitar Kota Kinabalu. Alhamdulillah... selamat sampai di sana dan tuan punya kereta sewa dah siap sedia menunggu ketibaan kami di airport.

Untuk pengetahuan semua, waze boleh digunakan di Sabah ye.. Ahaaa.. ni pun Dr. Mohd yang beritahu. Senang je.. guna waze pun jumpa. Tak sesat la.. InshaaAllah.. Kami ke hotel mengikut laluan yang diberitahu oleh tuan punya kereta sewa kami tu sebab katanya kalau ikut jalan dalam waze, jalan agak sibuk dah susah sedikit. Tapi laluan yang diberinya lebih mudah. Hotel kami agak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu mengikut kata Dr. Mohd dan tuan punya kereta sewa.. Bila waze memang agak jauh. So gagah sikit la ye.. Tapi bila drive ke sana tak la jauh mana. Mungkin sebab kami dah terbiasa dengan kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh ulang-alik ke tempat kerja, especially Sue kan, so tak terasa jauh pun..

Ermmmm.. pasal hotel, Sue story kemudian ye.. Hotel ni pun termasuk pakej tiket penerbangan sebenarnya. ^__^ That's why agak jauh dari airport dan pusat bandar. Actually Sue pun tak sangka jauh. Ingat dalam area pusat bandar.. Tapi tak apa. It's ok. Boleh je nak ke pusat bandar bila-bila pun.. Malam tu kami just beli roti, maggi, dan makanan ringan lain. Malas nak singgah kedai makan memandangkan masing-masing dah keletihan. Hadirah pun sampai tertidur-tidur dah..

Oh! Dr. Mohd asalnya macam nak join tapi dia sibuk. Ada mesyuarat di Sandakan. Kami sampai, dia dah ke Sandakan pulak.. huhu.. Takde rezeki nak jumpa dia di tempat dia ni.. Jumpa di KL la next time macam tempohari.

Terima kasih Dr. Mohd.. sebab tolong carikan kereta sewa.. Siap lukis dan senaraikan tempat-tempat yang kami plan nak pergi.. Nanti Sue update satu persatu ye tempatnya.. Tapi tak semua dalam senarai Sue pergi. Ada yang tak sempat sampai pun. Next time la kami ke sana lagi. Tak puas lagi berjalan-jalan ke sana. ^__^

Kbai.

Wassalam.
9:07:00 PM

Teluk Batik | Perak

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

(fuhhh.. lamanya baru nak update..)

Visit Malaysia 2015 (VMY 2015) dimulakan dengan bersantai-santai di Teluk Batik, Lumut, Perak. Oh ya! Kami ke sana sehari selepas menghadiri kenduri di Sungai Petani tempohari. Kan kami pulang ke Kamunting semasa cuti CNY tempohari, so manfaatkan la cuti yang ada.. 

Totally exhausted sebenarnya. Tapi demi anakanda tercinta, Hadirah kami gagahkan diri jua untuk ke sana. Kami ke sana dengan family-in-law Sue. So sebuah kereta dah memadai. Lagipun jauh juga la nak ke sana. Berapa jam entah dari Kamunting. Tak ingat pulak.. huhu..




Hadirah kalau dengan air memang berpisah tiada la jawabnya. Tak ingat entah berapa jam dia berendam dalam tu.. Ajak balik dia tak nak. -__-"

Happy la dia tu.. Memang suka sangat bab bab mandi-manda ni.. Especially swimming pool dan laut.. Pantang nampak.. menangis-nangis nak mandi.. Fuhhh.. bertabah aje la bila bawa dia ni..



Errrr.. Sue tak mandi sangat pun time ni.. Basah tu tetap basah jugak sebab jaga Hadirah, bergilir-gilir dengan Mr. Akoy.. Sue kureng sikit bila part part mandi ni.. Hahahaha.. (dasar malas nak tukar baju)

Tapi tetap kena tukar baju jugak.. Dah basah.. Siap bawak Hadirah masuk tempat dalam lagi tu.. Seronok mengusik dia. Dia tak pandai berenang tapi boleh la nak apungkan diri dia.. Cuma kita kena pegang la.. Takut tenggelam. Tapi syok wooo dapat sakat dia.. Hahahaha.. Bila lagi kan.. ^__^

Nasib baik ramai pengasuh Hadirah.. Boleh jugak take turn nak rest.. Hik hik hik.


Petang baru kami gerak balik. Singgah di Pekan Lumut. Beli makanan kering sikit. Saja la merasa kan..

Waaaa.. ni VMY2015 yang pertama untuk tahun ni.. hehe.. Nantikan entri percutian kami seterusnya.. Jeng jeng jeng..

Wassalam.
11:49:00 AM

Kelam Kabut

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Minah kelam kabut! 
Heh! Memang pun.. Pagi ni Sue agak kelam kabut bilamana tiba-tiba kad touch n go tak boleh nak guna kat stesen LRT KL Sentral. Deng! Apahal pulak ni??

