Travel Seorang Diri

Assalamualaikum. Cinta.

Petang semalam Sue balik ke KKB seorang diri. Hanya travel menggunakan public transport. Cuak sebenarnya nak balik seorang diri dan menaiki public transport ni tapi Sue kan powerpuff girl! (la sangat) Bahahaha.. berangan tak sudah.. adeh..

* dari office macam biasa.. kena la ambil LRT ke KL Sentral walaupun resah hati.. *

Independent tau Sue ni.. Walaupun dah berapa tahun tak balik KKB menggunakan komuter, tapi gamble je.. Main aci redah je.. Gasak la.. Siap ketiduran lagi tu dalam perjalanan dari KL Sentral ke Rawang. Hah! Bab ni tak payah cakap la.. Kalau naik komuter ke tempat kerja pun Sue tidur jugak walaupun sambil berdiri. Hebat tak hebat tidur sambil berdiri dalam gerabak yang sesak dengan orang ramai tu.. Perghhh... skill tu kena belajar tu.. kah kah kah Bukan calang calang orang boleh tidur sambil berdiri dalam komuter.. (eh! iye ke?)

Tapi paling tak best bila dah tertidur dalam komuter tu, sure mamai mamai nak keluar dari tren bila dah sampai destinasi. Haaa.. yang ini kadang-kadang boleh menyebabkan terlepas stesen. Dah berapa kali hampir terlepas stesen. Petang semalam pun sama. Blur blur je bila keluar dari perut gerabak komuter tu. Sampai je Rawang macam teragak-agak untuk keluar padahal dah terang-terang sampai stesen last dah and tren tu akan patah balik ke KL. Yang peliknya tren tu berhenti kat Terminal 2. Selalunya dia berhenti kat Terminal 1 and kalau nak ke Tanjung Malim barulah naik tren di Terminal 2 atau 3. (ke sebab dah lama tak naik tren ke Rawang jadi blur sebegini rupa?)

Haa... see.. Kan dah confuse..

Lambat-lambat je berjalan keluar dari tren tu.. Then macam blur blur nak naik tren sebelah ke tak. Tren sebelah dah siap berhenti kat Terminal 3 dah tu.. Tunggu masa nak jalan je.. Siap berkira-kira dalam otak yang tiba-tiba lembab berhubung tatkala mamai mamai ni, nak naik ke tak tren sebelah. Nak tanya orang segan pulak. Segan satu hal, tapi memang kepala tengah ting tong akibat daripada ketiduran dalam tren.. Betul ke tak tren ni ke Tanjung Malim.. -_-"

Lambat-lambat jugak masuk dalam tren tu.. Gasak la.. Kalau salah tren nanti sampai stesen mana-mana turun je la and tukar tren.. kah kah kah.. Parah dah ni tahap mamai ni.. Memang pasrah je la tadi.. Main masuk je tren tu tanpa tanya orang atau tengok papan paparan maklumat perjalanan komuter tu.. Dalam kepala still mengantuk lagi.. -__- Redah je la.. Siap boleh nak sambung tidur lagi tu dengan harapan jalannya betul.. Huishhhh.. Nasib baik betul.. Kalau tak tidur sampai patah balik KL. lol.

Alhamdulillah.. selamat sampai pun dah.. Hadirah yang datang pick up with her auntie and my Mama.. Takkan la Hadirah drive sendiri ye tak.. ^_^

Kejap lagi nak jumpa doktor gigi.. takottttt.. fobia..
Kenapa? Part yang tu nanti Sue story dalam entri lain la ye.. tata.

Happy Chinese New Year! (eh.. belum lagi ek? tapi dah cuti dah ni.. mercun dan bunga api dah bunyi bunyi malam tadi.. erk.. wish awal-awal untuk yang merayakannya.. lalalalalalalala..)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment