Rutin Baru di Pagi Hari

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi! Lewat pulak nak update..

Hari pertama tahun 2015 melangkah ke office. Nothing much yang berubah. Melangkah masuk ke office, masih kosong. Oh.. ingatkan ramai yang dah ada azam baru nak datang awal ke.. kan.. siapa tahu kan..



Rutin baru di tahun baru.. Ke office menaiki komuter.. Arghhh.. tekanan bila kena berdiri sepanjang perjalanan. Nak nangis. Sakit kaki. Sakit bahu pikul beg laptop yang berat. Oh! Betapa keji diri ini bila terlupa bahawa suatu ketika dulu pernah bersusah payah begini. Tapi bila dah senang sikit, lupa! Dah pandai drive, berlagak tak nak naik public transport.. Deng!

Now.. rasa kan..
Insaf.
Bersyukur dengan rezeki yang ada.. Bersyukur dengan kemudahan yang diberikan.. Bersyukur masih dapat ke tempat kerja.. Tak seperti orang lain yang menjadi mangsa banjir.. Insaf lagi.

Cuba jadi budak baik okeh!
Tak salah nak perbaiki diri.. Asalkan tabah nak menghadapi ujian. Sabar banyak banyak..

Senyum.
Jangan marah.
Jangan mengeluh.
Simpan keluhan dalam hati..
Baiklah.. nak simpan la ni.. Kita senyum je ye.. Customer marah pun kita tadah telinga je.. Iye kan aje.. Lama-lama nanti sejuk la tu..

Ok...boleh sambung kerja..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment