3:00:00 PM

200 Followers

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Terima kasih kepada semua followers blog SueSopian.com ni.. Terharu sangat. Bukannya apa.. Bukan senang sebenarnya nak orang follow blog kita ni.. Ini pun dikira bersyukur sangat sebab ada orang sudi jadi follower blog kita, ye tak? Terima kasih banyak-banyak..

Bila buat blog baru SueSopian.com ni memang la susah jugak mula-mula tu.. Ye la.. Orang tak kenal kan.. Macam mana nak follow.. ye tak.. Hehe.. Tapi lama-lama ok la.. Tapi still rasa sayang kat blog lama yang ada macam-macam coretan tu. Tapi dah hilang.. sobsobsob.. T__T

Hopefully blog ni tak hilang la ye lagi beberapa tahun.. ahaksss.. Kalau dah tak aktif nanti mungkin akan dihilangkan jugak.. Erk! Nanti la kita fikir ye tak.. Sekarang, kita fokus apa yang ada.. ^_^

Masa Sue start buat blog baru ni, memang dah niat, kalau cecah follower certain amount Sue akan buat review follower tersebut.. So.. follower ke-200 ni, Sue buat review untuk dia.. Siapakah dia?


Follower ke-200


Terima kasih sekali lagi kerana sudi follow blog ini. 

Siti Yang Menaip adalah owner kepada blog sitiyangmenaip.blogspot.com. Buat masa sekarang beliau sedang dalam proses mengubahsuai blog nya. So kalau masuk ke blog beliau ni, memang nampak agak messy sedikit. Entri pun semuanya dikembalikan kepada draft. Jangan marah dia tau.. Blog dia tengah under construction tu.. Hihi.. Sabar ye kawan-kawan.. 

So, Sue tak dapat la nak review banyak.. Actually dah lama sebenarnya Sue follow dia ni.. Tapi guna account google yang lama.. ^_^ Ni baru tukar guna google account yang baru.. hehe.. So jadi follower baru kat blog dia la pulak.. kih kih kih.. 

Bertabah ye Siti dalam mengubahsuai blog ni.. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar ye.. ^_^

Lepas ni kita boleh jenguk blog Siti Yang Menaip ni okeh! Good luck Siti!

Next follower, inshaaAllah.. akan diumumkan bila sampai amount tu.. (kalau tak sampai, kita senyap senyap je la ek.. hik hik hik..)

Wassalam.
9:30:00 AM

5 Perkara Unik Tentang Jepun

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

5 Keunikan Jepun

1. Anime

Anime merujuk kepada filem atau siri animasi dari Jepun. Ianya mempunyai pelbagai jenis genre yang merangkumi kesesuaian kesemua peringkat umur. Anime dipengaruhi oleh gaya lukisan dari manga atau komik jepun. Anime berasal daripada Bahasa Inggeris, animation yang disingkatkan menjadi anime. Antara anime pertama yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah Astro Boy, hasil karya Ozamu Tezuka pada tahun 1963. Pada hari ini, semakin banyak anime yang berjaya mencapai populariti yang sangat meluas seperti Naruto, Bleach dan juga One Piece. Ketiga-tiga anime ini adalah bermula daripada manga dan dijadikan anime. Ini adalah antara faktor uniknya Jepun.

* sumber gambar ; http://www.comicvine.com/ *

Bleach ini juga merupakan anime kesukaan Sue.. hihi.. ^_^

2. Bon Odori

Pesta Bon – Bon merujuk kepada upacara keagamaan masyarakat Buddha Jepun. Pesta Bon ini diraikan lazimnya selama 3 hari di Jepun tetapi tarikh permulaannya berbeza mengikut kawasan di Jepun. Secara tradisinya, Pesta Bon merangkumi sebuah tarian yang dikenali sebagai Bon Odori. 

* sumber gambar : kentnishimura.com *

Ianya  adalah satu upacara sebagai memberikan penghormatan kepada nenek moyang mereka. Pesta Bon ini telah disambut di Jepun selama lebih dari 500 tahun. Pesta Bon Odori juga disambut secara tahunan di luar Negara Jepun termasuk Malaysia. Pesta ini diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, di Stadium Matsushita Shah Alam, Selangor dan Juga di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Berbanding dengan pesta  di Jepun, ianya hanya menumpukan kepada pendedahan kepada orang ramai tentang kebudayaan Jepun berbanding dengan pesta di Jepun yang merupakan upacara keagamaan. Pengunjung berpeluang untuk mendapatkan pelbagai makanan, minuman dan juga hasil seni Jepun semasa pesta ini.

* Bon Odori Dance - sumber gambar : egoossen.wordpress.com *

3. Sakura

Jepun mempunyai pelbagai jenis bunga sakura, yakni lebih daripada 350 jenis semuanya. Kebanyakan daripadanya adalah dikacukkan oleh orang Jepun berabad yang lalu. Di Jepun terdapat satu pesta khas untuk melihat bunga sakura, pesta Hanami. Masyarakat Jepun mengadakan pesta ini dengan berkumpul dalam kelompok besar di taman-taman, makam-makam dan kuil-kuil bersama keluarga dan rakan. Ia merupakan satu peluang untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan dan keindahan alam semulajadi.

* sumber gambar : afidhatulfatah18.wordpress.com *

4. Kebudayaan Jepun

Sekiranya mahu mengupas tentang keunikan kebudayaan Jepun, sudah pasti sebuah buku setebal ensiklopedia boleh dihasilkan. Dari segi pakaian, terdapat kimono dan yukata. Dari segi seni, terdapat ikebana dan origami. Terdapat juga persembahan seperti kabuki dan raku-go dan juga tradisi unik mereka seperti upacara teh mereka.



5. Sejarah Jepun

Sejarah Jepun sangat unik. Saya secara peribadi amat meminati sejarah mereka. Terdapat masyarakat samurai yang merupakan pahlawan berpedang pada zaman dahulu. Mereka menggunakan katana, pedang yang hanya ada di Jepun, dan diperintah oleh Shogun. Pada hari ini masih terdapat kesan peninggalan dari zaman mereka seperti contoh Istana Kota Osaka. Istana ini dimulakan pembinaannya semasa zaman Sengoku oleh Oda Nobunaga, salah seorang tokoh terkemuka pada zaman tersebut. 

* sumber gambar : ms.wikipedia.org *

Sumber maklumat : wikipedia.org

------------------------------------------------------------------------------------

Pakej Pelancongan ke Jepun

Nak ke Jepun tapi tidak ada bajet tinggi? Nak pakej yang murah?

Tak perlu risau lagi sebab ada pakej yang menarik yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip (JBT) dengan harga yang sangat sangat berbaloi dan menjimatkan. Banyak tempat yang menarik di Jepun yang boleh dilawati jika mengambil pakej yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip (JBT).

Pakej ke Kansai (Osaka / Kyoto / Himeji) 2015


Bagi yang mahu ke Jepun tetapi tidak tahu tempat mana yang paling menarik di Jepun. Apa kata anda pergi ke Kansai. Kansai juga dikenali dengan nama Kinki yang merupakan kawasan kedua terbesar dan terpadat selepas Kanto. Ianya meliputi Osaka, Kyoto, Nara, Hyogo, Wakayama, Mie, Shiga, Fukui, Tottori & Tokushima.

KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej ini.

Pakej Snow & Sakura 2015


Japan Budget Trip (JBT) juga ada menawarkan pakej yang lain iaitu Snow & Sakura pada tahun 2015 bermula dari 27 March – 1 April 2015.  Dengan pakej ini anda boleh ke Tokyo Disneyland dan bermain salji di kawasan peranginan ski. Menarik bukan?

KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej ini.

Pakej Pelancongan ke Jepun PERCUMA

Untuk makluman semua, Japan Budget Trip (JBT) sedang mengadakan contest untuk blogger yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2015.

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Jika anda ingin mencuba nasib, boleh berkunjung ke blog penganjur di SINI.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie


Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yang telah mengwar-warkan mengenai contest ini.

Wassalam.
6:00:00 PM

CPUV Nuffnang : Samsung Galaxy A Lunch

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Thank you nuff!

Dalam kesibukan dan kemalasan update blog pun dapat lagi CPUV.. Walaupun orang lain dah 6-7 CPUV bulan ni, Sue baru dapat ni.. keh keh keh..

Thanks again!


Wassalam.
11:45:00 AM

Lima Tahun

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Terima kasih Mr. Akoy. Don't know how to express this feeling. Erk! ^_^  *shy*
All I know you're the best husband in the world!

Terima kasih.. ^_^

Love is not as simple as candlelight and roses..
..love is day-to-day living, taking time, making time to be there, 
with open arms and giving a heart..
Love is the special life we share..

Knowing you will be with me all my Tomorrows, makes my Today so wonderful!

Happy anniversary!


Wassalam.
9:30:00 AM

[Salam Jumaat] Cinta Dan Kasih Sayang

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Salam pagi Jumaat!

Hidup manusia akan terbatas dan terkongkong apabila ada sekatan perasaan dan kejiwaan sesama manusia. Sebaliknya terbuka dan bebas (dalam peraturan dan undang-undang yang diperlukan) apabila ada kasih sayang dan saling mempercayai sesama insan. 

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.



1. SIFAT-SIFAT UTAMA YANG DIPERLUKAN 

Setiap kelahiran manusia dibekali oleh Allah s.w.t perasaan yang pelbagai. Perasaan itu perlu dipupuk, diasuh dan dilazimi untuk menjadi akhlak atau perangai yang membolehkan seseorang itu dikatakan bersifat dengan sifat-sifat tertentu. Antara sifat-sifat utama yang perlu dipupuk dan disuburkan ialah :

1.1 Cinta atau al-Hubb :
Cinta dan kasih sayang akan tumbuh dalam diri hasil kepercayaan yang lahir melalui pancaindera yang lima dan melalui ilmu tentang kebaikan menyeluruh atau sebahagian bagi sesuatu. Berlawanan dengan cinta dan kasih sayang ialah benci dan cuak yang merupakan perasaan tidak menerima terhadap sesuatu justeru tanggapan dan kepercayaan keburukan menyeluruh atau sebahagian bagi sesuatu. Mengenali dengan tepat akan sesuatu itu boleh menumbuhkan cinta yang sebenar atau benci yang sebenar. Manakala mengenali dengan silap akan sesuatu pula boleh melahirkan cinta dan benci yang salah dan tersasar. Maksud cinta dan kasih sayang di sudut bahasa dan istilah akan dibicarakan kemudian nanti.

1.2 Sabar atau bernafas panjang atau sanggup tahan senafas :
Sabar merupakan sifat utama yang dianjurkan Allah. Ia memberi maksud sanggup bertahan mengikut keperluan dan situasi. Sewaktu perang, orang yang ‘bersabar’ dikatakan berani. Semasa mampu membalas kejahatan orang tetapi ditahan gelora dendam disebut penyantun. Ketika hati ghairah ingin memiliki keindahan dunia dan tarikannya dan dia mampu memiliki, lalu dia ‘mengongkong’ diri daripada perhiasan dunia itu dan tidak terikat dengannya, maka ketika itu dikatakan zuhud. Sewaktu malas dan kelesuan, tetapi digagahi jua menunaikan kefardhuan dan nawafil (sunat) dikatakan mujahadatunnafsi (melawan nafsu keji). Dan seterusnya….. semua itu adalah SABAR!

1.3 Benar atau menepati realiti :
Bersifat benar dengan maksud benar dengan Allah dalam memenuhi janji ‘inna solaati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillah…’ , benar dengan diri dalam memenuhi kehendak ‘sunnatullah’ pada diri sendiri sebagai makhluk yang dipertanggungjawabkan memakmur dan mengendalikan dunia yang dikenali sebagai manusia dan benar dengan makhluk lain, terutama sesama manusia.

1.4 Ikhlas atau melakukan kerja kerana matlamat yang satu :
Ikhlas bermakna suci bersih. Ikhlas berbakti kerana Allah bermaksud bekerja hanya mencari keredhaan Allah meskipun manusia tidak menyetujuinya. Namun, semasa membuat penilaian tentang apa yang Allah redha dan apa yang manusia setuju itu memerlukan ILMU tentang wahyu Allah (Qur’an dan sunnah yang soheh) dan ILMU tentang latar hidup mannusia dan aliran pemikirannya. Dan syarat dasar dalam keikhlasan amal ialah dua : pertama, berbuat kerana menuntut keredhaan Allah atau ‘kerana Allah’ dan kedua, bertindak menepati dengan peraturan syari’at Islam atau menurut sunnah.


2. BERAKHLAK DENGAN SIFAT TUHAN DALAM KEHIDUPAN

Sifat Arrahman dan Arrahim adalah milik Allah. Kedua sifat Nya yang mulia ini dinyatakan dalam al Qur’an di tempat yang sedemikian banyaknya, bertebaran dalam setiap surat pada al Qur’an. Rupanya Allah memberikan sifat yang mulia ini kepada makhluk yang dikehendaki Nya, termasuk kepada manusia dan juga binatang. Jika seseorang sudah dikurniai kasih sayang atau cinta terhadap sesuatu, maka halangan dalam bentuk apapun akan ditaklukkan demi meraih cintanya itu. Kerana sifat kasih sayang atau cinta hanyalah milik Allah swt., maka yang boleh diusahakan adalah memohon kepada Nya, agar kita dikurniakan sifat yang mulia itu. Atas dasar keyakinan seperti ini, maka Rasulullah saw mengajarkan pada umatnya selalu berdoa, agar selalu dikurniai rahmat Nya, dekat pada Nya, dan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nya.  


3. PENGERTIAN KASIH SAYANG DISEGI BAHASA DAN ISTILAH

Kasih sayang dan cinta (dalam bahasa Arab disebut Mahabbah) di segi bahasa adalah berasal daripada bening dan bersih, atau luapan hati dan gejolaknya, atau tenang dan teguh, atau gundah dan tiada tetap, atau inti sesuatu, atau usungan bejana/ bekas, atau buah hati. Batasan maknanya juga berbeza pendapat di kalangan ahli bahasa. Ada yang menyatakan sebagai kecenderungan secara terus menerus dengan disertai hati yang meluap-luap. Ada pula yang menyebut sebagai kecenderungan secara total kepada orang yang dicintai, kemudian engkau rela mengorbankan diri, nyawa dan hartamu demi dirinya, kemudian engkau mengikutinya secara sembunyi atau terang-terangan. Istilah yang sinonim dengan kasih sayang dan cinta ini amat banyak sehingga menjangkau 50 istilah. Penjelasan detail hendaklah dirujuk kepada buku penting tentang tajuk ini yang bernama : Cinta Dan Rindu Menurut al-Qur’an Dan al-Sunnah (Asal : Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaaqiin) oleh al- ‘Allaamah al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah r.a.. 

3.1. Kasih-sayang sesama Islam (seaqidah)
Kata Imam Hasan al-Banna r.a. (1908-1949m) dalam Risalah Ta’alimnya : “Maksudku dengan ukhuwwah (kasih sayang dan persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar’ (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah s.w.t. : “dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.” (surah Al-Hasyr ayat 9).

Akh yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya (orang lain). Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. “Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain.” Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.”

3.2. Kasih sayang sesama manusia
Kasih sayang sesama manusia meliputi segala-galanya dalam urusan hidup selain melibatkan unsur agama dan aqidah yang menjadi rukun agama yang dianuti oleh manusia tersebut. Justeru itu, kasih sayang ini membuka ruang untuk berintraksi dengan manusia yang tidak seagama secara terbuka dalam semua bidang selain yang melibatkan unsur agama manusia itu. Kemanusiaan ini amat menyeluruh, terutama bagi pihak kerajaan Islam dalam menangani semua pihak yang berada di bawah naungannya sehingga hak beragama penganut agama bukan Islam juga boleh dilayani selagi tidak berunsur menyebar dan menyuburkan agama tersebut. Kasih sayang ini meliputi bantuan keperluan hidup ; makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, dan keperluan asas yang lain, pergaulan (kecuali dalam hal-hal tertentu seperti perkahwinan), harta, tanah dan sebagainya.


4. BAHAGIAN KASIH SAYANG

4.1. Kasih sayang fitrah
Kasih sayang fitrah atau semula jadi atau sunnatullah yang dibekalkan oleh Allah ini seperti kasih sayang yang timbul apabila melihat anak kecil yang diseksa atau sakit. Semakin lemah seseorang manusia di sudut fizikal semakin dalam perasaan kasih sayang yang timbul dalam hati sanubari mereka yang berada sekitarnya. Justeru itu, kasih ibu dan ayah kepada anaknya tidak diperintahkan oleh Allah lantaran tabiat semula jadi yang wujud itu. Berbeza kasih sayang anak kepada dua ibu bapanya mestilah dipupuk dan dibajai, dan ianya diperintahkan oleh Allah, lantaran bimbang sewaktu tua ibu bapa (sewaktu lemah) tidak dipedulikan oleh anak-anak.

Termasuk kasih sayang fitrah ini ialah segala bentuk haiwan yang sentiasa menaungi anak-anaknya dan pasangannya. Bahkan adakalanya kasih sayang haiwan lebih hebat daripada kasih sayang sebahagian manusia yang tidak terdidik.

4.2. Kasih sayang Allah kepada hambaNya

a. Kasih sayang Allah kepada makhlukNya
Segala makhluk di alam maya ini berada di bawah kasih sayang Allah mengikut jenis dan klasifikasinya, walaupun makhluk itu (hanya jin dan manusia) kufur kepada Allah, lalu mereka boleh hidup dengan udara, air, tanah dan api yang disediakan oleh Allah. Dalam hal ini, mereka yang berikhtiar dan berusaha lebih akan mendapat habuan rezeki dan kekayaan mengikut kadar kerja yang disumbangkan. Bukankah ganjaran itu mengikut kadar kerja yang diusahakan ?

b. Kasih sayang Allah kepada hambaNya yang beriman
Kasih sayang Allah kepada makhlukNya yang beriman ada kelainannya, terutama di akhirat nanti. Semasa di dunia kasih sayang Allah ini berupa pertambahan taqarrub si hamba yang beriman kepada Allah. Persoalan rezeki dan kesenangan hidup bukan ukuran kasih sayang Allah kepada seorang mukmin.

4.3. Kasih sayang hamba kepada Tuhannya
Kasih sayang hamba kepada Tuhannya bergantung di atas kesedaran diri hamba/ manusia terhadap segala bentuk nikmat yang diperolehinya samada nikmat kewujudannya di dunia, atau nikmat panjang umur dan kesihatan dan nikmat kesenangan berupa harta, wang, kekayaan, pangkat dan sebagainya.

4. 4. Kasih sayang hamba sesama hamba
Kasih sayang hamba sesama hamba berlegar pada 5 paksi berikut :

a. Kasih sayang atas dasar kemanusiaan (satu hak sahaja) (lihat nombor 3.2 di atas)

b. Kasih sayang atas dasar kemanusiaan dan kejiranan (dua hak sahaja). Selain kasih sayang 4.1 di atas, kejiranan menambah lagi hak manusia dalam mendapat prioriti kasih sayang.

c. Kasih sayang atas dasar kemanusiaan, kejiranan dan kekeluargaan (tiga hak sahaja). Tambahan kepada kasih sayang 4.1 dan 4.2 di atas, kekerabatan akan meningkatkan prioriti dan keutamaan memberi kasih sayang ini. Namun di akhirat, kasih sayang kekerabatan akan terputus apabila berbeza aqidah dan prinsip taqwa. Lihat (Zukhruf/ 67) : “pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”

d. Kasih sayang atas dasar kemanusiaan, kejiranan, kekerabatan dan keagamaan/ aqidah. (empat hak) (lihat 3.1 di atas). Juga apa yang disabdakan oleh junjungan Rasulullah s.a.w. yang sering dibacakan kepada kita yang bermaksud : “Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya (seagama) sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri.”

e. Kasih sayang sejati. Kasih sayang yang sebenar adalah kasih sayang berdasarkan aqidah. Manakala kasih sayang yang lain menyusul selepas kasih sayang aqidah ini mengikut kadar yang dibolehkan oleh aqidah samada dalam kekerabatan, atau kejiranan atau kemanusiaan.


5. KEUTAMAAN KASIH SAYANG DAN KELEBIHANNYA

5.1. Mendapat rahmat Allah
5.2. Mengurangkan kebencian dan permusuhan dalam selimut
5.3. Mengurangkan peperangan
5.4. Menarik sikap perdamaian antara manusia
5.5. Mengelak daripada tindakan ‘hukum balas’ dan dendam akibat kesalahan-kesalahan yang kecil, bahkan kesalahan yang besar seperti memaafkan pembunuhan yang tidak disengajakan.
5.6. Mendekatkan hati-hati yang berjauhan
5.7. Menyeronokkan aktiviti hidup manusia


6. BAGAIMANA MENGAPLIKASIKAN KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN ?

6.1. Mengenali saudaranya secara mendalam ; nama, alamat, pekerjaan, status sosial, kewangan, kesihatan, psikologi dan sebagainya. “Jika seseorang menjalin tali persaudaraan dengan orang lain, maka hendaklah dia bertanya siapa namanya, nama bapanya dan dari mana dia berasal, kerana itu lebih mengeratkan kasih sayang.” Hadis riwayat Tarmizi. (10)

6.2. Menyatakan ‘saya sayangkan kamu’. Dalam sunan Abu Daud disebutkan bahawa seorang lelaki berada di samping Rasulullah s.a.w. Kemudian ada lelaki yang lewat di sana. Orang yang ada di samping beliau berkata : “Wahai Rasulullah, saya benar-benar mencintai orang itu.” Rasulullah s.a.w. bertanya : “Apakah engkau sudah memberitahukannya?” “Tidak.” Jawabnya. “Beritahukanlah cintamu itu padanya.” Sabda beliau. Maka orang itu menemui orang yang dimaksud, lalu berkata kepadanya : “Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah.” Orang yang dicintainya berkata : “Yang membuatmu mencintaiku juga mencintaimu.” (11)

6.3. Menyebarkan salam. Dalam soheh Muslim, disebutkan dari hadits Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud) : “Demi diriku yang ada di tanganNya, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan kalian tidak beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah jika kutunjukkan kepada kalian jika kalian mengerjakannya, maka kalian saling mencintai ?Sebarkan salam di antara kalian.(12)

6.4. Berhadiahlah, kamu akan berkasih sayang. (Maksud Hadis).

6.5. Menutup keaiban saudaranya (Maksud hadis)

6.6. Melaksanakan aktiviti pemupukan kasih sayang seperti kebersamaan dalam : bermain, berbasikal, bersampan, melancung, ziarah, kenduri, gotong royong dsb. Ini berasaskan ayat 2 surah al-Maaidah :
bermaksud : “…..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

6.7. Memberi apa yang diperlukan dalam batas yang dibolehkan oleh syara’ ; Tenaga, Fikiran, Keprihatinan, Kasih sayang, Kewangan, Harta, Pangkat dsb.

