Mummy, Mana Papa?

Assalamualaikum. Cinta.

Alahai.. soalan yang satu inilah yang meruntun hati mummy.. sobsobsob..

"Mummy.. papa mana?"
Aduh! Serba salah nak jawab ke tak.. Kalau jawab yang betul mesti menangis. Selalu tak tanya pun.. Bila banyak kali Hadirah tanya terpaksa jugak la jawab. Mula-mula memang buat tak tahu je.. Tak jawab soalan dia.

Tapi lama-lama kesian la pulak.

Bila dia main-main sorang-sorang dia and dia teringat pasal papa dia, terus dia tanya. Mummy dia terpaksa la mengelak.. Tapi yang paling sedih time makan malam tadi.. Kami semua sekali ada makan sama-sama, then dia tanya sambil dia main, "Mummy.. mana papa?" Aduh! Sedih pulak.. Yelah.. dia tengok semua ada kat meja makan tu tapi Mr. Akoy takde.. Tu yang terdetik dia nak tanya. Cara dia tanya pun lembut je.. meruntun hati sesiapa yang mendengarnya.. sobsobsob..

Terpaksa la duduk depan dia, cakap baik-baik dengan dia.. "Papa kerja. Nanti papa balik ye sayang.. Mummy kan ada.." Okeh.. yang first tu ok la..

Then Hadirah tanya lagi.. siap cakap, "Kakak nak papa balik rumah kakak.." Adeh!
Bila cakap lagi nanti papa balik terus merajuk dan menangis.. Aduhai...


Kena pujuk dia.. Tantrum dia dah keluar dah.. Menjerit-jerit.. "mummy tepon la papa.. cepat la mummy.." dalam menangis tu.. siap menjerit-jerit suruh call papa dia.. Memang Sue tak call la jawabnya. Kalau dia dapat bercakap dengan papa dia ni sure dia bertambah tantrum. Silap-silap beberapa jam menangis ni..

Finally berjaya jugak pujuk dia.. Sekejap je la dia menangis.. Dia tu dah mengantuk dah sebenarnya.. Tapi memang dia suka buat akai.. Menangis tak tentu pasal.. Nak orang ambil perhatian lebih kat dia.. Rindu sangat la tu.. kesian pulak tengok dia.. Pujuk perlu dengan penuh kesabaran tambah-tambah lagi papa dia takde ni.. Lagi la kena sabar. Kalau papa dia ada, sure papa dia berjaya pujuk dengan cepat.. So tadi kena slow slow.. Nasib baik nak jugak dengar cakap mummy. Bagi susu sebotol ok la.. Mengantuk and letih bermain la tu..

Ni pun terus tak nak tidur dengan mummy dia. Terus nak tidur dengan Onie dia.. Yelah.. biasanya memang dia tidur dengan Onie dia bila tiba Ahad malam Isnin macam ni. Selalu kan mummy and papa dia dah balik. Esok tengok la.. Nak tidur dengan mummy ke tak..

Esok first day Hadirah nak masuk ke tadika. Alhamdulillah... dah besar dah anak mummy ni.. Mummy pulak yang cuak ni nak menunggu esok.. hihi..

Ok la.. nak tidur awal.. Esok memerlukan tenaga dan rehat yang cukup perlu malam ni.. Lagipun tengah selsema ni.. Mudah-mudahan esok selsema sembuh...

1 comment:

  1. kesian bila budak-budak tanya gitu.. budak2 ni pun bukan nak paham mana kalau kita jawab..banyakkan bersabar yer

    ReplyDelete