[Outstation] Melaka - Hajjah Mona Asam Pedas | Taman Kota Laksamana, Bandar Hilir

Assalamualaikum. Cinta.

Hampir-hampir terlupa pasal Sue makan asam pedas di Melaka masa outstation ke sana bulan lepas. Siap sesat lagi tu.. Semata-mata.. hahaha..

Okeh.. alkisahnya after siap kerja-kerja Sue, Kak Ain dan Kak Izzati, kami mencari tempat makan asam pedas la of course! Lapar sangat dah time tu.. Ye la.. Tak lunch kan.. Mahunya tak lapar. Nak sampai tahap kebulur dah rasanya.. uhukk.. Kalau terkena gastrik time ni memang naya..


So Sue serahkan kepada Kak Ain and Kak Izzati untuk cari tempat makan. Sue follow dari belakang je.. Oh ya.. Kami pergi ke Melaka asing asing.
Bila dah follow dari belakang je, chances untuk terpisah tu tinggi. Diaorang berdua pun ikut waze je. Silapnya diaorang tak share location awal-awal. Hah! Menempah sesat la jawabnya. Mula-mula tu ok la.. dari Ayer Keroh nak ke Bandar Melaka. Kejap-kejap terpisah tu biasa tapi Sue still boleh catch up lagi. Wow! hebat betul boleh catch up walaupun terpisah jauh.. kah kah kah.. Tak tahu betapa sukarnya nak tajamkan mata nak mencari kelibat kereta diaorang kat depan. Full concentration dah tu..

Tapi sampai je kat Bandar Melaka, terpisah la pulak. Betul betul depan bangunan merah tu.. (errr.. Bangunan Stadthuys kan.. gigih google nama bangunan merah ni.. kah kah kah) Disebabkan jammed kat depan bangunan merah ni and terpisah dengan beberapa biji kereta, terus Sue lost. Deng! Sue dah nampak kereta Kak Ain masuk ke kanan. Ingat dah selamat dah. Takde simpang lagi.. Tapi sangkaan Sue meleset.. Jumpa simpang lagi! Satu hal pulak nak mencari.. Cepat-cepat whatsapp Kak Izzati. Sambil tu dengan confident nya ambil simpang kanan. Kah kah kah.. Rupanya pusing balik sampai depan bangunan merah tu.. Deng! 

Okeh.. first try jumpa balik bangunan merah, so second try terus ambil simpang kiri.. Then jalan je terus sambil tunggu respond Kak Izzati. Kak Izzati siap cakap tunggu kejap, dah nak sampai katanya.. Nanti dia share exact location..

Sambil tu drive je tanpa arah tujuan. Nasib baik betul pulak tu jalannya. Kalau tak jenuh nak pusing ke mana tak tahu. Huh! Kalau ke Melaka, ini yang paling tak best. Selalu sesat. Nak ke tempat customer every time ke Melaka, sure sesat unless ke tempat customer tu beberapa kali. Kalau customer lain-lain agensi memang la sesat. Sekali je datang and that is the first time, sure sesat.

Bila dah dapat location, terus waze ke situ. Cis! Waze ni bawa laluan jauh.. Padahal dah dekat dah pun.. Deng! Tak jauh dari Jonker Street je pun.. grrrr.. jauh beno waze pusing..

Sampai sampai sana terlepas pulak tempat parking sebab tak nampak kereta Kak Ain parking tepi jalan. Terlepas baru perasan. Sebab kedai tu after corner so agak terlindung dari pandangan awal. Tu yang tak nampak tu.. Dah kena buat u-turn kat depan. Nasib baik ada kawasan lapang. Boleh la u-turn. Entah depan hotel apa entah u-turn tu..

Sampai je kedai tengok Kak Izzati and Kak Ain dah start makan. Ceh! Lapar sangat la tu.. "sorry Sue.. kitaorang makan dulu.. lapar sangat..haha.." Kah kah kah.. kan dah kata dah..

Bila nak order tak tahu nak order apa and macam mana nak order.So Kak Izzati and Kak Ain bagi la suggestion and instruction nak order. Oh.. Sue lupa pulak ayat diaorang... Tapi banyak kali Sue tanya betul tak sebutan and ayat Sue nak order tu.. Hahahaha.. kelakar betul. Nak order nasi kosong and lauk asam pedas je pun.. -__-" Siap order sepinggan nasi kosong buat nasi tambah. Oppssss.. ni mesti orang sekeliling pelik.. apa la anak dara 3 orang ni (Sue nak mengaku anak dara sekali boleh? kah kah kah.. ada gak kang kena ketuk dengan Mr. Akoy) makan sampai banyak sangat order.. Adoi.. Lapar sangat.. kui kui kui



Sue order ikan kembong asam pedas dan nasi je. Harga pun not bad jugak. Murah.. itu kata diaorang berdua la. Sue tak sure sangat sebab tak tahu standard harga asam pedas kat Melaka dan kat KL macam mana. Siap Kak Izzati order bungkus lagi tu. Sepinggan lauk asam pedas tu ada balance lagi, tu yang perlu nasi tambah tu.. Eh! Hahaha.. Sue tak berapa minat ikan lain macam ikan pari ke, ikan parang ke.. Dalam menu tu yang Sue rasa Sue boleh makan sampai habis just asam pedas ikan kembong je.. -__-"

Memang kuah asam pedas Melaka ni lain dari yang lain. Asam dan pedasnya terasa elok dan kena tempatnya. Sue ni bukan seorang yang makan pedas dan asam pedas sebenarnya. Tapi pedas yang ni Sue still boleh makan lagi. Nyum nyum nyum

Asam pedas yang Mama Sue masak lain. Yang Mama mertua Sue masak pun lain. Sue masak sendiri pun lain. Eh.. memang la lain.. dah lain lain tangan kan.. Mesti la rasa dia lain.. adeh.. Sue pun masak asam pedas ikut resepi Mama Sue and ikut suka Sue nak letak berapa banyak sukatan bahan.. Hahaha.. sesuka hati je derhaka kat resepi Mama... kih kih kih..

Siapa yang nak rasa sendiri boleh berkunjung ke sini..

HAJJAH MONA ASAM PEDAS
No.6, Jalan Laksamana,
Taman Kota Laksamana,
75200 Melaka.
Tel: 012–601 3672/3676
Business hours: 5pm – 5am daily.
GPS Coordinates: N 2 11.626 E 102 14.753


Thanks belanja kami Kak Izzati.. eh! hahaha..

On the way balik memang ikut waze la kan nak keluar dari Bandar Melaka. Sampai tol Ayer Keroh lega.. Alhamdulillah.. Tapi perjalanan balik ke Setia Alam diuji dengan hujan lebat malam malam begitu. Sukar sebenarnya nak drive malam malam dan hujan lebat. Sue ni dah la rabun.. -__-"

Bertabah je la..

Alhamdulillah.. selamat sampai ke rumah lebih kurang 2 jam kemudian. (ke satu jam setengah je sebenarnya.. confuse.. hahaha.. takde la drive laju sangat. Tapi rasa cepat gak sampai..)

Wassalam.

3 comments:

  1. pernah merasa gak asam pedas melaka ... mmg sedap dan tak sama dgn asam pedas yg buat sendiri... tak tau nak explain mcm mana hehehe..

    ReplyDelete
  2. Asam pedas menu feveret gak ni... kalau mkn asam pedas dgn nasi putih jer pun dah ckup... xyah 2 3 jenis lauk... mmg berselera...

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa lagi asam pedas melaka..huhu

    ReplyDelete