Pembukaan Akaun Simpanan di Tabung Haji Cawangan KKB

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi.

Entri ini ada kena mengena dengan status facebook Encik Melastik Bintang last week. Hahahaha.. Pelik kan.. Dah berapa tahun kerja baru terhegeh-hegeh nak buka akaun kat Tabung Haji. 
Iye.. sebelum ni memang tak pernah terfikir pun nak buka akaun Tabung Haji.. sobsobsob..


Bukan la tak pernah langsung, ada la tahun lepas bercita-cita nak buka akaun tapi macam tak ada harapan je.. So continue impian tu tahun ni.. Kebetulan baca status Melastik Bintang terus terfikir, nak buka akaun simpanan kat Tabung Haji la untuk Sue dan Hadirah.. Akaun simpanan lain untuk kami berdua tu ada la jugak.. Tapi nanti nak pergi ke Mekah ke suatu hari nanti, siapa yang tahu kan.. InshaaAllah kalau Allah swt dah menjemput menjadi tetamuNya, sampai la kami ke sana..

Buat masa ini, Sue baru buka akaun simpanan Tabung Haji, belum part buat akaun untuk daftar ke Tanah Suci. Simpan dulu kot ye pun.. kan.. ^__^

Senang je rupanya..
Kebetulan yang jaga kaunter pertanyaan tu kawan Abah Sue.. After hantar Hadirah ke sekolah pada hari keempat, baru berkesempatan nak ke Tabung Haji yang berada di seberang jalan depan sekolah Hadirah. Jalan kaki pun boleh.. Dekat jugak dengan rumah sebenarnya..

Ada 2 option :-

1. Buka akaun simpanan
2. Buka akaun untuk daftar pergi Haji

Sue pilih buka akaun simpanan dulu. Buka akaun untuk Sue, Hadirah dan Mama Sue.. Lenguh jugak la tangan mengisi borang untuk 3 orang. Fuhhhh.. sampai tulisan jadi tak cantik dah.. Salah salah tulis pun ada.. Kalau ada mesin fotostat tulisan, memang copy paste je tulisan ni atas semua borang. Alamat semua sepesen je.. hahah.. senang.. Harap orang kaunter faham.. Tu pun nasib baik kawan Abah Sue tu tolong ambilkan borang, bagi penerangan, bagi guideline nak isi borang dewasa dan kanak-kanak. Siap bagi borang untuk buat pemotongan gaji lagi tu..

Sue bagi Mama Sue satu nombor, Sue ambil nombor lain. Senang. Sebab Sue nak buka akaun Sue dan Hadirah lagi. Kalau tiga-tiga sekali satu nombor jenuh jugak la.. So cepat sikit siap bila Mama pun lain-lain kaunter dengan Sue.

Bila mengisi borang tu, pastikan semua maklumat lengkap diisi. Semak kembali sebelum sampai nombor giliran. Pastikan nama pewaris yang betul-betul boleh mewarisi duit simpanan kita in case anything happen kepada kita. Maklumat kena semua tepat.. Decide awal-awal kan senang..


1. Jika hendak buka akaun simpanan Tabung Haji, boleh berapa sahaja jumlah wang untuk permulaan. Minimum RM10. Jika budak sekolah, RM1.
2. Jika hendak buka akaun untuk daftar pergi Haji, perlu ada RM1300 atau boleh bawa statement EPF.

Itu based on maklumat yang diberikan oleh Melastik Bintang dan kawan-kawan fb yang turut komen di status Melastik Bintang tu dan juga maklumat daripada kawan Abah Sue yang jaga kaunter tu..

Then kawan Abah Sue ada bertanya pada Sue nak buat pemotongan gaji sekaligus dengan family ke tidak. Ada satu lagi borang yang perlu diisi. 

Eh.. lagi senang kan.. Boleh terus potong gaji masukkan dalam akaun Sue dan Hadirah.. Senang cerita. Tak payah nak fikir fikir nak ke Tabung Haji tiap-tiap bulan kan.. Terus je la isi borang yang pakcik tu bagi. Siap dia isi borang sebagai contoh lagi tu.. Contoh tu Sue ambil simpan. Kot kot lupa nanti. Mana la tahu nak tukar ke, nak buatkan untuk orang lain ke kan.. Siapa tahu.. 

Terima kasih banyak-banyak pakcik! Terima kasih banyak-banyak jugak kat Melastik Bintang dan juga kawan-kawan fb yang komen tu.. hehe..

Now.. dah ada akaun dah.. ngeee~~~~
Alhamdulillah.. selesai satu hal..


Amalkan amalan menabung demi masa depan.. Weehuuu..
Azam baru lagi la tahun ni.. Tiap-tiap tahun azam sama.. Semoga istiqomah.. Aamiin..

Wassalam.

3 comments:

  1. Nad dapt free buku simpanan haji ni..heheh

    ReplyDelete
  2. Tak rugi kak sue ada akaun tabung haji kan. Senang boleh register untuk haji terus. Sebelum ni asyik duk main sampai lupa nak daftar haji. Last year daftar, sy punya turn 2069. Entah larat ke tidak dah time tu. Nnti dah cukup simpanan daftar cepat2 tau. Jenuh nak tunggu turn lambat

    -farhana kbba-

    ReplyDelete
  3. nanti bolehlah daftar haji..daftar saja kak, tak perlu buat potongan gaji ke apa ke.untuk Hadirah pun boleh.sebab diorang kan ikut giliran

    ReplyDelete