Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

7 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Umum mengetahui bahawa Negara Jepun merupakan sebuah negara yang sangat berdisiplin, canggih serta sistematik dalam setiap urusan harian penduduknya dan turut dikagumi oleh hampir semua negara di dunia ini. Tun Dr Mahathir sendiri telah menyarankan agar kita, rakyat Malaysia mengambil pendekatan dasar pandang ke timur dalam etika bekerja. Jadi tidak hairanlah mengapa Negara Jepun menjadi antara negara contoh terbaik dunia.

Dari segi teknologi juga Jepun merupakan antara negara yang maju melangkah ke hadapan dengan membangunkan dan memperkenalkan pelbagai teknologi canggih dari pelbagai aspek.

Jika diberi peluang dan pilihan untuk melancong ke luar negara, Sue juga akan memilih untuk ke Jepun. Kerana apa?

* sumber gambar : 500px.com *

Haaa... satu sebabnya Sue suka tengok bunga sakura. ^__^ hik hik hik..

Selain itu, antara sebabnya adalah Jepun banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Contohnya seperti Akihabara dan Edo-Tokyo Museum yang terletak di Tokyo, Nagasaki dan juga Gunkanjima. Selain itu, di negara Jepun juga terdapat beberapa festival yang menarik pelancong asing untuk turut serta dan merasai sendiri setiap perayaan dan festival yang diraikan oleh rakyat Jepun.

Akihabara, Tokyo merupakan tempat jualan barangan elektronik dan barangan ‘otaku’. Banyak kedai elektronik termasuk televisyen, komputer, kamera, telefon bimbit, yang baru mahupun second-hand ada di sini. 'Otaku' pula ialah istilah dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada mereka yang mempunyai minat yang terlalu obses terhadap sesuatu, biasanya dikaitkan dengan anime (animasi Jepun) atau manga (komik Jepun).

* sumber gambar : http://letravelist.com/ *

Barang elektronik di sini sesetengahnya yang dijual adalah untuk kegunaan dalam Jepun sahaja. Ada juga tempat yang menjual produk untuk kegunaan luar negara, dan kebanyakan kedai menawarkan belian tanpa cukai bagi pelancong asing bagi setiap belian 10,000 yen ke atas (memerlukan passport).

* sumber gambar : www.kcpwindowonjapan.com *

* sumber gambar : ajw.asahi.com *

Barangan otaku adalah termasuk anime, manga, permainan video, permainan kad dan juga figurin. Di sini juga terdapat maid cafes yang mana pekerja di kedai tersebut akan berpakaian dan berpewatakan seperti watak dalam anime, dan juga manga cafes, yang lebih kurang sama macam cyber cafe kita di Malaysia, ditambah dengan kemudahan untuk pelanggan membaca manga dan juga menonton anime di situ.

* sumber gambar : www.tripadvisor.com *

Edo-Tokyo Museum, Tokyo pula mempamerkan berkenaan Tokyo bermula dari zaman Edo (1603-1868) sehingga ke zaman moden. Kita boleh melihat sendiri cara hidup orang Tokyo zaman dulu-dulu, senibina, kebudayaan, dan macam-macam lagi.

* sumber gambar : wikimedia.org *

* sumber gambar : http://www.michaeljohngrist.com/ *

* sumber gambar : wikimedia.org *

Nagasaki merupakan salah satu bandar yang telah digugurkan bom atom ke atasnya (satu lagi Hiroshima) di penghujung perang dunia ke-2. Nagasaki adalah sebuah bandar pelabuhan yang terletak di kepulauan Kyushu dan merupakan antara pintu masuk utama pedagang asing pada suatu ketika dahulu.

Suatu ketika dahulu, semasa Jepun berada di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa, Tokugawa Iemitsu telah melarang mana-mana rakyat Jepun untuk keluar negara dan juga mana-mana rakyat asing yang ingin memasuki negara Jepun. Jika larangan ini diingkari pihak tersebut akan dikenakan hukuman mati. Pada waktu ini, Nagasaki adalah antara beberapa pelabuhan yang dibuka untuk perdagangan dari luar secara terhad.