Dah la penat Q panjang. Tiba-tiba bila sampai turn Sue nak touch kan kad TnG tu boleh pulak tak boleh pakai. Adoi.. tension. Nak tak nak terpaksa pergi ke kaunter. Sekali kan, boleh pulak orang kaunter kata tak boleh nak check. Nak topup kad MyRapidKL tu pun tak boleh kat kaunter. Kena pakai mesin. Adoi. Tension tiba-tiba. Tapi jenuh jugak la berfikir kenapa tak boleh pakai sedangkan sebelum tu elok je guna naik komuter dari stesen Padang Jawa sampai KL Sentral ni.. hurmmmmmmm.. -__-

Rasanya mesti ada masalah masa keluar dari stesen komuter KL Sentral tu. Tapi masa touch tu tak ada pulak keluar error. Dah la Q panjang jugak masa tu.. Eh! Memang ada yang tak kena ke? Hishhhhh.. dah kena check pulak petang ni kat stesen mana-mana yang menyediakan khidmat TnG ni. Adoi.

Lepas tu Sue decide la beli je la token. Nak cepat. (padahal tak berani nak try topup kad MyRapidKL tu guna mesin sebab tak pernah buat) Boleh pulak masa tengah Q tu, ada 2 orang Indian Ladies nak minta pertolongan. Nak minta tolong belikan token ke Masjid India. Dalam keadaan Sue yang tengah serabut tu, Sue iyakan aje. Dah orang nak minta tolong kan.. takkan la tak nak tolong. So bila dah lepas turn Sue beli token tu, Sue pun nak tolong la mereka berdua ni. Tapi Sue macam confuse pulak. Nak turun kat Masjid India? Ada ke LRT sampai sana? Setahu Sue Masjid Jamek ada la.. Then bila cari tak jumpa, Sue suggest la ke Masjid Jamek then jalan kaki sikit.. Tapi mereka tak nak pulak. Cari pulak nak ke Puduraya.. Bila dah tunjuk, mereka nak ke Bandar Tun Razak. Heh! Kejap nak ke sana, kejap nak ke sini.. Mana satu ni?

Lastly Sue cakap Sue tak sure. Dah mereka pun blur blur ditambah pula Sue tengah serabut plus kelam kabut sebab dah terlewat dah nak ke tempat kerja, makanya I'm sorry la jawabnya. Mereka nak decide nak ke mana pun Sue tak tahu. Sue pun memang tengah blur. Sebab fikirkan macam mana nak balik KKB naik komuter petang ni? TnG problem kena selesaikan dulu. Bukan tak boleh pakai tiket biasa tapi lebih senang pakai TnG kan. Lagipun banyak hari lagi nak pakai TnG ni. Kalau sekali hari ni dah problem, hari-hari seterusnya nak pakai TnG payah la nanti. -__-"

Sorry ladies. Saya blur. Saya tak terfikir pun sebenarnya senang je nak ke Masjid India atau Puduraya atau Bandar Tun Razak tu. Tapi saya tak faham sebenarnya mana satu yang kalian nak tuju dulu. Pening saya. Lagipun saya amat-amat jarang guna mesin jual token perjalanan tu. Sudahnya pagi-pagi ni terpaksa hadap mesin ni.. mesti la blur macam tak tahu nak guna. Takkan korang tak perasan minah kelam kabut plus serabut ni asyik dok perhati kat orang macam mana orang lain beli token pagi tadi. Seriously saya dah lupa macam mana nak beli token. Adeh! Apa la Sue ni.. 

Petang ni sebelum balik KKB, nak try selesaikan dulu kad TnG yang problem tu.. Then kalau tak boleh jugak, kena cari solution lain.

Pagi ni memang agak kebizian. So maaf deh pada mereka yang nak macam-macam benda urgent tu. Macam-macam hal pulak datang serentak sampai lupa pasal Hadirah. Aduh! Macam mana boleh lupa ni.. Haiyoooo.. terlewat sudah..


Takpe.. slow slow buat satu satu ye Sue.. (eh! boleh pulak update blog? kah kah kah)

k bai.

Wassalam.
11:00:00 PM

CPUV Nuffnang : MATRADE Brand Awareness Corporation

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. dapat lagi CPUV pertama untuk bulan Mac 2015 ini.. Thanks nuff!


Terima kasih juga pada pengunjung blog yang telah memberi trafik kepada Ceritera Warna Warni Kehidupan. 

Jasa kalian amat Sue hargai. Wish me luck! Hahahaha.. Moga-moga Sue terus terusan konsisten update blog.. phewssss... 

p/s : Mood kerajinan, sila datang.. kuikuikui..
10:00:00 AM

CPUV Nuffnang : South Australia Tourism & PDB CNY Coffee Break

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Eh! Ingatkan dah habis dah CPUV yang nuffnang nak bagi tapi rupa-rupanya ada lagi 2 CPUV yang terakhir untuk Februari 2015. Terima kasih nuff! Masih sudi memberikan 2 kempen terakhir untuk Februari.


Terima kasih juga pada pengunjung blog yang memberi trafik pada Ceritera Warna Warni Kehidupan. Jasa kalian amat Sue hargai. Moga-moga Sue terus konsisten update blog.. phewssss...

Wassalam.