Restoran Al-Diafah | Seri Petaling

Assalamualaikum. Cinta.

Ehem.. ehem.. Ni baru nak tayang menu hidangan semasa Gathering PMU 2014 hari tu..

PMU tu apa? Project Management Unit lerr.. kih kih kih.. 
Iye.. saya adalah project engineer sekarang. This year belum tahu lagi.. Kekal ke tidak.. -___-"

Okeh.. back to the topic..

Menu kami on that day adalah...

* jus tembikan untuk table kami. table lain ada jus oren.. *

* yang ni Sue tak pasti nama dia.. tapi sedap sangat makan dengan nasi.. *

* chicken Al-Diafah *

Tak sempat nak snap nasi yang berlauk kambing.. Table kami takde sorang pun yang makan kambing. Hahaha.. Semua geng makan ayam je ni.. Table lain ada kambing.. kekekekeke..

Hiasan restoran ni memang sangat menarik. Melangkah masuk menaiki tangga menuju ke tingkat atas restoran ni membuatkan Sue kagum dengan hiasan dan seni bina dalamannya. Penuh dengan hiasan yang cantik cantik belaka.



Restoran ini terletak di bangunan lot kedai empat tingkat. Ground Flour merupakan kedai yang menjual barangan dan makanan dari arab milik restoran ini juga. Di tingkat 1 merupakan restorannya.

Restoran ini besar dan cantik dekorasi arabnya. Setiap sudut restoran ini tidak dibiarkan kosong dan dipenuhi dengan dekorasi yang mempesonakan.



Tenang dan terpesona apabila bersantai makan di sini. Next time boleh Sue ke sini lagi.. ^___^

Restaurant Al Diafah
(Middle Eastern Cuisine)
No. 43 & 45, Jalan Radin Anum, 
57000 Seri Petaling, 
Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 603-90596237/9
H/P: 012 3900920 / 0124276282
Fax: 603-90596241
Email: 
1. restaurant@aldiafah.com.my 
2. catering@aldiafah.com.my 
3. aldiafah@gmail.com

Business Hours: 
11.00am to 11.00pm


Wassalam.

2 comments:

  1. uniknya kedai..macam kedai jual barangan antik pulak..yang antik dan mahal

    ReplyDelete
  2. Nak makan pon segan ni..hahhaa.. tenang sangat tempatnya

    ReplyDelete