6.8. Memberi (hibah) secara rambang atau terancang.

6.9. Menahan diri daripada segala bentuk ancaman, bahaya dan khianat terhadap orang lain samada dalam bentuk lidah, tangan dan hati nurani.

6.10. Mendo’akan kebaikan kepada mereka yang layak mendapatnya dan mendo’akan menolak bencana daripada mereka yang tidak sewajarnya ditimpa bencana mengikut perkiraan kita, bukan pada perkiaraan Allah.


7. TANDA-TANDA KASIH SAYANG DAN CINTA
Apabila usaha mewujud dan menyuburkan kasih sayang dan cinta sesama muslim dan sesama insan, maka akan mekarlah tanda-tanda kasih sayang dan cinta itu. Antara tanda-tanda itu (13) ialah :

7.1. Menghunjamkan pandangan mata.

7.2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya.

7.3. Banyak mengingat orang yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya.

7.4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.

7.5. Orang yang mencinta bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.

7.6. Memperhatikan perkataan orang yang dicintai dan mendengarkannya.

7.7. Mencintai tempat dan rumah sang kekasih.

7.8. Segera menghampiri yang dicintai.

7.9. Mencintai apa pun yang dicintai sang kekasih.

7.10. Jalan yang dilalui terasa pendek sekali pun panjang saat mengunjungi orang yang dicintai.

7.11. Salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai.

7.12. Kaget dan gementar tatkala berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala mendengar namanya disebut.

7.13. Cemburu kepada orang yang dicintai.

7.14. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai.

7.15. Menyenangi apa pun yang menyenangkan orang yang dicintai.

7.16. Suka menyendiri.

7.17. Tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai.

7.18. Helaan nafas yang panjang dan lebih kerap.

7.19. Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah.

7.20. Adanya kecocokan antara orang yang mencintai dan yang dicintai.


8. CINTA

Siapa yang paling berhak dicintai..?

Katakanlah: `Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.` Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. 3:31)

Bagaimana jika salah menilai hakikat Cinta ?

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: Wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (QS. 3:14)

Bagaimana jika mencintai secara berlebihan kepada selain Allah dan Rasul Nya ?

Dan wanita-wanita di kota berkata: `Isteri Al Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata.`(QS. 12:30)

Janganlah salah dalam menempatkan hakikat Cinta

Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia. dan meninggalkan (kehidupan) akhirat. QS. al-Qiyamah (75) : 19.20

9. KEPADA SIAPA SAJA KASIH SAYANG  ITU ?

9.1 Orang Tua

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan `ah` dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. 17:23)

9.2 Isteri dan Anak

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(QS. 30:21)

9.3 Kepada Sesama Manusia

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda meraka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. 48:29)


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” – Surah Al-Hujuraat [49]:13

-copy & paste- 
Sumber :-
1. http://cahayapurnama.com/memahami-sifat-kasih-sayang-dan-hikmahnya/
2. http://baca-blogspot.blogspot.com/2014/04/cinta-dan-kasih-sayang-dalam-islam.html
3. http://alkutubi.blogspot.com/2008/08/kasih-sayang-menurut.html

"Jangan dustai nikmat yang telah Tuhan berikan kepadamu, cintailah DIA setulus dan sepenuh hati. Kelak dia tanamkan dalam hatimu kecintaan pada Keimanan. Dan Allah jadikan Iman itu indah dalam hatimu. Disitulah engkau bertemu syurga di dunia sebelum syurga di akhirat"


Wassalam.
10:29:00 AM

Cara Untuk Mengesan Pemandu Langgar Lari

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi readers!

Terbaca artikel dari siakapkeli.com.my sebentar tadi. Rupa-rupanya kes langgar lari yang berlaku baru-baru ini ke atas isteri salah seorang kawan satu course, sekuliah, sekelas, sekumpulan Sue suatu masa dulu. Simpati terhadap Kay, isteri kepada Shak Hassan.

* gambar sekadar hiasan - sumber dari google *

Berikut adalah penulisan Shak Hassan :

Isteri saya mengalami trauma yang teruk. Ia jelas kedengaran dalam vibrasi suaranya saat dia bercerita melalui telefon tentang langgar lari yang baru sahaja berlaku ke atas dirinya. Untuk ibu yang sepenuhnya memberi susu badan kepada bayi, ini adalah tidak bagus sama sekali. Dalam nada yang tersekat-sekat, maklumat yang tercerap hanyalah nombor pendaftaran kenderaan, jenis kereta dan imej ingatan yang berpecah-pecah terhadap rupa fizikal si pesalah. Perkara pertama yang saya lakukan adalah log masuk ke MYEG. Sistem MYEG, azalinya, membenarkan orang awam yang mendaftar sebagai pengguna memeriksa rekod urusan yang berkaitan dengan kenderaan mereka. Saman JPJ atau PDRM misalnya. 

Di halaman 'Summons Service' PDRM, saya memilih 'drop down menu' Vehicle No. dan kombinasinya harus bersama 'radio button' Non Malaysia. Masukkan susunan teks 'captcha' dan tekan butang 'Check Summons'. Tiada rekod. Kesimpulannya tiada apa-apa yang MYEG dapat sediakan untuk saya buat masa ini dalam mengesan pesalah terbabit. Sekiranya kenderaan terbabit mempunyai rekod kesalahan jalan raya, keputusan carian akan memaparkan perincian kesalahan bersama maklumat pemilik kenderaan (nama penuh dan nombor kad pengenalan). Berdasarkan ayat sebelum ini, sedarlah kita bahawasanya nama penuh pemilik dan nombor kad pengenalan boleh diakses di MYEG berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Kombinasi tiga data ini adalah cantuman padu yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan.

Saya aktifkan tab yang lain pada pelayar Chrome dan menaip URL ini di kotak alamat web : https://www.mycarinfo.com.my/ISearch. Web ini membenarkan pengguna memeriksa insurans kenderaan yang diambil oleh pemilik. Yang menariknya, ia mengembalikan juga nombor polisi dalam keputusan carian. Apakah data yang  perlu dimasukkan untuk melakukan carian di MyCarInfo? Nombor pendaftaran kenderaan.

Sebaik sahaja saya mendapat nombor polisi insurans kenderaan yang melanggar kereta isteri saya. Saya aktifkan satu tab lagi pada pelayan web dan log masuk ke akaun yahoo yang saya telah daftarkan khusus untuk tujuan ini. Saya klik pada butang 'Compose' dan taip emel berikut :

Hi,
Could you please send cover note (softcopy) for my car policy to me?
This is important and please help as I need it for some urgent matters.

Vehicle Reg. No : XCX XX8X
Policy number : XX2XX3XXXX
Policy period : 23 Jul 2014 - 22 Jul 2015

Thanks in advance.
Regards.

Apakah makna emel di atas? Penyamaran. Saya menulis emel seolah-olah saya adalah tuan punya kenderaan. Apakah sentimen dalam praktis ini? Keyakinan terbina dalam minda pihak insurans apabila saya menyediakan kombinasi nombor pendaftaran kenderaan dan polisi. Percaya atau tidak - 4 daripada 5 pihak insurans di Malaysia tidak mempunyai prosedur validasi pengecaman pelanggan sebelum melepaskan data. Sebelum habis waktu pejabat, salah seorang daripada pegawai yang bertugas telah membalas emel saya berserta lampiran 'Cover Note' yang mengandungi data pemilik kenderaan - nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, nombor casis kenderaan, jumlah yang diinsurankan dan pelbagai lagi yang anda boleh bayangkan yang harus tertera di atas helaian maklumat insurans kenderaan anda.

Yang saya karangkan di sini adalah 3% daripada kaedah menggali data di bawah cabang Social Engineering. Tiada SQL/XML/XSS/Header Injection, waima sebaris kod pun yang terlibat. Tiada brute force. Tiada server yang dilanggar masuk tanpa autoriti. Tiada kenalan yang bekerja di PDRM/JPJ. Tiada. Nil.

Manusia adalah entiti lemah yang terdedah kepada manipulasi psikologi dalam sesebuah seni bina sistem bersekuriti, walaupun, yang paling kebal. Kaedah konvensional seperti ini mempunyai kelangsungan hidup tahap tinggi yang merentas kepintaran algoritma. Barangkali manusia, adalah bug yang paling sukar untuk diurus selesaikan.

Sebagai meraikan betapa rapuhnya data pengguna di Malaysia, saya menghubungi brader yang melanggar kereta isteri saya di Bangsar tempoh hari dan mengajaknya pekena kopi di kedai mamak :) 

Shak Hassan
Data Analyst | Datago.my


Sumber : 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moga segalanya dipermudahkan buat kalian berdua. Mujurlah baby mereka tiada bersama ketika itu. Moga Kay sembuh dari trauma kejadian ini. Good job Shak! ^__^ I'm proud of you.. 

Wassalam.
1:50:00 PM

Busy

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Back at work after the super long weekend. It was a very busy weekend for me as we are returned to Mr. Akoy's hometown.

Such a long journey.. Fuhhhh.. Going to a few places with my in-laws and I will update about it in my blog one by one soon. So.. harap bersabar ye.. ^__^


Well.. so far alhamdulillah. Everything seems to fall into places walaupun kadang-kadang nampak cacat cela sedikit di beberapa bahagian dalam setiap perkara yang dilakukan. Is not easy.. *sigh* But.. it's ok. Just a bit more proper planning and a bit more hard work and I will get to where I want.

Will be back soon!

Wassalam.
10:16:00 PM

Manja!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Manja betul si Yoda ni.. Sampaikan kalau Sue nak keluar dari rumah sibuk nak ikut. Dah pandai dah sekarang ni.. Bila tengok Sue dah siap pakai baju cantik cantik, siap pakai tudung dan dah angkat beg, dia pun berlari ke pintu, menunggu Sue kat pintu tu..


Siap mengiau bagai... Nak ikut la tu.. grrrr.. Asyik nak kena kejar dia je setiap pagi. Dia mesti keluar dari rumah jugak lepas tu bila ajak masuk dalam rumah dia tak nak. Nak ikut.. ishhh..

Tapi bila time Sue balik kerja, dia dengar je bunyi tapak kasut lepas tu bunyi kunci mangga rumah tu, dari luar dah dengar suara dia mengiau.. Tunggu depan pintu tu.. Tapi time kita balik dia tak keluar dari rumah pun.. Time kita nak keluar je.. Tak nak kena tinggal la tu.. alahai.. manja betul.. Kalah Hadirah cenggini...

Oh ya! Sekarang ni Sue kat kampung.. Kat Kamunting.. Update sikit sikit la ye.. Nanti Sue story lagi pasal balik kampung dalam entri yang lain.. Yoda ni pun ikut balik kampung.. Ada je ni haaa.. Tadi kacau mummy guna laptop.. grrrr.. Panjat laptop then duduk atas keyboard ni.. Adoiyai.. Hadirah pun tak kacau macam ni.. -___-"

Ok la.. tata.

Good night!

Wassalam.
8:30:00 PM

Fobia Dengan Doktor Gigi

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Pagi tadi Sue ke klinik gigi. Klinik gomen je la.. Tu yang paling dekat. Nak ke yang swasta rasanya sama je.. Dah beberapa hari Sue sakit gigi ni.. Sekejap sakit sekejap tak. Bila datang rasa sakit tu memang rasa macam nak tampar orang dah rasanya.. Hahahaha..

So bila cuti start hari ni Sue pun plan ke klinik gigi. Check gigi. Dapatkan rawatan apa yang patut. Nasib baik ada option lain selain dari kena cabut tapi kena berulang alik untuk dapatkan rawatan every hari Isnin starting bulan Mac ni.. uhukkk.. Nampaknya lambat la masuk kerja nanti.. Tapi demi untuk mengelakkan cabut gigi, ku gagahi jua.. hahahaha..

* sumber gambar : google *

Okeh.. takut sebenarnya nak jumpa doktor gigi. Scary woooo.. Fobia!

Dulu masa zaman sekolah lagi pernah sekali dapatkan rawatan kat klinik gigi gomen. Cuma bukan kat Kuala Kubu Bharu la ye.. Cabut gigi kalau tak silap. Memang la dia bagi bius sebelum cabut tu tapi bius apanya kalau still rasa sakit yang teramat sangat. Memang meraung la dalam tu.. Haa... kan satu klinik sampai ke luar klinik boleh dengar.. kah kah kah.. Lepas tu terus fobia nak jumpa doktor gigi.

Sampai la mengandung kan Hadirah, kena la jumpa doktor gigi kan.. Sekali tu je la.. tu pun check up je.. Tak ada rawatan apa-apa sebab gigi tak bermasalah time tu.. Then almost 5 years after that which means hari ni, jumpa doktor gigi. Ni sebab dah sakit sangat la.. kalau tak memang tak ada maknanya nak datang klinik gigi. pandang pun tidak agaknya.. -__-

Hadirah pulak setia menemani mummy dia. Siap sound mummy dia pulak semalam, "haa.. tu la.. mummy tak gosok gigi.. kan dah kena cabut gigi.." perghhhh.. macam orang tua dah kalau membebeal.. "nanti kakak cakap kat doktor tu, cabut gigi mummy!" See.. boleh pulak dia main ugut ugut mummy dia.. Berani sangat nak cakap dengan doktor gigi tu.. grrrrr... Geram je kena bebel dengan anak sendiri.. deng! terkena sudah..

Bila kat klinik tu pagi tadi, dia boleh pulak nak ikut Sue masuk jumpa doktor.. Masa menunggu giliran tu, dia sibuk cakap nak ikut mummy tapi tiba-tiba dia menangis.. Drama queen sangat tau.. "kakak nak ikut mummy tapi kakak takut.. nanti doktor cabut gigi kakak.." dalam nangis nangis tu boleh pulak keluar ayat begitu.. Banyak kali pulak tu.. Hahahaha.. orang lain pun tergelak-gelak.. Nurse pun gelak gelak jugak.. Menangis beria sangat tu.. Hadoi.. tak tahan dengan budak ni..

Lastly Sue masuk je bilik rawatan tu tanpa Hadirah.. Dah tanya banyak kali lastly dia jawab tak nak ikut.. So dia tunggu kat luar dengan Mama Sue.. Haa.. kan.. tadi beria sangat nak ikut.. tapi lepas tu terus menangis.. Nak ikut jugak tu tapi takut.. hahaha.. Macam mana la nak bawa dia jumpa doktor gigi ni nanti.. uhukkk..

Next appointment bulan Mac nanti.. So tengok je la macam mana.. Paling teruk pun cabut je.. Terfikir-fikir gak tadi bila doktor tanya nak cabut ke.. Huh! kalau cabut dah kena buat gigi palsu.. Yang satu pun memang dah lama tak ada gigi.. Tak terbuat pun gigi palsunya.. Ni nak tambah lagi..? Then Sue tanya la option lain tak ada ke selain cabut? Nasib baik ada lagi satu rawatan.. Kalau tak menangis tak dapat makan laksa.. kah kah kah.. Nasib baik jugak rosaknya tak teruk.. So boleh lagi la makan laksa homemade pagi tadi.. Breakfast laksa.. lunch pun laksa.. hahahaha... hantu laksa mengganas hari ni..

Eh! Laksa pulak.. Sakit gigi ni.. Ok la.. tata.

Wassalam.
3:30:00 PM

Mango Chili Thai Cafe | NEXUS Bangsar South City

by , in
Assalamulaikum. Cinta.


Thanks a lot buat MdNoor (my officemate merangkap sama-sama team PMU dan juga orang yang banyak memberi pertolongan dan mencurahkan ilmu sejak masuk TM under SL1M trainee..) dan Dr. Mohd yang sanggup pick up Sue dan kawan-kawan lain untuk lunch sama hari ni walaupun korang berdua nak travel balik ke Johor.. Unplanned punya tempat lunch ni sebenarnya. Tak ada idea then tiba-tiba Kak Emma dan Kak Elly come up with suggestion makan kat Mango Chili ni.. Plan asal nak breakfast sekali tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan makanya breakfast ditunda ke lunch.. Nasib baik tak menunggu mereka berdua ni kalau tak jenuh kelaparan.. hoho..

* kredit gambar - SINI *


Sedap jugak tau..

Jom tengok apa yang kami order...

 * kerabu mangga.. my favorite.. *


* daging ni memang sedap.. jangan tanya nama dia apa.. tak hafal menunya.. -_- *

Erk.. lauk lain tak sempat nak snap.. Ada lagi lauk lain.. Ikan siakap dan tomyam yang tak ter"snap".. Ni hidangan untuk 4 orang tapi semua ni dimakan oleh 5 orang.. Siap ada lebih lagi tu nasi putih dia.. Boleh bayangkan tak betapa dietnya kami semua semalam.. -drama sangat tau-

Lauk dia semua sedap sedap belaka. Next time boleh la nak try menu lain pulak.. ngeeee~~~

* kredit gambar - fb Dr. Mohd * 

* kredit gambar - fb Dr. Mohd *

Again.. thank you MdNoor dan Dr. Mohd.. yeay! Next time kita jumpa lagi ek.. Bukan senang nak jumpa Dr. Mohd ni.. hoho.. setahun sekali pun payah.. last jumpa masa open house Raya Aidilfitri rumah MdNoor.. tu pun bukan tahun lepas rasanya.. Rasa je la.. seriously tak ingat bila last jumpa.. uhukkk.. Banyak sangat minum air renangan semut ni.. -__-"

Jumpa korang next time! yeay! -clap clap-


Mango Chili Thai Cafe
NEXUS Bangsar South City, 
No. 7 Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur, 
Malaysia

Tel: 03-2242 3737
Email: mangochilinexus@gmail.com

Mon - Sun: 10 am - 10 pm 

Wassalam.
8:00:00 AM

Travel Seorang Diri

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Petang semalam Sue balik ke KKB seorang diri. Hanya travel menggunakan public transport. Cuak sebenarnya nak balik seorang diri dan menaiki public transport ni tapi Sue kan powerpuff girl! (la sangat) Bahahaha.. berangan tak sudah.. adeh..

* dari office macam biasa.. kena la ambil LRT ke KL Sentral walaupun resah hati.. *

Independent tau Sue ni.. Walaupun dah berapa tahun tak balik KKB menggunakan komuter, tapi gamble je.. Main aci redah je.. Gasak la.. Siap ketiduran lagi tu dalam perjalanan dari KL Sentral ke Rawang. Hah! Bab ni tak payah cakap la.. Kalau naik komuter ke tempat kerja pun Sue tidur jugak walaupun sambil berdiri. Hebat tak hebat tidur sambil berdiri dalam gerabak yang sesak dengan orang ramai tu.. Perghhh... skill tu kena belajar tu.. kah kah kah Bukan calang calang orang boleh tidur sambil berdiri dalam komuter.. (eh! iye ke?)

Tapi paling tak best bila dah tertidur dalam komuter tu, sure mamai mamai nak keluar dari tren bila dah sampai destinasi. Haaa.. yang ini kadang-kadang boleh menyebabkan terlepas stesen. Dah berapa kali hampir terlepas stesen. Petang semalam pun sama. Blur blur je bila keluar dari perut gerabak komuter tu. Sampai je Rawang macam teragak-agak untuk keluar padahal dah terang-terang sampai stesen last dah and tren tu akan patah balik ke KL. Yang peliknya tren tu berhenti kat Terminal 2. Selalunya dia berhenti kat Terminal 1 and kalau nak ke Tanjung Malim barulah naik tren di Terminal 2 atau 3. (ke sebab dah lama tak naik tren ke Rawang jadi blur sebegini rupa?)

Haa... see.. Kan dah confuse..

Lambat-lambat je berjalan keluar dari tren tu.. Then macam blur blur nak naik tren sebelah ke tak. Tren sebelah dah siap berhenti kat Terminal 3 dah tu.. Tunggu masa nak jalan je.. Siap berkira-kira dalam otak yang tiba-tiba lembab berhubung tatkala mamai mamai ni, nak naik ke tak tren sebelah. Nak tanya orang segan pulak. Segan satu hal, tapi memang kepala tengah ting tong akibat daripada ketiduran dalam tren.. Betul ke tak tren ni ke Tanjung Malim.. -_-"

Lambat-lambat jugak masuk dalam tren tu.. Gasak la.. Kalau salah tren nanti sampai stesen mana-mana turun je la and tukar tren.. kah kah kah.. Parah dah ni tahap mamai ni.. Memang pasrah je la tadi.. Main masuk je tren tu tanpa tanya orang atau tengok papan paparan maklumat perjalanan komuter tu.. Dalam kepala still mengantuk lagi.. -__- Redah je la.. Siap boleh nak sambung tidur lagi tu dengan harapan jalannya betul.. Huishhhh.. Nasib baik betul.. Kalau tak tidur sampai patah balik KL. lol.

Alhamdulillah.. selamat sampai pun dah.. Hadirah yang datang pick up with her auntie and my Mama.. Takkan la Hadirah drive sendiri ye tak.. ^_^

Kejap lagi nak jumpa doktor gigi.. takottttt.. fobia..
Kenapa? Part yang tu nanti Sue story dalam entri lain la ye.. tata.

Happy Chinese New Year! (eh.. belum lagi ek? tapi dah cuti dah ni.. mercun dan bunga api dah bunyi bunyi malam tadi.. erk.. wish awal-awal untuk yang merayakannya.. lalalalalalalala..)

Wassalam.
10:12:00 AM

Salam Takziah Buat Officemate - KA

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi. 

Pagi-pagi dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.

Salam takziah buat one of my officemate yang juga salah seorang team PMU, Khairil Azni (lebih mesra dipanggil KA) sekeluarga yang telah kehilangan ayahnya malam tadi. Ayah KA telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10.15 malam tadi di PPUM.

