Kelebihan Makan Nasi Beras Perang

Assalamualaikum. Cinta.

Sejak sebulan yang lalu, Sue dan En. Along telah mengamalkan makan nasi daripada beras perang. Mulanya memang Sue kekok. Ye la.. warna beras tu je dah pelik.. En. Along punya idea la ni.. start makan nasi beras perang katanya.. Mula-mula Sue tengok, "Eii.. beras apa ni?? Pelik la warna dia.." Hahaha.. 

Lama-lama dah rasa ok dengan beras perang ni.. Kesan daripada mengamalkan makan nasi beras perang ini sangatlah positif, baik untuk Sue dan En. Along. Walaupun rupanya agak perang, dan lain dari beras putih tu, namun umum mengetahui khasiatnya cukup baik. Harga.. faham-fahamlah.. Agak mahal sedikit tapi banyak kebaikkannya.


Ye.. rupa memang la pelik sebab lain daripada kebiasaan kita kan.. Tapi banyak kelebihan bila makan nasi beras perang ini.

Kelebihan Beras Perang

1. Mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. Mengekalkan berat badan yang ideal
3. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. Menurunkan kolesterol dalam badan
5. Baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. Mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. Kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? 

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.


Haaa.. kan dah kata.. Banyak kelebihan beras perang ni..

Sue pun dah tak makan nasi dalam kuantiti yang banyak sebab rasa cepat kenyang. Berat badan pun menurun sedikit dan masih maintain walaupun makan banyak kali. Kuantiti memang sikit tapi Sue ni boleh makan banyak kali tau.. Hahaha.. (kuat makan rupanya.. nasib baik En. Along tak lari tengok Sue makan banyak kali.. hahahaha..) Berat badan still maintain. Tak naik naik. Tak macam sebelum ni.. Makan lebih sikit je dah naik.. -__-" Jenuh nak turunkan berat badan Sue balik.. 

Rasa beras perang ni memang tawar okeh.. Sebelum masak boleh juga rendamkan sekejap supaya beras tu mengembang sedikit. Tapi Sue tak la buat macam tu.. hahaha.. nak masak cepat je kerjanya memang tak rendam la.. Mungkin nanti boleh try.. Kalau nak ada rasa masa masak tu masukkan garam sikit.. Itu orang kata la.. Sue tak letak pun garam. Hishhh.. tak pernah pulak Sue nak letak garam walaupun beras putih sekalipun.. Rasa macam pelik je.. Hahaha..


Disebabkan beras ni cepat mengenyangkan, so boleh la kurangkan kuantiti beras bila nak masak tu.. Kalau masak beras ikut sukatan biasa, confirm ada extra.. Lagipun beras ni memang cepat mengenyangkan..

Selain daripada baik untuk diet dan pesakit kencing manis, beras perang ini juga amat sesuai sekali untuk mereka yang ingin mengurangkan kolestrol dalam darah. See.. banyak kan kebaikan beras perang ni... So kalau rasa rasa nak diet tu, jom bertukar kepada beras perang.. ^__^ Boleh kurus tau.. kikikikikiki..

Wassalam.

12 comments:

  1. saya dah mula ambil beras perang...memang diakui rasa kenyang tu lama berbanding beras biasa...^_^

    ReplyDelete
  2. beras ni mmg bagus utk kesihatan.. amalkan selalu... kalau nanti nak berbalik kpd nasi putih pun, campurkan je sedikit beras ni dlm periuk nasi tu...

    ReplyDelete
  3. Kepada pembaca yang ingin dapatkan produk berasaskan beras perang, kami ingin syorkan produk minuman ORYGOLD.

    Produk bumiputra kajian UPM. Minuman ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

    Untuk lihat testimoni produk, klik/copy & paste ke search browser>> http://orygolddrink.com/testimoni/

    ReplyDelete
  4. bagus untuk kesihatan rupanya beras perang ni. perkongsian yang baik.

    singgah dari arzmoha.com

    ReplyDelete
  5. nak try la..kot ley kurus cm dulu alek

    ReplyDelete
  6. Thanks share info. Tak sabarnk tgu beras yg ada ni habis

    ReplyDelete
  7. Cara msak sma mcm beras biasa ke.. Brand ape yg bagus sbb sy tgh on diet ni hehehe

    ReplyDelete
  8. menarik. nk cuba jg. paras kolestrol tggi.. huhu

    ReplyDelete
  9. menarik. nk cuba jg. paras kolestrol tggi.. huhu

    ReplyDelete
  10. normal ke sy makan jadi perut asyik memulas nk mmbuang je pagi2

    ReplyDelete
  11. Hafizudin daud rsnya normal..sbb beras ni tggi serat..proses pembuangan jd baik..

    ReplyDelete
  12. Hafizudin daud rsnya normal sbb beras perang ni tggi serat..jd proses pembuangan jd lebih baik..

    ReplyDelete