Terlupa

Assalamualaikum. Cinta.

Terlupa. Sebab banyak sangat minum air renangan sang semut. -_-"
Eh! Tak.. Sebab banyak sangat berangan. Berangan kan free. Deng!

Padahnya terlupa nak bawa laptop hakmilik office ke office pada hari Isnin. And guess what? Dah sampai mana baru ingat yang laptop sebenarnya ada kat rumah? Lagi 2 minit nak sampai office tu.. Hishhh.. baru teringat. Dah nampak Menara TM tu dah baru teringat yang laptop sebenarnya ada kat rumah.. Dah tu? Apa gunanya datang office tanpa laptop? Perghhhh.. tepuk dahi! Patut la rasa macam ada benda yang tertinggal cuma otak tak boleh nak respond apa yang tertinggal dalam keadaan mamai.

U-turn je la kat traffic light area UM and tak jauh dari Stesen LRT University. Deng! Macam mana boleh lupa? Penting tu.. 

Buang masa. Buang minyak. Buang tenaga. Arghhhhh.. tension pulak pagi-pagi.


Sudahnya mengadap jammed yang super teruk pagi tu.. Beria-ia la keluar awal tapi lambat jugak sampai. T___T parking dah la mahal.. sobsobsob..

Lain kali kalau bawa balik laptop office, sila set reminder ye Puan Sue.. kih kih kih


Abang, pakcik, kakak sebelah menyebelah.. tak payah la intai intai saya ni.. Kan tengah jammed. Tengok je la depan tak pun belek phone sendiri. Nak buat apa lagi kalau tak memenuhkan memori phone dengan gambar sendiri. Kalau ada Hadirah kat sebelah lagi la full terus memori phone.. kah kah kah

By the way, spec pinjam je tu.. lol. Mr. Akoy punya. Sangat tak sesuai kan. Huwaaaa... nak spec hitam satu please Mr. Akoy.. *kelipkelipmata*

Eh.

Good night!

Wassalam.

2 comments: