Wedding Ceremony | Kg. Rambong, Kuala Kangsar

Assalamualaikum. Cinta.

Balik kampung Kuala Kangsar kali ni kami semua ke kenduri saudara di Kampung Rambong. Hurmmmm.. panjang jugak kalau nak explain saudara ni.. Yang kahwin ni pakcik saudara Sue yang Sue panggil Pak Lang Faisal. Dia ni anak kepada adik opah Sue.. So pangkat pakcik makcik jugak la kalau anak-anak adik-beradik opah kan walaupun ada antara mereka yang lagi muda dari Sue, tetap panggil dengan panggilan pangkat masing-masing.


Gambar kat atas ni semua cousins Sue, Maksu (adik Mama Sue) dan anak-anaknya.


Yang paling special kalau ada kenduri kat kampung mestilah ada bubur. Yang ni "Bubur Anak Lebah".. sedap wooo.. Sue suka bubur anak lebah ni.. Kalau opah buat mesti makan banyak banyak.. hahaha..



Hadirah takde lain yang dicarinya.. Aiskrim la.. Kalau kenduri kendara mesti ada penjual aiskrim naik motosikal datang bunyikan loceng dia.. mana tak budak-budak suka.. Siap merengek bagai kalau tak dapat minta duit nak beli aiskrim.. huhu.. Tapi itu la sumber rezeki si penjual aiskrim.. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab masing-masing..


Tahniah Pak Lang Faisal dan isteri. Muda sangat Mak Lang baru we all ni.. Siap salam cium tangan Sue pulak. Tergamam sekejap. Sue dan adik Sue memang la tua lagi dari Mak Lang ni tapi pangkat dia Mak Lang.. terkejut kami bila salam dengan dia, dia cium tangan.. Spontan je pun.. Rasanya dia mesti terkejut jugak.. haha.. ^__^


Wassalam.

1 comment: