Our New Baby!

Assalamualaikum. Cinta.

Baru-baru ni Mr. Akoy ada ambil seekor anak kucing dari adik dia. Adik dia ada 4 ekor anak kucing yang comel-comel. Semuanya maybe nak beri pada orang dan dijual. Huhu.. comel sangat. Sayang nak bagi pada orang.

Mr. Akoy memang pencinta kucing sejati. Sue pun suka jugak la kucing, Gila tak suka! Comel woooo.. Dengan telatahnya.. adoi.. memikat sesiapa yang tengok dia..



Kami ambil yang sulung, Yoda namanya. Tapi Sue belum lagi merasa main-main dengan Yoda kat rumah Sue sebab Sue kan seminggu ni tinggal di KKB, nak hantar anak ke sekolah. So hari ni Sue akan ke Pulau Indah untuk ambil Yoda. Hari Jumaat hari tu, Mr. Akoy hantar balik ke Pulau Indah untuk dijaga sekejap oleh adik Mr. Akoy.

So cute la anak kucing ni..




Sue dah beberapa kali dah jumpa Yoda ni.. Since dia lahir lagi.. Now baru 3 bulan lepas dia lahir.. Tengah aktif bermain..


Weekdays dengan Yoda.. Weekend dengan Hadirah.. Tak la boring sangat hari-hari biasa after balik kerja. Ni kalau balik kerja, Sue mengadap muka Mr. Akoy, Mr. Akoy mengadap muka Sue.. hahahaha...

Tak sabar nak gi ambil Yoda jap lagi.

After this penuh la dengan entry pasal anak bulus pulak.. Hihi.. Then baru la nak ambil tahu macam-macam pasal kucing ni. Pasal makanan dia, tempat tidur, berak, kencing, sakit, vaksin dan segala macam pasal anak kucing. Perlu ada ilmu dan pengetahuan kan.. 

ye la.. ye la.. nak belajar la ni.. Tapi aci tak, tak nak bersihkan dia kalau dia dah membuang, bagi Mr. Akoy yang buat.. Hahahahaha... 
Sue minat nak main-main dengan dia je.. lepas ni ada la kawan boleh gak Sue cakap cakap dengan dia.. kah kah kah

Wassalam

2 comments:

  1. kucing parsi ker?? comelkan kucing parsi tapi saya tanak bela sebab kucing ni sensitif, senang kena penyakit... walaupun saya juga peminat tegar kucing... bagusnya kalau kucing parsi di dikahwinkan dengan kucing biasa... anak yg lahir nanti sangat sangat comel...

    ReplyDelete
  2. hai Yoda.. kakak CT disini hihihi..
    amboi bulus dia kalau ketam boleh buat kapet hehehe.. CT suka kucing tapi takleh bela.. semput and alah ngan bulu. tapi da namanya suka.. pedulikan juga. jumpa stray cats pun memain jugak..

    ReplyDelete