Rabiul Awal 1436H.. Love You!

Assalamualaikum. Cinta.

Rabiul Awal.. 
Bulan Islam. Bulan yang mulia. Rabiul Awal juga merupakan bulan bertuah bagi Sue kerana bulan ini merupakan bulan ulangtahun pernikahan Mrs. Sue dan Mr. Akoy (sebelum ni mention dengan nama En. Along.. tahun ni nak tukar ke nama favorite dia kalau main game online, Akoy.. hik hik hik.. boleh eh sayang.. ngeee~~)



Solemnization & Reception Ceremony : 13 Rabiul Awal 1431H (27 Februari 2010)




Paling senang sebenarnya nak ingat ulangtahun pernikahan kami dalam bulan Islam sebab pernikahan kami adalah pada sehari selepas hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Perancangan awal pernikahan kami pada 5 tahun lepas adalah dirancang untuk diadakan pada 12 Rabiul Awal namun ditunda ke 13 Rabiul Awal di saat akhir atas sebab-sebab tertentu. Sue memang sengaja memilih 12 Rabiul Awal kerana hari tersebut adalah jatuh pada hari Jumaat yang mulia dan kebetulan cuti umum. Tapi perancangan Allah s.w.t. itu yang sebaik-baik pelaksana.. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.. 


Walau apa pun alhamdulillah.. Kami telah dikurniakan anugerah dari syurga, yang comel dan baik hati, Hadirah.. Bersyukur.. Walaupun kami masih belum dikurniakan rezeki untuk menambah lagi ahli khalifah bumi ini, kami redha.. Hadirah, permata hati kami adalah hadiah yang terbaik sepanjang 5 tahun ini.. ^__^


Selamat hari ulangtahun yang ke-5! (walaupun terlewat publish 2 hari.. sorry sayang..)

Doakan kami dipanjangkan umur, murah rezeki, bahagia sentiasa dan berkekalan hingga ke Jannah. Doakan juga kami akan dikurniakan adik-adik Hadirah lagi.. hik hik hik ^___^ Thanks..

Good night!

Nota Sue : kantoi gambar zaman kurus kurus kami.. kah kah kah.. Agak-agaknya boleh tak nak dapat balik camni? Huhu..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment