Peraduan menang baucer tunai kepada para FORUMER Ladylista

Assalamualaikum. Cinta.


Seperti yang dijanjikan dari Ladylista kepada para forumer sebelum ini, Lady Lista SEKALI LAGI mengadakan satu peraduan yang akan memberikan baucer tunai yang menarik kepada semua pengguna Cari Forum dan peminat Ladylista! 

Hadiah kali ini adalah baucer tunai dari Chatime yang bernilai RM10 dan tiket masuk bernilai RM30 dari Farm In The City. Baucer tunai ini akan dihadiahkan kepada para peserta dalam kuantiti yang tidak sama. Soalan yang lagi rumit, lagi lumayan cash voucher akan diberikan kepada pemenang! 

Peraduan kali ini akan dibahagikan kepada 2 kategori dan 4 peraduan supaya tahap kesukaran lagi tinggi, lagi mencabar kesabaran pemain, lagi menarik dan juga menguji pengetahuan serta penglihatan anda! 

Peraduan yang di dalam kategori pertama akan dinamakan sebagai: [“Cari” Perbezaan Gambar dari Maskara Anda]. Karakter peraduan ini merupakan sejenis permainan “Spot The Different”. Peserta hanya perlu menyatakan beberapa tempat yang tidak sama di dalam gambar yang sama. Kau rasa senang sangat? Hah, marilah cabar tahap kesabaran anda! 

Asyik main benda yang sama pun akan rasa boring kan? Jadi, Ladylista telah memperkenalkan peraduan yang berjenis “Teka siapa artis di dalam gambar hanya dengan sebahagian muka” dengan namakan peraduan ini sebagai: “Dengan Maskara, Teka Sape”. Soalan-soalan di dalam kategori peraduan yang kedua ini akan menggunakan gambar artis-artis yang terkenal di bumi ini. Jikalau anda merupakan seorang yang minat sangat dengan artis-artis, inilah masa untuk anda menunjukkan kehebatan ANDA! 

Pemenang untuk soalan akan dipilih setiap hari. Ladylista akan mengumunkan pemenang di dalam soalan tersebut, jadi semua peserta sila mengunjungi balik soalan tersebut untuk menyemak sama ada anda dah menang hadiah tersebut!

Kategori Pertama: “Cari” Perbezaan dari Maskara Anda
Sesi Pertama: Mulai 4-Feb-2015 hingga 11-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 50 

Sesi Kedua: Mulai 12-Feb-2015 hingga 23-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 25 

Kategori Kedua: Dengan Maskara Teka Sape
Sesi Pertama: Mulai 23-Feb-2015 hingga 24-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 35 

Sesi Kedua: Mulai 25-Feb-2015 hingga 28-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 40 



Wassalam.

2 comments: