Planner 2015

Assalamualaikum. Cinta.

Terjebak sudah! Masa Sue ber"blogwalking" beberapa hari lepas, Sue terjumpa blog yang cerita mengenai keinginannya terhadap filofax tapi yang dari oversea tu.. Blog Echa
Wohooo.. Apa itu filofax?

..."its origins go back as far as the First World War when an Englishman working in the USA, came across an American organizing system consisting largely of technical leaves for engineers and scientists."

In 1921, shortly after this discovery, a London based company was formed to market personal organization systems in the UK.

In 1930 they registered the trademark "Filofax", the name having derived from the description "file of facts".

The Filofax personal organizer had developed from a simple loose-leaf diary and notebook into an indispensable organizer and status symbol for the 80s.

Haaa.. tu dia.. panjang berjela dia punya explanation.
Biasanya Filofax digunakan untuk :-
  • Spritual/Gratitude Journal
  • Food/Health Journal  (Menu planning, exercise, etc.)
  • Household/ Home Management (Finances, chores, etc.)
  • Projects (business,weddings, birthdays, events, etc.)
  • School/Work
See.. banyak kan kegunaan filofax ni.. Tapi tak mampu la Sue nak memiliki filofax dari oversea tu.. Harga memang la nampak mampu milik tapi cost shipping etc. dah berapa dah.. Lebih lagi dari beli dalam negara je.. Lagipun boleh je nak DIY sendiri..

Tu yang Sue pun turut terjebak.. Nasib baik still in January lagi.. Kalau dah July tu lupakan aje la.. Macam dah terlewat pulak Sue nak buat.. Malas tu mesti ada.. -__-" Tu pandangan Sue la.. Tapi lain orang, lain pandangannya. Ada orang tak kisah mula bila-bila masa pun..

So.. nak jimat kos, Sue DIY je la.. Banyak jugak Sue baca dan tengok cara nak DIY planner ni.. Beberapa hari ni Sue busy tengok youtube, instagram, facebook, blog yang cerita pasal planner/filofax ni.. Mencari idea kekdahya.. kih kih kih

Maka.. dah week 3 baru nak start.. Ok la kan.. After this boleh organize balik semua.. Takde la ada benda yang tercicir dan terlupa.. Al maklumlah.. banyak makan semut.. -__-


Tempat pertama yang dituju adalah Daiso. Of course Daiso dulu.. Nak cari ring file bersaiz A5. Dari update rakan-rakan yang addicted kepada planner ni, Daiso banyak jual ring file pelbagai saiz dan washi tape yang comel. Huh! Seriously comel semua washi tape tu.. Adoiyai.. teringin nak rembat semua tapi bajet tiada. Makanya kita pelan pelan kayuh la kan.. Sue beli satu je washi tape sebab Sue teringat, beberapa tahun sebelum ni pernah beli washi tape sebegini tapi masa tu sekadar suka suka je.. tak tahu pun istilah "washi tape" ni.. So ada 2 lagi washi tape.. Jadinya, first collection ni ada 3 washi tape.. ^_^

Very jealous tengok orang update dalam instagram gambar washi tape yang cantik cantik dan comel comel belaka. Huhu.. Siap update all stationery yang ada.. Memang banyak stationery, stickers, washi tape, sticker notes, yang dijual online. Semua cantik cantik tau.. Berpinar biji mata.. -_-"



Sticky memo ni pun dari Daiso. Muhahaha.. macam mana boleh terjebak ni..? Alahai.. Sue kan suka benda yang comel comel dan suka buat nota.. Nota mesti nak berwarna warni.. pffttt.. sangat kebudak-budakkan.. Tapi Sue tak la kreatif macam orang lain tu.. -__-" So memang tak cantik la Sue punya planner ni.. Malu nak tunjuk planner minggu ni.. -__-"

Nanti la Sue tunjuk ek.. Tak complete lagi pun. Buat sikit sikit bila ada masa kat office tu.. Nak buat kat rumah tak boleh sangat. Dah penat seharian bekerja kat luar. Balik rumah layan baby baru kami, Yoda dan buat kerja-kerja rumah yang lain termasuk update satu entry blog sekurang-kurangnya. So memang susah nak sentuh planner kalau kat rumah weekdays ni.. Weekend maybe boleh la agaknya.. Agak je la.. Biasa weekend busy dengan Hadirah.. hik hik hik..

Ok la.. nanti Sue story lagi pasal planner ni ek..

Good night! Sweet dream!

Wassalam.

1 comment:

  1. CT suka tengok washi tape jugak tapi tak beli sebab tak tahu nak guna untuk ape hehe..

    ReplyDelete