Pembukaan Akaun KWSP di Cawangan Rawang

Assalamualaikum. Cinta.

After selesai Sue buka akaun Tabung Haji, adik Sue pula nak buka akaun KWSP. Sekarang ni dia baru habis belajar dan praktikal. Sedang menunggu hari konvokesyen dia. Sementara itu, dia bekerja secara sambilan sebagai guru ganti di sekolah rendah kami dahulu.

So, petang after Sue ambil Hadirah dari sekolah and adik Sue balik dari sekolah, after Zohor baru la kami bergerak ke Rawang. Bila google memang ada KWSP di Rawang. Waze pun menunjukkan memang ada cawangan KWSP di Rawang. So tak perlu la bersusah payah nak ke Gombak atau tempat lain yang jauhnya tu..

Cuma bila waze, keluarnya "you have reached your destination" tu agak menyakitkan hati. Sebab tak nampak KWSP tu kat mana.. Berhenti betul-betul di tengah jalan. Apa hal? Mana ada bangunan tengah-tengah jalan ni.. Adoi.. sapa la yang tag KWSP kat situ.. -__-"

Mujur la pusing-pusing sampai jumpa. Memang dah betul la waze bawa ke situ tapi bangunan KWSP tu bersebelahan dengan KPJ Rawang. No wonder la tak perasan. Agak tersorok sedikit. 

KWSP cawangan Rawang ni berada di bangunan baru yang betul-betul bersebelahan dengan KPJ Rawang dan terletak di selekoh jalan sebelah KPJ Rawang. So kena park kereta kat bahagian dalam kawasan bangunan tersebut dan naik ke bahagian atas sedikit. Bangunan baru tersebut kalau tak silap Sue, dipanggil ONE RAWANG. Kalau salah, mohon ampun. Sue tak tengok betul-betul pun signboard bangunan tu.. Nampak signboard KWSP yang terletak bersebelahan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Rawang.


Haaa.. orang-orang sekitar kawasan KKB, Batang Kali, dan lain-lain tempat pun kira dekat la sikit kan kalau nak ke KWSP. Senang. Tak perlu bersusah payah nak ke Gombak ke, Kuala Lumpur ke, Shah Alam ke, semata-mata nak buat urusan KWSP.

Macam Sue sebelum ini, Sue buka akaun KWSP di Shah Alam. Masa tu belum ada KWSP cawangan Rawang dan masa tu pun Sue tinggal di Shah Alam kan..

Paling mudah sebenarnya untuk buka akaun KWSP. Hanya bawa kad pengenalan sahaja. Nanti just bagi IC dan bila diminta untuk scan ibu jari, bagi je. So nak buka akaun KWSP kena la tuan badan turun sendiri. Nanti automatik nombor ahli KWSP terus dijana daripada pendaftaran tersebut. Waaaa... senangnya.. ^_^

Jika nak check statement KWSP boleh menggunakan kiosk yang telah disediakan. Mudah sangat sekarang ni. Tapi kalau tak silap Sue statement KWSP dalam sebulan tu kita boleh print 3 kali je.. Kalau salah info ini mohon ampun.. Yang ini pun hasil daripada perbualan orang juga ni.. Tak ingat siapa..

Sekejap je dah ada akaun KWSP.. kan adik!
Senang kan.. ^_^
Tapi tak boleh la nak keluarkan sekarang tanpa ada apa-apa urusan kan.. Bila nak keluarkan leceh sikit prosedur dia tu.. Kalau tak ada alasan kukuh mana nak dapat keluarkan duit KWSP.. -___-

Simpana untuk hari tua kita jugak! So.. bertabah aje la..

Wassalam.

6 comments:

  1. Assalam sis , masa nk bukak akaun kwsp tu ada kne bayar pape x ??

    ReplyDelete
  2. Salam sis, nak buka akaun kwsp ada terhad umur ke? Klau bawah 18 tahun boleh buka akaun KWSP tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak salah saya boleh kerana umur minimum: Umur pekerjaan adalah tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 .

      Umur maksimum: 75 Tahun

      - berdasarkan website KWSP

      Delete
  3. Hi puan i tak blh login i akaun dan bnyak kali i ada buat forget pasward masih lagi x blh buka puan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah daftar kali pertama di kiosk atau cawangan KWSP?

      atau boleh juga hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-
      89226000.

      Untuk kali pertama :-
      Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan sementara yang diterima
      selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.

      Jika terlupa kata laluan (password), untuk reset semula password mungkin boleh berhubung dengan KWSP 03-
      89226000.

      Delete