* sumber gambar : www.japantimes.co.jp *

* sumber gambar : web-japan.org *

Gunkanjima yang bermaksud ‘battleship island’ atau pulau kapal perang dalam bahasa Melayu, terletak lebih kurang 20 km dari pelabuhan Nagasaki.  Nama rasmi pulau ini ialah Hashima. Pulau ini merupakan bekas lombong arang batu dan pulau ini telah ditinggalkan apabila lombong tersebut ditutup pada tahun 1974. Walaupun menjadi pulau tanpa penghuni, ia telah menjadi tempat pelancongan yang sangat unik. Terdapat bot pelancongan yang akan membawa pelancong ke pulau ini untuk menikmati pemandangan di atas pulau dari beberapa dek pemerhatian yang telah disediakan. Pemandangan Bandar Nagasaki dan pelabuhannya dari atas air merupakan satu bonus semasa pelancong dalam perjalanan pergi dan balik ke pulau ini.

* sumber gambar : www.japan-guide.com *

* sumber gambar : wikimedia.org *

Sapporo Snow Festival pula merupakan festival yang diadakan selama seminggu setiap bulan Februari di Sapporo, Hokkaido. Festival ini telah bermula sejak dari tahun 1950 di mana akan ada banyak ukiran ais untuk ditayangkan kepada para pengunjung. Terdapat juga gelungsur salji dalam festival ini.

* sumber gambar : www.welcome.city.sapporo.jp *

* sumber gambar : blog.gaijinpot.com *

Pakej Pelancongan ke Jepun

Nak ke Jepun tapi tidak ada bajet tinggi? Nak pakej yang murah?

Tak perlu risau lagi sebab ada pakej yang menarik yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip (JBT) dengan harga yang sangat sangat berbaloi dan menjimatkan. Banyak tempat yang menarik di Jepun yang boleh dilawati jika mengambil pakej yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip (JBT).

Pakej ke Kansai (Osaka / Kyoto / Himeji) 2015


Bagi yang mahu ke Jepun tetapi tidak tahu tempat mana yang paling menarik di Jepun. Apa kata anda pergi ke Kansai. Kansai juga dikenali dengan nama Kinki yang merupakan kawasan kedua terbesar dan terpadat selepas Kanto. Ianya meliputi Osaka, Kyoto, Nara, Hyogo, Wakayama, Mie, Shiga, Fukui, Tottori & Tokushima.

KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej ini.

Pakej Snow & Sakura 2015


Japan Budget Trip (JBT) juga ada menawarkan pakej yang lain iaitu Snow & Sakura pada tahun 2015 bermula dari 27 March – 1 April 2015.  Dengan pakej ini anda boleh ke Tokyo Disneyland dan bermain salji di kawasan peranginan ski. Menarik bukan?

KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej ini.

Pakej Pelancongan ke Jepun PERCUMA

Untuk makluman semua, Japan Budget Trip (JBT) sedang mengadakan contest untuk blogger yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2015.

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Jika anda ingin mencuba nasib, boleh berkunjung ke blog penganjur di SINI.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie


Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yang telah mengwar-warkan mengenai contest ini.

Terima kasih juga kepada Japan Budget Trip yang telah menjemput Sue untuk join contest ini. Hopefully menang dan terpilih ke Jepun.. hik hik hik..
berangan~~~ -_-"

Wassalam.

7 comments :

  1. negara idaman ena ni! Sebab ena suka Jepun dan suka ANIME! Huaaa! Tak sabar nak kerja dan nak melancong ke sini.. Jom kak.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. sama la ngan kak su.. jom..jom.. join la contest ni.. mane tahu rezeki ena ke.. kikikikikiki..

      kita kumpul duet, kita gi ramai2.. meriah wooo..

      Delete
  2. Saya pernah ke Jepun atas program youth exchange....
    selalu ulang alik ke Tokyo/Hiroshima/Sendai/Miyagi dll...
    Jepun memang antara destinasi yang memang jadi impian sejak saya kecik lagi... hehehe...
    Pengalaman duduk kat sana memang seronok...
    tapi kalau untuk travel... saya sarankan jangan tumpu dekat Tokyo,,,, pergi ke prefecture lain macam Kyoto/Kobe/Hiroshima

    ReplyDelete
  3. Seronok kan kalau dapat ke Jepun. Tengok betapa disiplin mereka sehinga mampu mejadikan negara yang termaju

    ReplyDelete
  4. Tahniah.
    Menarik.
    Baru tahu tentang pulau Hasihima tue.
    Woww.

    ReplyDelete