Kenapa Nak Dengki Dengan Orang?

Assalamualaikum. Cinta.

Entri emo ni.. 

Mana tak emo nya.. Baru kejap tadi En. Along check kenapa tiba-tiba tiada siaran Astro, terkejut plus bengang sebab ada orang potong wayar Astro. Memang la kami dah lama terminate Astro.. Tapi kami dapat Astro NJOI free kottt.. So kami guna kan sebaik mungkin.. ye tak..

Masalahnya ada manusia mana entah yang sesuka hati potong wayar Astro yang berdekatan dengan piring Astro tu dan di tengah-tengah wayar tersebut. Boleh tahan panjang jugak.. Dekat semeter jugak la hilang sebahagian wayar tersebut.. Huh!

Ni spesis manusia mana yang dengki sangat dengan orang ni? Sesuka hati buang wayar Astro orang! Sapa tak marah..

Ada brother jiran kat sini kata "biasa la.. orang Malaysia.. dengki la tu.."
Huh! Nak dengki kenapa? Sue dan En. Along ni tak kacau orang pun.. Tak campur sangat dengan orang-orang kat sini.. Jiran pindah or lari waktu malam pun kami tak tahu.. Tahu tahu je dah bertukar jiran.. Kami ada kat rumah pun waktu malam je.. Siang sibuk kerja.. Weekend selalunya memang takde kat rumah pun.. Kami balik kampung.. Dah tu, nak menyibuk hal orang macam mana? Tu pun ada orang nak dengki?? Tak faham betul la dengan spesis manusia macam ni.. Ni JAHAT namanya.. Menganiaya orang..



Ada beberapa kemungkinan.. bukan nak tuduh tapi kemungkinan logik akal yang dapat difikirkan..
  1. Mungkin orang tu syak En. Along yang merosakkan piring Astro dia sebab tempohari En. Along ada betulkan piring Astro kami yang entah sapa buat sampai bengkok. Masalahnya, piring Astro sebelah tu dah memang bengkok jugak. Kami punya lagi teruk.. Lari terus siarannya.. Kalau betul sebab yang satu ini, memang orang tu dah silap besar la.. Kami tak buat apa-apa pun kat harta benda orang. Tak usik sikit pun piring Astro orang.. Cuma membetulkan piring Astro kami je.. -__-"
  2. Mungkin ada budak-budak nakal yang memang suka buat kerja-kerja macam ni.. entah la.. Susah nak kata.. Pernah terjadi ada budak-budak nakal datang masuk rumah Sue dengan selambanya.. Pintu Sue berkunci tapi kunci rumah dia boleh buka pintu rumah orang lain.. Huhu.. dah la memang tengah pindah masuk barang-barang masa tu.. Memang kena la budak tu dengan Sue.. Pantang betul la.. Hangin la Sue.. Dah cakap baik-baik tak nak dengar memang saja la cari pasal kan.. (garang kan.. Hadirah pun tahu mummy dia garang..)
  3. Mungkin memang ada orang yang suka sabotaj orang lain.. Siapa tahu kan.. Rambut sama hitam, hati lain-lain.. (rambut pun dah tak sama hitam dah apatah lagi hati.. ada rambut perang, kuning, merah dan macam-macam lagi kan zaman sekarang ni..) Tapi kami tak kacau orang pun.. Kami buat hal sendiri je pun.. hurmmmm.. apa punya spesis manusia la..
Itu je la yang dapat difikirkan setakat ni.. Memang bengang dan marah la.. Kalau tahu siapa yang buat ada jugak yang kena kerat jari ni.. grrrrr...


p/s: kalau anda orang yang potong wayar kami tu dan dah baca entri ni, tolong la.. sila tinggalkan kerja-kerja tak berfaedah tu.. kalau anda ada salah faham dengan kami, kami minta maaf.. datang la jumpa kami.. apa saja isu boleh diselesaikan dengan baik.. takde la sampai Sue nak kerat jari awak tu kalau alasan awak tu logik diterima akal dan munasabah.. see.. simple.. 

Wassalam.

3 comments:

  1. kalau dengki pun takkan sampai nak potong wayar..blergggrrr -_-

    ReplyDelete
  2. lerrr ada jugak orang yg dengki sampai sanggup buat mcm ni...

    ReplyDelete
  3. think positif... biarpun sakit hati tapi anggap sahaja budak budak nakal yang melakukannya baru hati tak sakit...betul tak... salam perkenalan asmila.

    ReplyDelete