Persiapan Hadirah Untuk Ke Sekolah

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat petang!

Dah besar rupanya anak kesayangan mummy ni.. Dah nak ke sekolah dah pun. Tak tahu la macam mana keadaan dia di sekolah tu nanti. Mummy dia yang risau lebih ni.. -__-" Tapi Hadirah tu bukannya nak pergi sekolah pun. Every time tanya dia, mesti dia jawab tak nak. Siap pakej menjerit sekali. Adeh.. macam mana nak hantar dia ke sekolah ni nanti?

Minggu pertama persekolahan nanti Sue yang akan hantar dia. Tadika mana yang Sue pilih? Sue pilih je tadika yang dekat dengan rumah dan waktu persekolahan dia bersesuaian dengan keadaan Hadirah yang baru pertama kali ke sekolah. Sebelum ini Sue memang dalam dilema untuk memilih tadika yang bersesuaian. After En. Along buat survey di 2 tadika yang berdekatan dengan rumah, maka akhirnya kami sepakat memilih Tadika Cerdik Ceria

Kerana apa?

Penerangan yang diberikan oleh owner tadika tersebut, Teacher Dolly lebih meyakinkan. Siap terang semua dari segi pembelajaran, subjek, buku-buku, keselamatan, makanan, aktiviti tahunan, pembayaran, dan macam-macam lagi. Tak seperti tadika yang satu lagi tu.. layan orang macam acuh tak acuh je.. Kalau dah layan parents macam tu, boleh bayangkan tak nanti anak kita dia layan macam mana? Haihhh.. nak berniaga, tapi hati bakal customer tak nak jaga.. So babai la jawabnya. Terus banned tadika tu.. Experience dan pandangan orang lain terhadap tadika yang satu ni Sue tak tahu la kan.. Tapi ini berdasarkan experience En. Along sendiri yang pergi ke tadika tersebut. 

Sebenarnya, sehari sebelum En. Along pergi survey ke kedua-dua tadika tersebut, Sue sendiri dah call kedua-dua owner tadika tersebut untuk bertanya serba sedikit tentang tadika tersebut dan membuat temujanji bagi pihak En. Along. Kebetulan En. Along cuti that day sebab Hari Keputeraan Sultan Selangor. So Sue minta En. Along yang survey. Sue perlu ke tempat kerja sebab tak cuti macam pekerja di Selangor. Memang cara kedua-dua owner tersebut layan Sue sangat berbeza. Teacher Dolly lebih mesra dan owner tadika yang satu lagi tu, hurmmmm... payah nak cakap. Macam nak tak nak je bercakap dengan Sue.. Hangin jugak tapi sabar je until En. Along survey..

After En. Along siap survey, Sue pula yang ke tadika yang telah kami pilih untuk urusan pembayaran yuran dan sebagainya. Sue terpaksa ambil emergency leave bilamana Teacher Dolly memaklumkan perlu membuat pendaftaran awal kerana last date untuk daftar adalah sehari selepas En. Along buat survey. Kami pula belum sempat menyediakan apa yang diperlukan untuk pendaftaran tadika tersebut on that day. So Sue cuti esoknya. Pagi hari pendaftaran tersebut, Sue ada membawa Hadirah ke kedai gambar untuk mengambil gambar berukuran passport yang diperlukan oleh tadika tersebut. Ini adalah kali pertama Hadirah diambil gambar berukuran passport.

Comel kan Hadirah ni.. Alahai.. dah besar rupanya.. Tapi perangai macam baby jugak.. Nak berdukung, menangis nak orang pujuk, marah sikit merajuk, nasihat sikit merajuk.. Kadang-kadang tu menangis yang sengaja dibuat-buat.. serupa macam baby dah.. -__-"


Beg sekolah pun dah siap beli.. Mengamuk sesaja time nak beli beg sekolah. Kalau dia nak yang itu, memang yang itu aje la.. Bagi choice lain, dia tak nak.. Tu yang after beli beg sekolah tu, dia bawa ke mana saja. Masa pergi ke Farm In The City pun dia bawa jugak. Ye la.. baru beli la katakan..


Haa..ni la beg sekolah dia.. Ingat nak gambar dari Frozen favorite dia ke kan.. Mula-mula memang dia dah ambil beg Frozen tapi ternampak yang Minnie Mouse terus nak yang tu.. Bukannya tak nak beli tapi ini yang last sekali ada, yang display pulak tu.. lagi satu zip dia macam rosak sikit.. sangkut sikit la.. Dah takde yang lain.. Mengamuk la Hadirah dalam kedai tu.. nak yang tu jugak.. Tergelak-gelak pekerja kedai tu.. Bagi beg Minnie Mouse yang lain dia tak nak.. Akhirnya belikan jugak la.. En. Along kata dia boleh betul kan zip tu.. After dia dah bosan and lupa pasal beg ni, kami simpan kan beg dia ni.. Nanti kotor pulak.. haihhh.. Hadirah Hadirah.. *geleng kepala*


Tinggal yang nak beli sekarang ni kasut sekolah je.. Tu pun petang semalam ajak dia ke kedai nak beli kasut dia tak nak.. Siap inform kasut Olaf dia tak koyak lagi.. Adoi.. bukan kasut main atau kasut jalan-jalan.. Nak beli kasut sekolah la sayang... grrrr... Nasib baik minggu ni belum start sekolah lagi.. Next week mummy belikan jugak kasut tu.. Rela tak rela kena jugak ikut mummy beli tau.. keh keh keh

Tak sabar nak hantar Hadirah ke sekolah ni walaupun dalam masa yang sama risau reaksi dia nanti. Adakah dia meraung-raung nak balik? Ataupun peluk mummy kuat-kuat tak nak masuk pagar sekolah? Huwaaaa... apa la drama dia nanti.. Kita wait and see je la apa jadi nanti.. Sue story nanti okeh!

Wassalam.

3 comments:

  1. moga moga Hadirah suka laa bersekolah nanti. Good luck hadirah...and mummy! :-)

    ReplyDelete
  2. seronok sagat saat pertamakali hantar anak ke tadika... setiap ibu pasti merasakannya.. oh anakku dah besar rupenye..tadikan yang baik sangat diperlukan kerana disitulah saat pertama pembelajaran yang diterimanya secara fomal... bagus bagus akak dulu tersalah pilih tadika..tak servay..janji dekat dengan rumah. endingnya keciwa...

    ReplyDelete
  3. wah kanak-kanak umur ini memang akan bersungguh nak yang dia suka

    ReplyDelete