Persiapan Pagi Pertama Hadirah ke Sekolah

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi!

Selamat memulakan sesi persekolahan 2015. Pagi ni pun adik Sue ke sekolah rendah kami sebab dia dapat jadi guru sementara kat sekolah tu.. Alahai.. teringat zaman sekolah..

Pagi-pagi tadi siapkan barang-barang Hadirah nak ke sekolah kejap lagi. Oh ya! Sekolah Hadirah start jam 10.30 until 1.30. Hadirah dapat session 2 sebab session 1 dah penuh. Bagus jugak... Hadirah bukannya bangun awal.. -__-" Ikut suka hati dia nak bangun bila. Jam 3.00 pagi pun dia boleh bangun kalau dia nak.. grrrr..


Yang perlu disediakan pagi-pagi ni :-
  1. Bekal snack food mengikut jadual yang diberikan oleh pihak sekolah
  2. Sebotol air masak
  3. Sepasang baju untuk disalin sekiranya ada apa-apa terjadi
  4. Pampers (sebab Hadirah still pakai pampers)
  5. Susu (kalau Hadirah nak menyusu nanti.. memang cikgu dah pesan, bekalkan siap-siap walaupun ada kemungkinan dia tak menyusu. Just risau dia menangis je..)
  6. Bantal busyuk (huh! ni pun cikgu pesan jugak.. katanya takut takde benda kesayangan dia yang boleh buat pujuk dia kalau dia menangis..)
  7. Mainan (barang mainan yang dia paling suka untuk lekakan dia atau pujuk dia bila dia menangis.. ni pun cikgu pesan jugak..)


Pagi ni kalau ikut jadual snack food yang teacher Hadirah bagi, kena sediakan roti dan marjerin.. Gigih la kan mummy dia pack kan.. Siap tulis nama Hadirah kat semua barang kepunyaan dia.. hik hik hik

Memang kena label pun. Hilang nanti menangis pulak dia.. Tapi..ni pun tak tahu la.. Nak ke dia makan. Dia dah le jenis yang payah makan.. Hopefully bila ada kawan-kawan lain makan, dia pun iku makan sekali..



Ok la.. Sue nak siap siap ni.. Nak kena kejutkan Hadirah ni.. Kang lambat pulak dia bersiap. Nak mandikan dia pagi-pagi satu cabaran jugak ni.. 

Wassalam.

2 comments:

  1. Tengok persiapan anak-anak ke sekolah, teringat zaman sekolah dulu.gigih arwah mak IbuNoey sediakan sarapan pagi untuk kami.

    Biasanya budak-budak ni kalau kawan-kawan lain makan, dia pun berselera jadinya..

    ReplyDelete
  2. aik... skolah die siap kena buat bekal sendiri ehhh... alahai kalau aku la yg kena buat jenuh gak tu... mem xde skali... aiyorkkk... nsb baik skolah Akiff smua dah ready... bawak budak jer... wakaka...

    ReplyDelete