Jenazah telah dibawa ke rumah kakak KA yang terletak di Puncak Alam dan sedang dalam proses pengebumian ketika ini. Dianggarkan jenazah akan dikebumikan bila-bila masa dari sekarang. Sebentar tadi pun update dari officemate yang berada di sana, jenazah sedang dikafankan.

Maaf. Sue tak berkesempatan nak ziarah padahal dekat je dengan rumah Sue. Sue tahu pun dah lambat. -_-"

Inilah padahnya bila off kan phone since jam 4.00 petang semalam dan on kan semula bila sampai office pagi ni.. Sudahnya terlepas segala macam berita dalam whatsapp. Kalau tahu awal sure Sue tak masuk office pagi ni.. Terus ke sana. Lagipun kalau Sue nak patah balik dari office ke sana akan mengambil masa sebab Sue tak drive hari ni. Sue naik komuter pagi ni sebab petang nanti nak naik komuter balik ke KKB.. hurmmmmmmm.. Menyesal tak sudah.. T_T sobsobsob

Tak apalah.. Anggap tiada rezeki Sue hari ini untuk menziarah.. Telah ditakdirkan begini. Terima dengan sabar. -_-

Moga KA sekeluarga sabar dan tabah menghadapi kehilangan ini..

Moga-moga roh arwah ayah KA dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.. 


"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." [Ali Imran : 145]

Wassalam.
10:34:00 PM

Terlupa

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Terlupa. Sebab banyak sangat minum air renangan sang semut. -_-"
Eh! Tak.. Sebab banyak sangat berangan. Berangan kan free. Deng!

Padahnya terlupa nak bawa laptop hakmilik office ke office pada hari Isnin. And guess what? Dah sampai mana baru ingat yang laptop sebenarnya ada kat rumah? Lagi 2 minit nak sampai office tu.. Hishhh.. baru teringat. Dah nampak Menara TM tu dah baru teringat yang laptop sebenarnya ada kat rumah.. Dah tu? Apa gunanya datang office tanpa laptop? Perghhhh.. tepuk dahi! Patut la rasa macam ada benda yang tertinggal cuma otak tak boleh nak respond apa yang tertinggal dalam keadaan mamai.

U-turn je la kat traffic light area UM and tak jauh dari Stesen LRT University. Deng! Macam mana boleh lupa? Penting tu.. 

Buang masa. Buang minyak. Buang tenaga. Arghhhhh.. tension pulak pagi-pagi.


Sudahnya mengadap jammed yang super teruk pagi tu.. Beria-ia la keluar awal tapi lambat jugak sampai. T___T parking dah la mahal.. sobsobsob..

Lain kali kalau bawa balik laptop office, sila set reminder ye Puan Sue.. kih kih kih


Abang, pakcik, kakak sebelah menyebelah.. tak payah la intai intai saya ni.. Kan tengah jammed. Tengok je la depan tak pun belek phone sendiri. Nak buat apa lagi kalau tak memenuhkan memori phone dengan gambar sendiri. Kalau ada Hadirah kat sebelah lagi la full terus memori phone.. kah kah kah

By the way, spec pinjam je tu.. lol. Mr. Akoy punya. Sangat tak sesuai kan. Huwaaaa... nak spec hitam satu please Mr. Akoy.. *kelipkelipmata*

Eh.

Good night!

Wassalam.
11:06:00 AM

Hadirah's Life Update

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

After two weeks of school she's finally getting familiar with her routine. She no longer cries when she's being sent to school. I'm so relieved. Phewsssss.. Now she having fun when she is at school. Every day she can't wait to go to school. Always asking her grandmother (Onie), what time is it, when she should go to school.. hurmmmm.. -___-

"pukul berapa ni Onie?"
"jarum jam yang panjang tu kat nombor 10 dengan nombor 4 baru la kakak gi sekolah" - Onie
"lambatnya Onie.. "
"bila nak pegi sekolah ni Onie.."

See.. she's nagging.. Fuh! Bersabar aje la..

For now, she's starting to learn how to spell the words and read books since she already knew the alphabet. Her teacher asked her to read a page with only one word "SAM" from her story book. But she's getting bored and insisted to read more than one page. Grrrr.. If we wrongly pronounce the word, she'll rectify our pronunciation and it was fun to tease her. Hahahaha.. 


When me and my husband visited her on weekends, she doesn't want to read the books. All she want is to play together with her papa. She doesn't want to learn anything with us around. -__-" When we asked her about how was her school, she refused to answered. Well.. it's ok because her auntie is there to teach her in weekdays. But sometimes, I also wants to be there and hear her telling stories of her school sessions.. What to do.. she doesn't want to tell us so, let it be.. Hanya bercerita sikit sikit je itupun kalau tanya banyak kali.. huhu..

I know.. she wants our full attention, so sometime perangainya sangat sangat menguji kesabaran. Merajuk, menangis, marah etc. But patience is the key. So, just ignoring her behavior and try to persuade her what she most like to do with us.

Oh! I'm going home to see her tomorrow. Early right? Ahaaa.. starting this Wednesday I'm on leave because of Chinese New Year's Day. Hadirah will also be on holiday starting this Wednesday until next Tuesday. Wow! Such a long holiday.. Beruntung kan..


I miss her so much walaupun baru semalam je balik ke sini.. Esok dah nak balik ke sana balik.. 

Till then, tata.

Wassalam.
4:30:00 PM

Syurgakah Itu Atau...?

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

* gambar sekadar hiasan. sumber dari google.com *

Bauan rumput hijau mengharumkan suasana ditambah dengan bunyi deruan pancuran air terjun laju menuruni tebing.. Putih dan hijau bergabung menjadi suatu warna yang tenang dan mendamaikan. Sebatang jalan kecil menyusuri sepanjang bukit dan tebing di mana terletaknya air terjun itu membuatkan hati terdetik, "di manakah aku?". Suasana yang indah dan tenang itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sebuah basikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki dan dibelakangnya pula dibonceng oleh seorang wanita yang berpakaian serba putih tenang melalui jalan kecil itu. Sambil gelak ketawa kegembiraan si wanita, mereka melalui jalan kecil yang seperti tiada penghujungnya itu.. Tapi sepatah kata pun tiada dari si lelaki. Hanya senyuman manis sentiasa menghiasi wajahnya. Tenang saja wajahnya ketika itu.

Hanya kegembiraan yang dirasai ketika itu oleh si wanita. Tapi.. kenapa? Dan dimanakah tempat ini sebenarnya? Hati tertanya-tanya tapi tidak diluahkan dengan kata-kata. Masih gembira kerana dapat menunggang basikal bersama si lelaki itu.

Tiba di suatu tempat di mana sukar untuk digambarkan keadaannya ketika itu yang terlalu indah dan dihiasi cahaya putih terang benderang, si lelaki dan si wanita berhenti dari terus menunggang basikal tersebut. 

Si lelaki turun dan menuju ke arah cahaya yang terang benderang yang entah dari mana munculnya itu. Si wanita berlari mengejar si lelaki dan menjerit sekuat hati memanggil si lelaki yang disayanginya itu, "Angah! Tunggu!" Si lelaki berpaling dan berhenti. Menoleh ke arah si wanita, kakaknya. Hanya senyuman manis yang diberikan ketika itu. "Angah.. Nak pergi mana tu?" Si adik tidak menjawab tapi hanya terus tersenyum.

Tiba-tiba suatu suara yang entah dari mana datangnya menjawab pertanyaan si kakak, "Bersabarlah Along.. suatu masa nanti kita akan bertemu lagi. Jangan bersedih."

