Kasut Sekolah

Assalamualaikum. Cinta.

Baru je beli kasut sekolah untuk Hadirah kelmarin. Bukan tak nak beli awal-awal tapi nanti risau pulak tak muat.. Hadirah sedang membesar kan.. Panjang pulak kakinya.. Unexpected.



Hadirah excited bila beli kasut sekolah ni tapi katanya dia tak nak pergi sekolah.. -__-" Boleh pulak macam tu.. Persiapan ke sekolah semua dah buat..

First time Sue beli kasut sekolah ni setelah sekian lama.. haha.. Of course la.. dah berapa tahun pulak tinggalkan sekolah. 

Hadirah mungkin dia tak tahu makna "sekolah" tu sendiri. Tu pasal la asyik cakap tak nak pergi sekolah.. Esok dah start sekolah takut takut tak nak balik je sebab dah jumpa kawan-kawan baru and seronok buat macam-macam aktiviti kat sekolah..


Bila dah beli kasut sekolah, dia nak beli selipar Frozen pulak.. adeh.. Asalnya tak nak belikan sebab dah ada pun selipar Frozen yang ala-ala tumit tinggi yang Onie dia belikan hari tu tapi dia nak jugak selipar ni.. aduh.. Nak pakai dalam rumah katanya.. Layan kan aje... heh!


Esok.. tak sabar nak hantar Hadirah ke tadika.. Huwaaaa.. mummy yang cuak plus excited ni..
Moga-moga segalanya dipermudahkan.. moga Hadirah dapat menyesuaikan diri dengan environment baru.. aamiin...

Wait and see tomorrow.. 

Wassalam.

1 comment: