Mango Chili Thai Cafe | NEXUS Bangsar South City

Assalamulaikum. Cinta.


Thanks a lot buat MdNoor (my officemate merangkap sama-sama team PMU dan juga orang yang banyak memberi pertolongan dan mencurahkan ilmu sejak masuk TM under SL1M trainee..) dan Dr. Mohd yang sanggup pick up Sue dan kawan-kawan lain untuk lunch sama hari ni walaupun korang berdua nak travel balik ke Johor.. Unplanned punya tempat lunch ni sebenarnya. Tak ada idea then tiba-tiba Kak Emma dan Kak Elly come up with suggestion makan kat Mango Chili ni.. Plan asal nak breakfast sekali tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan makanya breakfast ditunda ke lunch.. Nasib baik tak menunggu mereka berdua ni kalau tak jenuh kelaparan.. hoho..

* kredit gambar - SINI *


Sedap jugak tau..

Jom tengok apa yang kami order...

 * kerabu mangga.. my favorite.. *


* daging ni memang sedap.. jangan tanya nama dia apa.. tak hafal menunya.. -_- *

Erk.. lauk lain tak sempat nak snap.. Ada lagi lauk lain.. Ikan siakap dan tomyam yang tak ter"snap".. Ni hidangan untuk 4 orang tapi semua ni dimakan oleh 5 orang.. Siap ada lebih lagi tu nasi putih dia.. Boleh bayangkan tak betapa dietnya kami semua semalam.. -drama sangat tau-

Lauk dia semua sedap sedap belaka. Next time boleh la nak try menu lain pulak.. ngeeee~~~

* kredit gambar - fb Dr. Mohd * 

* kredit gambar - fb Dr. Mohd *

Again.. thank you MdNoor dan Dr. Mohd.. yeay! Next time kita jumpa lagi ek.. Bukan senang nak jumpa Dr. Mohd ni.. hoho.. setahun sekali pun payah.. last jumpa masa open house Raya Aidilfitri rumah MdNoor.. tu pun bukan tahun lepas rasanya.. Rasa je la.. seriously tak ingat bila last jumpa.. uhukkk.. Banyak sangat minum air renangan semut ni.. -__-"

Jumpa korang next time! yeay! -clap clap-


Mango Chili Thai Cafe
NEXUS Bangsar South City, 
No. 7 Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur, 
Malaysia

Tel: 03-2242 3737
Email: mangochilinexus@gmail.com

Mon - Sun: 10 am - 10 pm 

Wassalam.

2 comments: