Lepak Lepak D'Cafe | Batang Kali, Selangor

Assalamualaikum. Cinta.

Sue berkesempatan dinner bersama family Sue di Lepak Lepak D'Cafe yang terletak di Batang Kali, Selangor. Tempatnya kelihatan masih baru. Sue je yang perasan baru rasanya sebab tak pernah lagi datang sini.. Suggestion adik Sue la ni makan kat sini.. Dia suka makan kat sini.. Sedap katanya.. So Sue pun nak try jugak la.. Kebetulan Abah Sue cakap nak belanja makan kat luar, apa lagi.. Terus adik suggest kat sini..


Melangkah masuk ke restoran ini, disambut dengan dekorasi restoran di sebelah dalam yang simple but unique. Pemilihan tema warna yang menghiasi dinding kedai, merah, cream dan putih, adalah bersesuaian. Menarik.. 

Di sebelah luar juga dibuka meja dan kerusi jika tempat duduk di bahagian dalam telah penuh. Masa Sue sampai sini belum ramai orang lagi, So banyak lagi meja kosong. Boleh pilih nak duduk table mana.. Kalau pelanggan yang jenis smoker, rasanya lebih selesa memilih meja yang terletak di luar restoran. Lebih selesa barangkali.. ^__^







Warna merah terang dan cream ini membangkitkan suasana yang tenang untuk menikmati hidangan ditambah dengan hiasan dinding yang simple tapi unik. Walaupun merah itu agresif tapi bila digabungkan dengan warna yang lain memberikan suasana yang tenang dan selesa.

Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis menu makanan dan masakan panas daripada masakan Thai, masakan Melayu/Utara dan juga masakan Western. So tak perlu risau sebab anda diberi banyak pilihan makanan seperti dalam menu yang akan diberikan oleh pelayan restoran. Anda akan dilayan sebaik sahaja anda memilih meja untuk diduduki. Itu dari point of view Sue la sebab Sue first time makan kat sini dah dapat layanan begini.. So if ada sesiapa yang tak dapat layanan atau servis seperti yang Sue mention dalam blog ini, harap maaf. Sue menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Sue sendiri. Lain orang lain selera dan pengalamannya.. ok? No hurt feeling!

Menu yang dipilih oleh kami adalah Fries, Nasi Goreng Paprik Ayam, Nasi Goreng USA, Kuey Teow Sup, ABC Special, air Limau Asam Boi panas, Jus Oren, Jus Mangga, dan segelas air suam. Harga pula adalah standard price, so bagi Sue harga yang diberikan berpatutan dengan menu yang dihidangkan.




3 gambar menu kat atas ni, semua Hadirah punya.. Dia bukannya nak makan nasi.. Every time ke mana-mana restoran mesti minta ABC... pftttt.. -__-" Layan kan aje la..







Lain-lain gambar tak sempat snap. Tuan empunya makanannya dah lapar.. Licin pinggan tau.. Kah kah kah.. Nampak sangat laapr tu.. Tak sempat nak curi snap makanannya.. -__-"

Sedap makanan ni semua.. licin pinggan.. kikikikiki.. Next time nak try Western food pulak.. Ngeee~~~

Now layan gambar-gambar kami pulak ye.. Of course la kena ada gambar kami kan.. hik hik hik Layannnnnn....







Bagi sesiapa yang mahu mencuba semua menu yang disediakan di sini, boleh berkunjung ke Lepak Lepak D'Cafe yang terletak di Batang Kali ini.. Lepak Lepak D'Cafe juga menyediakan perkhidmatan untuk event/function, party, catering, dan juga wedding event. Bagus kan.. Pendek kata macam-macam ada...


FUNCTION l WEDDING EVENT l PARTY l CATERING
-Western food,thai food,utara food
LEPAK LEPAK D'CAFE
Address : No.32,Jalan Ara 2, 44300 Batang Kali
Phone No. : 0166655951/0172456652
Mission : Lepak-lepak D'cafe set up to bring five star quality food at a reasonable price.We are serves the western meals at an affordable price for our love customer also thai and malay food
Facebook : Lepak Lepak D'cafe



Wassalam.

2 comments:

  1. last ke batang kali masa praktikum di serendah.. ingat beli pau dekat ngan petronas.. hehe tak familiar sangat tempat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. pernah buat praktikum kat area sini rupanya... hehe..
      next time boleh la jalan-jalan kat sini.. :)

      Delete