5 Perkara Unik Tentang Jepun

Assalamualaikum. Cinta.

5 Keunikan Jepun

1. Anime

Anime merujuk kepada filem atau siri animasi dari Jepun. Ianya mempunyai pelbagai jenis genre yang merangkumi kesesuaian kesemua peringkat umur. Anime dipengaruhi oleh gaya lukisan dari manga atau komik jepun. Anime berasal daripada Bahasa Inggeris, animation yang disingkatkan menjadi anime. Antara anime pertama yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah Astro Boy, hasil karya Ozamu Tezuka pada tahun 1963. Pada hari ini, semakin banyak anime yang berjaya mencapai populariti yang sangat meluas seperti Naruto, Bleach dan juga One Piece. Ketiga-tiga anime ini adalah bermula daripada manga dan dijadikan anime. Ini adalah antara faktor uniknya Jepun.

* sumber gambar ; http://www.comicvine.com/ *

Bleach ini juga merupakan anime kesukaan Sue.. hihi.. ^_^

2. Bon Odori

Pesta Bon – Bon merujuk kepada upacara keagamaan masyarakat Buddha Jepun. Pesta Bon ini diraikan lazimnya selama 3 hari di Jepun tetapi tarikh permulaannya berbeza mengikut kawasan di Jepun. Secara tradisinya, Pesta Bon merangkumi sebuah tarian yang dikenali sebagai Bon Odori. 

* sumber gambar : kentnishimura.com *

Ianya  adalah satu upacara sebagai memberikan penghormatan kepada nenek moyang mereka. Pesta Bon ini telah disambut di Jepun selama lebih dari 500 tahun. Pesta Bon Odori juga disambut secara tahunan di luar Negara Jepun termasuk Malaysia. Pesta ini diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, di Stadium Matsushita Shah Alam, Selangor dan Juga di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Berbanding dengan pesta  di Jepun, ianya hanya menumpukan kepada pendedahan kepada orang ramai tentang kebudayaan Jepun berbanding dengan pesta di Jepun yang merupakan upacara keagamaan. Pengunjung berpeluang untuk mendapatkan pelbagai makanan, minuman dan juga hasil seni Jepun semasa pesta ini.

* Bon Odori Dance - sumber gambar : egoossen.wordpress.com *

3. Sakura

Jepun mempunyai pelbagai jenis bunga sakura, yakni lebih daripada 350 jenis semuanya. Kebanyakan daripadanya adalah dikacukkan oleh orang Jepun berabad yang lalu. Di Jepun terdapat satu pesta khas untuk melihat bunga sakura, pesta Hanami. Masyarakat Jepun mengadakan pesta ini dengan berkumpul dalam kelompok besar di taman-taman, makam-makam dan kuil-kuil bersama keluarga dan rakan. Ia merupakan satu peluang untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan dan keindahan alam semulajadi.

* sumber gambar : afidhatulfatah18.wordpress.com *

4. Kebudayaan Jepun

Sekiranya mahu mengupas tentang keunikan kebudayaan Jepun, sudah pasti sebuah buku setebal ensiklopedia boleh dihasilkan. Dari segi pakaian, terdapat kimono dan yukata. Dari segi seni, terdapat ikebana dan origami. Terdapat juga persembahan seperti kabuki dan raku-go dan juga tradisi unik mereka seperti upacara teh mereka.



5. Sejarah Jepun

Sejarah Jepun sangat unik. Saya secara peribadi amat meminati sejarah mereka. Terdapat masyarakat samurai yang merupakan pahlawan berpedang pada zaman dahulu. Mereka menggunakan katana, pedang yang hanya ada di Jepun, dan diperintah oleh Shogun. Pada hari ini masih terdapat kesan peninggalan dari zaman mereka seperti contoh Istana Kota Osaka. Istana ini dimulakan pembinaannya semasa zaman Sengoku oleh Oda Nobunaga, salah seorang tokoh terkemuka pada zaman tersebut. 

* sumber gambar : ms.wikipedia.org *

Sumber maklumat : wikipedia.org

------------------------------------------------------------------------------------

Pakej Pelancongan ke Jepun

Nak ke Jepun tapi tidak ada bajet tinggi? Nak pakej yang murah?

Tak perlu risau lagi sebab ada pakej yang menarik yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip (JBT) dengan harga yang sangat sangat berbaloi dan menjimatkan. Banyak tempat yang menarik di Jepun yang boleh dilawati jika mengambil pakej yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip (JBT).

Pakej ke Kansai (Osaka / Kyoto / Himeji) 2015


Bagi yang mahu ke Jepun tetapi tidak tahu tempat mana yang paling menarik di Jepun. Apa kata anda pergi ke Kansai. Kansai juga dikenali dengan nama Kinki yang merupakan kawasan kedua terbesar dan terpadat selepas Kanto. Ianya meliputi Osaka, Kyoto, Nara, Hyogo, Wakayama, Mie, Shiga, Fukui, Tottori & Tokushima.

KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej ini.

Pakej Snow & Sakura 2015


Japan Budget Trip (JBT) juga ada menawarkan pakej yang lain iaitu Snow & Sakura pada tahun 2015 bermula dari 27 March – 1 April 2015.  Dengan pakej ini anda boleh ke Tokyo Disneyland dan bermain salji di kawasan peranginan ski. Menarik bukan?

KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej ini.

Pakej Pelancongan ke Jepun PERCUMA

Untuk makluman semua, Japan Budget Trip (JBT) sedang mengadakan contest untuk blogger yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2015.

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Jika anda ingin mencuba nasib, boleh berkunjung ke blog penganjur di SINI.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie


Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yang telah mengwar-warkan mengenai contest ini.

Wassalam.

4 comments:

  1. paling akak suka, bunga sakura dan semestinya shushi hehehe...

    ReplyDelete
  2. Salah satu tempat idaman ena, adalah Jepun! Sebab ena suka anime! weeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. Uncle suka gadis litar jepun je... hehe

    ReplyDelete