Raikan Cinta di Soi Twenty-Three

Assalamualaikum. Cinta.


SOI Twenty-Three merupakan salah satu restoran eksklusif yang terletak di aras 23, Hotel Pacific Regency Kuala Lumpur. Hotel Pacific Regency Kuala Lumpur ini pula terletak di Jalan P. Ramlee dan berhampiran dengan Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Jika menggunakan pengangkutan awam, para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan monorail ke stesen yang terdekat iaitu stesen monorail Raja Chulan. Bagi pengunjung yang menggunakan pengangkutan sendiri, landmark yang boleh digunakan adalah KL Tower atau KH Tower. Hotel ini terletak tidak jauh dari KL Tower.

Melangkah masuk ke SOI Twenty-Three, anda dijamu dengan suasana moden yang mana susunatur restoran ini menampakkan ciri-ciri elegan dan eksklusif.

Antara menu utama yang menjadi pilihan ramai di SOI Twenty-Three adalah SOI Appetizer Platter, Prawn Tom Yam, Green Curry Seafood, Somtam dan Pandan Chicken. Sue recommend kan anda mencuba Green Curry Seafood jika anda berkunjung ke sini. Memang tak rugi mencuba.. Sedap!

 * SOI Appetizer Platter *

 * SOI Appetizer Platter *

* SOI Appetizer Platter *

* Prawn Tom Yam *

* Green Curry Seafood *

 * Somtam *

* Somtam *

 * Pandan Chicken *

* Pandan Chicken *

Kini pihak SOI Twenty-Three tampil dengan promosi terbaru yang berkonsepkan semi-buffet dengan menu hidangan utama seperti Pan Seared of Wild Barramundi,Grilled Fillet of Beef dan juga Oven Baked Marinated Chicken Breast hasil sentuhan kreativiti dan ciptarasa Chef Zairul Effendi, membuatkan anda jatuh cinta sekali lagi!

SOI Twenty-Three Valentine's Day Special Offers
Splendors of Love


Anda hanya perlu duduk dan berehat dalam suasana romantik dan elegan di Soi Twenty-Three, hasil gabungan indah hiasan gaya Asia, dalam warna-warna terang seperti merah dan putih ini mewujudkan ruang yang selesa dan romantik, sesuai untuk pelbagai majlis dan keraian. Semasa membuat tempahan, pastikan anda meminta tempat duduk di tepi tingkap untuk menyaksikan suasana Kuala Lumpur secara langsung sambil menikmati makan malam anda di sebelah orang yang tersayang!




Hah! Apa tunggu lagi.. Jomlah! raikan cinta anda di SOI Twenty-Three dengan menu yang istimewa yang ditawarkan ini.

Menu

Romance
Soup
Roasted pumpkin cream soup with toasted foccacia crouton


Lovely Forever
Main Course
Terdapat 3 pilihan menu utama untuk dipilih:-


Pan seared of wild barramundi with sweet & sour tomatoes, potato chips and raspberry vinaigrette

Grilled fillet of beef with green peppercorn, truffle mashed potatoes, buttered vegetables and poached pear

Oven baked marinated chicken breast with mushroom fricassee, truffle garlic mashed potato, buttered vegetables and poached pear


Yes.. I Do
Dessert

Morello cherry cake, lime torte and strawberry mascarpone truffle

Untuk menu penutup pada malam tersebut adalah dessert yang sangat memukau perhatian ramai. Sue pun cair habis bila melihatkan presentation desert ini. Platting yang menarik hati, props yang berasap-asap yang mengujakan, sudah cukup memukaukan mata Sue ini apatah lagi mata orang lain. Recommended! Anda patut cuba desert ini. Memang cukup sedap, sesedap mata memandangnya. Sungguh asyik hingga tak terasa masa berlalu dengan pantas apabila diri sedang leka menikmati semua menu yang dihidangkan.



Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba menu-menu istimewa di SOI Twenty-Three ini, bolehlah rujuk maklumat yang disertakan ini.

Lokasi
Pacific Regency Hotel Suites,
Level 9 Executive Office (Opposite KL Tower's front entrance)
KH Tower, Jalan Punchak,  Off Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2332 7777
Fax : 03-2031 4715
Website : www.pacificregencygroup.com
GPS Coordinate : N3 09.179 E101 42.326
Waze : Search "Pacific Regency Hotel"

SOI Twenty-Three Valentine's Day Special Offers
Splendors of Love

Price is RM430++ per couple, inclusive of a stalk of rose, a box of chocolate praline and a glass of Prosecco, a Polaroid photo and complimentary photo to Luna Bar’s Party. For reservations, please call +603 2332 7777 ext 6804 or email at fnbadmin@pacific-regency.com.

* credit to - penaberkala.com *

Wassalam.

2 comments:

  1. waaahhh appetizer dia pun rasa mcm dh kenyang makan tu je hehehhe.. sedap sedap semua!

    ReplyDelete
  2. sedaaaaapnyaaaa. tengok pun dah telan air liur belum lagi makan ^^

    ReplyDelete