Allahuakbar..di manakah aku sebenarnya ini? Si kakak yang terpinga-pinga terus memandang si adik yang masih lagi tenang. Si adik hanya tersenyum. Wajahnya yang tampan dan putih bersih itu memancarkan lagi cahaya kegembiraan untuk meninggalkan kakaknya. Seolah-olah sudah tidak sabar lagi untuk pergi selama-lamanya. Tiba-tiba si kakak menangis. Tersedar bahawa itu mungkin pertemuan terakhir mereka.. Si adik pula melemparkan senyuman yang paling manis buat kakaknya untuk kali yang terakhir dan berpusing, meneruskan langkah kakinya hingga hilang di sebalik cahaya itu. Si kakak terus-terusan menangis.

Selepas itu si kakak tersedar dari tidurnya. Matanya basah. Bantalnya juga basah. Menangis dalam tidur rupanya.. Tapi.. masih terngiang-ngiang kata-kata adiknya, "Bersabarlah Along.. suatu masa nanti kita akan bertemu lagi. Jangan bersedih." Astagfirullah.. adakah mimpi itu pesanan terakhir Arwah? Dan dimanakah tempat itu sebenarnya??

Allahuakbar..

Maafkan Along dik.. Walaupun sudah 10 tahun ianya berlalu namun Along masih tak dapat nak lupakannya.

Mungkin itu semua mimpi mainan tidur oleh syaitan tapi mungkin juga itu pesanan yang ingin disampaikan oleh Arwah Angah kepada Sue, kakaknya. Wallahualam.. 

Mimpi ini berlaku selepas beberapa hari Arwah adik Sue meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Masih lagi segar dalam ingatan Sue hingga ke hari ini..

Al-fatihah..


Wassalam.
1:19:00 PM

Al-Fatihah Buat Adik Muhammad Zharif Al Hafiz

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Al Fatihah dan Salam Takziah buat seisi keluarga Arwah Adik Muhammad Zharif Al Hafiz Bin Mohd Zulfazrol atas kehilangan permata hati sulung yang telah kembali ke rahmatullah jam 11.45 pagi tadi. Semoga tabah dan redha menerima takdir Allah SWT.


Baru semalam Kak Lya mohon untuk share kan kisah anak kecil ini, tiba-tiba tengah hari ini dapat berita arwah Adik Zharif telah pergi meninggalkan kita semua. Sangat sebak dan sangat sangat terasa saat melihat wajah sayu anak comel ini..

AL FATIHAH ...


Wassalam.
11:32:00 PM

Al-Fatihah Buat Datuk Hasbullah Awang & Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

إِنَّا لِلّهِ و َإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dua berita sedih yang menggemparkan negara diterima hari ini.. Siang tadi Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia dan sebentar tadi pula Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga dikhabarkan telah meninggal dunia di kediaman beliau.,

* this photo credit  to : http://www.murai.com.my/ *

Salam takziah diucapkan buat keluarga kedua-dua allahyarham daripada Sue dan CWWK..

* this photo credit to : http://hiburan.my/ *


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]


Wassalam.
11:05:00 AM

Peraduan menang baucer tunai kepada para FORUMER Ladylista

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Seperti yang dijanjikan dari Ladylista kepada para forumer sebelum ini, Lady Lista SEKALI LAGI mengadakan satu peraduan yang akan memberikan baucer tunai yang menarik kepada semua pengguna Cari Forum dan peminat Ladylista! 

Hadiah kali ini adalah baucer tunai dari Chatime yang bernilai RM10 dan tiket masuk bernilai RM30 dari Farm In The City. Baucer tunai ini akan dihadiahkan kepada para peserta dalam kuantiti yang tidak sama. Soalan yang lagi rumit, lagi lumayan cash voucher akan diberikan kepada pemenang! 

Peraduan kali ini akan dibahagikan kepada 2 kategori dan 4 peraduan supaya tahap kesukaran lagi tinggi, lagi mencabar kesabaran pemain, lagi menarik dan juga menguji pengetahuan serta penglihatan anda! 

Peraduan yang di dalam kategori pertama akan dinamakan sebagai: [“Cari” Perbezaan Gambar dari Maskara Anda]. Karakter peraduan ini merupakan sejenis permainan “Spot The Different”. Peserta hanya perlu menyatakan beberapa tempat yang tidak sama di dalam gambar yang sama. Kau rasa senang sangat? Hah, marilah cabar tahap kesabaran anda! 

Asyik main benda yang sama pun akan rasa boring kan? Jadi, Ladylista telah memperkenalkan peraduan yang berjenis “Teka siapa artis di dalam gambar hanya dengan sebahagian muka” dengan namakan peraduan ini sebagai: “Dengan Maskara, Teka Sape”. Soalan-soalan di dalam kategori peraduan yang kedua ini akan menggunakan gambar artis-artis yang terkenal di bumi ini. Jikalau anda merupakan seorang yang minat sangat dengan artis-artis, inilah masa untuk anda menunjukkan kehebatan ANDA! 

Pemenang untuk soalan akan dipilih setiap hari. Ladylista akan mengumunkan pemenang di dalam soalan tersebut, jadi semua peserta sila mengunjungi balik soalan tersebut untuk menyemak sama ada anda dah menang hadiah tersebut!

Kategori Pertama: “Cari” Perbezaan dari Maskara Anda
Sesi Pertama: Mulai 4-Feb-2015 hingga 11-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 50 

Sesi Kedua: Mulai 12-Feb-2015 hingga 23-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 25 

Kategori Kedua: Dengan Maskara Teka Sape
Sesi Pertama: Mulai 23-Feb-2015 hingga 24-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 35 

Sesi Kedua: Mulai 25-Feb-2015 hingga 28-Feb-2015
Jumlah Hadiah yang akan dianugerakan kepada semua Pemenang: 40 



Wassalam.
1:40:00 PM

Why Did I Rarely Update My Blog?

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Anyone miss me? lol. Just kidding. ^_^


Lately, I don't really spend time with my friends and also my blog. The leisure time I have will be spent either at my home or my parent's house especially weekends. Working mom is tiring. hurmmmmmm.. -_-" But still, I have time for myself. I can still chitchat with my other half every night, update my instagram and facebook, and spent my valuable time with my little angel, Hadirah even though not everyday. *sigh*

Almost every weekends, I will go back to KKB and spend most of the time with my little angel and my family. But it is not that easy.. Simpan dalam hati. Berdoa. Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt suatu hari nanti.

When it comes to weekdays, after office hours, I will stay in my room and start surfing, getting idea what to write in my blog and my planner, how to decorate my planner, watching movies or series drama with Mr. Akoy, etc. I have so many plans in my mind, everything is just so overwhelming. But I don't know..is it will turn to be good or not. And again. Pray. May Allah ease everything.

Anyway, I made some good friends at work. But I think our relationship stays within the four-walls. I just like it that way for right now. Sometimes cutting people out of your life is easy, keeping them in is hard. It takes years to build trust and just seconds to destroy it. I've learned it before. So I'm afraid if it might hurt me or them later on. Better keep the distance as far as you can.

"It is easier to forgive an enemy than to forgive a friend." - William Blake

Moody. Sometimes.
Tiba-tiba idea untuk menulis blog hilang dibawa pergi bersama mood. *sigh*
Because I already let my emotions become who I am and run my life. As for right now, I have to recognize and identify my emotions, and then let them go. Arghhhh.. It's a lot easier said than done!

At this point of time, I am thankful to Allah for the grace He showered me with. What’s done is done. Never regret yesterday. Life is in you today, and you make your tomorrow.

Wassalam.