Fobia Dengan Doktor Gigi

Assalamualaikum. Cinta.

Pagi tadi Sue ke klinik gigi. Klinik gomen je la.. Tu yang paling dekat. Nak ke yang swasta rasanya sama je.. Dah beberapa hari Sue sakit gigi ni.. Sekejap sakit sekejap tak. Bila datang rasa sakit tu memang rasa macam nak tampar orang dah rasanya.. Hahahaha..

So bila cuti start hari ni Sue pun plan ke klinik gigi. Check gigi. Dapatkan rawatan apa yang patut. Nasib baik ada option lain selain dari kena cabut tapi kena berulang alik untuk dapatkan rawatan every hari Isnin starting bulan Mac ni.. uhukkk.. Nampaknya lambat la masuk kerja nanti.. Tapi demi untuk mengelakkan cabut gigi, ku gagahi jua.. hahahaha..

* sumber gambar : google *

Okeh.. takut sebenarnya nak jumpa doktor gigi. Scary woooo.. Fobia!

Dulu masa zaman sekolah lagi pernah sekali dapatkan rawatan kat klinik gigi gomen. Cuma bukan kat Kuala Kubu Bharu la ye.. Cabut gigi kalau tak silap. Memang la dia bagi bius sebelum cabut tu tapi bius apanya kalau still rasa sakit yang teramat sangat. Memang meraung la dalam tu.. Haa... kan satu klinik sampai ke luar klinik boleh dengar.. kah kah kah.. Lepas tu terus fobia nak jumpa doktor gigi.

Sampai la mengandung kan Hadirah, kena la jumpa doktor gigi kan.. Sekali tu je la.. tu pun check up je.. Tak ada rawatan apa-apa sebab gigi tak bermasalah time tu.. Then almost 5 years after that which means hari ni, jumpa doktor gigi. Ni sebab dah sakit sangat la.. kalau tak memang tak ada maknanya nak datang klinik gigi. pandang pun tidak agaknya.. -__-

Hadirah pulak setia menemani mummy dia. Siap sound mummy dia pulak semalam, "haa.. tu la.. mummy tak gosok gigi.. kan dah kena cabut gigi.." perghhhh.. macam orang tua dah kalau membebeal.. "nanti kakak cakap kat doktor tu, cabut gigi mummy!" See.. boleh pulak dia main ugut ugut mummy dia.. Berani sangat nak cakap dengan doktor gigi tu.. grrrrr... Geram je kena bebel dengan anak sendiri.. deng! terkena sudah..

Bila kat klinik tu pagi tadi, dia boleh pulak nak ikut Sue masuk jumpa doktor.. Masa menunggu giliran tu, dia sibuk cakap nak ikut mummy tapi tiba-tiba dia menangis.. Drama queen sangat tau.. "kakak nak ikut mummy tapi kakak takut.. nanti doktor cabut gigi kakak.." dalam nangis nangis tu boleh pulak keluar ayat begitu.. Banyak kali pulak tu.. Hahahaha.. orang lain pun tergelak-gelak.. Nurse pun gelak gelak jugak.. Menangis beria sangat tu.. Hadoi.. tak tahan dengan budak ni..

Lastly Sue masuk je bilik rawatan tu tanpa Hadirah.. Dah tanya banyak kali lastly dia jawab tak nak ikut.. So dia tunggu kat luar dengan Mama Sue.. Haa.. kan.. tadi beria sangat nak ikut.. tapi lepas tu terus menangis.. Nak ikut jugak tu tapi takut.. hahaha.. Macam mana la nak bawa dia jumpa doktor gigi ni nanti.. uhukkk..

Next appointment bulan Mac nanti.. So tengok je la macam mana.. Paling teruk pun cabut je.. Terfikir-fikir gak tadi bila doktor tanya nak cabut ke.. Huh! kalau cabut dah kena buat gigi palsu.. Yang satu pun memang dah lama tak ada gigi.. Tak terbuat pun gigi palsunya.. Ni nak tambah lagi..? Then Sue tanya la option lain tak ada ke selain cabut? Nasib baik ada lagi satu rawatan.. Kalau tak menangis tak dapat makan laksa.. kah kah kah.. Nasib baik jugak rosaknya tak teruk.. So boleh lagi la makan laksa homemade pagi tadi.. Breakfast laksa.. lunch pun laksa.. hahahaha... hantu laksa mengganas hari ni..

Eh! Laksa pulak.. Sakit gigi ni.. Ok la.. tata.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment