My Stationery Haul

Assalamualaikum. Cinta.

Ehemm.. mentang mentang la dah gaji kan.. So tak menyempat nak beli stationery semua. Nak lengkapkan apa yang tak ada lagi. Hamboiii.. sakan.. Pffttttt.. 

Hari tu Sue ada cerita pasal Sue dah terjebak dengan bab-bab planner ni.. Hadoi.. sejak bila Sue ni minat menghias, deco bagai ni..?? Sue pun confused. Sue bukannya kreatif pun.. Tapi Sue memang minat buat nota yang cantik-cantik since zaman belajar lagi. Suka tengok nota tu berwarna-warni. Suka buat nota je tapi tak ingat pun bila nak jawab kuiz ke, test ke.. pfttt.. Nota berwarna tu menarik hati dan mata je tapi nak membaca, pftttt.. memang tak la..

Dari satu video ke satu video Sue tengok kat youtube tu.. Arghhhh.. fall in love with Kikki.k dan Filofax. Hadoi... teringin nak satu dari salah satu ni tapi shipping cost bagai fuhhh.. mencecah ratusan ringgit jugak la..

Takpe..lain tahun la kalau ada rezeki lebih. InshaaAllah..

So tahun ni kita DIY aje la ye.. Jimat cost.. (ayat sedapkan hati) 

Menggedik la ke Mr.DIY.. Kan hari tu dah ke Daiso dan MPH. So hari gaji baru-baru ni terus ke Mr.DIY.. Waaaa.. banyaknya choices!! Nak semua!!! Crazy in there..




Huwaaaa... banyaknya yang cantik cantik dan comel comel.. Lama tau Sue kat dalam tu.. Sampai Mr. Akoy pun asyik call aje "tak habis lagi ke?" Haa.. see.. macam mana tak lama.. Sibuk memilih yang betul-betul comel dan berkenan di hati. Kena pilih betul-betul sebab tak nak la nanti bila dah balik rumah tak berkenan pulak.. Dah membazir.. Fuhhh.. tak sabar sabar nak deco planner Sue tu..

Apa yang jadi pilihan Sue?




Haa.. see.. Ini la hobi baru Sue.. Addicted sudah dengan planner ni.. -__-" Jangan kosong je sampai hujung tahun sudah.. Hahaha.. hopefully tak jadi la macam tu.

Nak start catat semua planning, budget, to-do list, reminder, task, and everything else yang patut dicatat. Memang la ada telefon bimbit yang canggih. Boleh simpan semua benda. Tapi certain thing memang patut dicatat.. Senang nak refer bila perlu. Kalau handphone hilang? Haa.. macam mana? Tak ke dah susah..

So sekarang ni harapnya lebih organized. Tak messy.
Erk.. alamak! Ter"reveal" pulak azam baru.. Hahahaha.. It's ok..

Ok la.. till here then~
Babai.
Good night!

Wassalam.

14 comments:

  1. alahai cutenye..kena jenguk ni kt mr diy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. dah boleh dah shopping kat mr.diy
      banyak benda cute + menarik ni.. :p

      Delete
  2. Fuh! Saya kalau bab menghias dan buat deco-deco ni memang tak lah.. Lelaki la katakan... hehehe


    Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

    http://bit.ly/ambankamir

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. lelaki kena macho.. eh!

      ok amir.. dah vote :)

      Delete
  3. comel lah paper clips yg owl tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. comel kan..
      rambang mata sebenarnya ni kak eny.. :p

      Delete
  4. saya memang failed lah bab bab menghias apa semua ni. hahaah.
    jemput join segmen saya awak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sy pun boleh failed.. bukannya reti sgt..
      ikut dlm youtube je ni.. :p

      tq jemput sy.. inshaaAllah..

      Delete
  5. Replies
    1. waaa... bestnya.. boleh ajar sy ni.. :D

      Delete
  6. wah..mesti meriah planner sue ni nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk! hehe.. tak tau la macam mana rupanya nanti.. :D

      Delete
  7. sume cute2 kan, klo bole semua nk angkut ye Sue...;)

    ReplyDelete