Hari Pertama Hadirah ke Pre-School 2015 - Part 3

Assalamualaikum. Cinta.


Bersambung lagi... Hahaha.. banyak sangat nak cerita sampai keluar banyak part dah ni haaa.. First day. Biasa la.. Mummy yang excited lebih. ^__^

Balik dari sekolah, tengahari tu Hadirah nak tidur. Eh! Mengantukkah? Haa.. baru dia tahu penat pergi ke sekolah.. Tu pun 2 jam je untuk 3 hari yang pertama sebagai orientasi. Hari keempat dan seterusnya 3 jam waktu persekolahan.. Tu kalau balik tak tahu la jadi apa..


Hari pertama teacher dah bagi buku untuk bawa balik ke rumah tapi bukan simpan kat rumah pun. Just minta parents lekatkan nama anak-anak atas buku tu.. Then esoknya kena pulangkan balik buku-buku tersebut. So excited la Hadirah tolong mummy dia tampal nama kat buku-buku dia..

Sambil-sambil tolong mummy dia tu, dia pun buka dan belek-belek buku dia. Ada la buku mengeja.. Dia pun eja la ikut buku..

P-I-S-A-N-G K-U-N-I-N-G.. dia sebut satu-satu huruf tu.. Tapi yang kelakarnya, bunyinya jadi BANANA! Hahahaha.. tergelak-gelak semua orang dengar ejaan dan bunyi perkataan tu.. Dia sebut BANANA ikut gambar sedangkan ejaannya PISANG KUNING.. Hadoi.. sakit perut mummy gelak.. Dia lagi la tergelak-gelak.. Adeh.. dia faham ke orang gelakkan dia ni?? Confuse...



Jenuh la mummy menampal nama dia.. Ni baru buku kerja.. Belum lagi teacher bagi reading books lagi nak kena tampal.. Baju-baju sekolah pun belum dapat lagi.. Bila agaknya teacher nak bagi ek? Mummy pulak yang excited.. Hahaha..

Hurmmm.. seronok dia bercerita kat Atuk and Onnie dia pasal apa yang dia buat kat sekolah on that day.. siap tunjuk flower yang dia buat tu.. sayang betul dengan flower dia tu..

Ok la.. habis jugak cerita hari pertama Hadirah ke sekolah.. hik hik hik..
Maaf ye.. panjang sangat ceritanya.. hahaha.. ni kalau dah start menaip tak boleh nak berhenti.. adeh.. Nanti update cerita hari kedua dan seterusnya ye..

Wassalam.

5 comments:

  1. Hadirah dah kenal huruf ehhh... bagusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Abg Lan.. Dia dah kenal huruf lama dah.. Mengeja sebut satu2 tapi bunyi suku kata je tak tahu lg.. Kenal hampir semua haiwan, buah-buah, baik dlm BM atau English.. Rajin tengok discovery channel.. hahaha..

      Delete
  2. salam. First time singgah sini. done follow

    wah Hadirah ke pre school mummy dia yang excited ya. Saya belum ada pengalaman ni lagi.

    coming soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Tq sudi singgah sini.. :)
      mummy dia yg over excited sebenarnya.. hahaha..

      Delete
  3. hehehe cutenya lahai.. eja
    pisang kuning jadi banana..

    ReplyDelete