Tempoyak Masak

Assalamualaikum. Cinta.

Haaaa.. ni kalau anak orang perak mesti tahu Tempoyak Masak tu apa.. Bukan yang masak gulai tempoyak ikan patin ke, masakan gulai tempoyak udang ke, gulai tempoyak ke.. Tu semua dah masakan gulai yang dicampur dengan bahan basah (daging, ikan, udang, etc.) Tapi ni adalah tempoyak semata-mata.

Masa balik kampung hari tu, Opah Sue ada la buat tempoyak masak ni.. Itupun sebab nak bawa ke kenduri adik Opah jugak tu.. Sebagai sambal untuk cicah ulam-ulaman. Sue la yang tolong Opah Sue masak tau.. Hahaha.. tapi confirm la Sue bukannya pandai masak pun.. Setakat tolong potong potong ke, kacau kacau ke boleh la.. Ni first time Sue belajar masak Tempoyak Masak. Tapi Sue bukannya suka makan tempoyak pun. Durian Sue makan tapi tempoyak memang tak la.. Tak lalu.. kah kah kah


Haa.. nampak tak Tempoyak Masak tu?? Opah buat memang sedap la.. Ramai orang suka makan masakan Opah ni.. especially saudara-mara. Delicious katanya. Sue memang tak rasa la kan.. hahaha.. jenuh Opah paksa makan, tak jugak Sue makan.. -__-

Resepi Tempoyak Masak

Bahan-bahan :-
  1. 15 sudu besar tempoyak
  2. 4 biji cili besar
  3. 4 biji cili api
  4. 4 biji cili merah
  5. sehelai daun kunyit
  6. sedikit garam
  7. segengam udang kering


Cara-cara :-
  1. Kisar cili besar, cili api dan cili merah.
  2. Daun kunyit dihiris halus-halus
  3. Udang kering ditumbuk hingga hancur halus.
  4. Campurkan tempoyak, cili besar dan cili api, serai, daun kunyit dan udang kering. Kacau rata-rata. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masak atas api kecil selama 5 minit je.dah siap! Tapi masa Sue tolong Opah masak ni memang lama sikit sebab kuantiti yang masak time ni banyak.. Ye la.. untuk kenduri kan.. Sedap dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau ulam-ulaman.
Nanti kalau ada update pasal resepi ni Sue update.. Sebenarnya Sue terlupa bahan-bahan dia.. hahaha.. Ni yang mana Sue ingat je ni.. -__-" Tu la.. dok kat dapur berangan.. tu yang boleh terlupa tu.. kah kah kah

Ni kalau Opah tahu ni, mesti bising ni.. tak ingat bahan nak masak.. hahahaha.. adeh..

Wassalam.

1 comment:

  1. Mak mentua pun selalu buat ni, tapi mcm Sue lah... saya pun tak mkn tempoyak heheeeheee

    ReplyDelete